Sisa Waktu

Assalamualaikum hai semua. Pertama sekali, ribuan terima kasih diucapakan kepada admin jika confessions ini diterima. Hari ni, aku begitu teruja nak kongsi dan sama-sama kita buat perkara yang nampak simple tapi sangat bermanfaat bagi kita semua.Maaflah andai kata-kata aku menyakitkan hati dan jiwa yang membaca.

1. Bangun awal pagi
Baik jujur, siapa yang susah sangat nak bangun awal pagi lebih-lebih lagi bagi mereka yang ada kelas pukul 9 pagi ke atas ataupun masuk kerja waktu yang sama. Ramai bukan? sebab aku pun termasuk juga, hee (tapi daalm proses nak berubah). tak kisahlah walaupun berapa kali kena bebel dengan mak ayah tetap korang degil kan. lagi yang duduk rumah bujang. Takpa faham. Tapi kita kena berubah sister, brother. Tak kanlah nanti ada orang masuk meminang perangai tetap macam tu, nanti sampai kahwin
kau memang confirm susah nak berubah, huuu, Ok mulakan dengan plan siap-siap apa kita nak buat awal pagi. Contoh, kita setkan jogging dengan kawan, takpun buat appoiment. Dengan cara terpaksa bangun pagi tu korang akan berubah sikit demi sikit. Percayalah.

2. Jaga Pemakanan
Anak muda dan makanan segera berpisah tiada. Ok, cuba tengok kulit muka masing-masing. Cantik tak? Flawless macam korea tak ke sebaliknya? Ok dah tengok, jangan buat muka sedih sangat sebab cuba semak balik pemakanan korang. Hah, sila hentam diri sendiri. Huu, berbaur kasar kan. Tapi ini kenyataan. adik-adik, kakak-kakak, abang-abang. Korang nak kulit muka putih gebu, jealous tengok kulit muka orang lain cantik, body fit, kulit cantik bersih, licin tapi korang tak usaha pun.
Kalau dating dengan bf/gf korang nak makan tempat hipster, nak makan makanan segera yang dah tahu keburukannya still degil. Sayur, buah-buahan korang tak makan. dari korang buang duit banyak-banyak baik korang beli buah, sayur buat jus amalkan dari beli produk pemutih bagai. Satu lagi, tak buang nasi dari hidup semata-mata nak badan kurus itu merugikan dik.Korang tu keturunan jawa je, tak payahlah nak buang nasi dari kehidupan.Bak kata Nabilah Huda- Nasi Teragung kau! Haha.

3. Mulakan menabung
Mak nak kahwin! Hah ni yang paling geram. Ada hati nak kahwin tapi duit simpanan tak ada. Setahun kau berkawan dengan si Dia. Setiap hujung minggu ajak dating tempat high class, kafe hipster, restoran makanan segera, befday dia kau celebrate sampai dia menangis terharu, hadaih tak payah cakaplah mewah gila kau kasi. Sampai masa nak kahwin-mak ayah sponsor. Ni kau kata ready nak kahwin, tak payahlah dik, tak layak .Kalau yang perempuan, rasa nak bertahan denagn lelaki macam ni silakan-tapi jangan menyesal lepas kahwin lelaki tu malas nak kerja tunggu korang punya duit gaji masuk setaip bulan. Kalau sama-sama sayang, ada niat nak menghalalkan, usaha sama-sama. Saling- memahami. Kalau aku yang menagda nak jumpa setiap hujung minggu, wajib dating sebagai syarat Sah perhubungan- tanya lelaki pulak, kau boleh tahan bro duit habis pada insan yang belum pasti jadi bini kau-bro tanya je.huuuu.

4. Jaga iman. akhlah dan adab.
Saya nak anak yang soleh dan solehah. Huu bukan nak cakap apalah tapi aku rasa nak termuntah bila aku dengar ayat ni tapi bakal mak ayah dia punyalah hmmm…malas nak cakap. Ok, semua ni bermula dari diri kau sendiri sebenarnya. Benda ni aku ingat zaman couple masa zaman sekolah je si lelaki menggeletis dengan si perempuan. Cari temapt sunyi, berdua-duaaan. tapi aku dah masuk zaman kerja aku jumpa lagi macam ni, alaaa rimaslah mata. Suatu hari tu aku terpaksa teman officemate aku ni cari barang-perempuan, so bf dia wajiblah teman katanya-nanti marah dan cemburu. Ok aku pun naiklah duduk belakang. Baru masuk je si perempuan dah ramas-ramas tangan lelaki tu. Aku dah alaaa.. menyesal lah naik kereta ni aku redha jalan kaki takpun naik uBER. Tak lama lepas tu perempuan tu pegang paha dan sekali lagi ramas-ramas lelaki tu sebab lelaki tu tak respons merajuk kut-alaa geli pulak aku. aku terus sandar ke belakang. istighfar banyak-banyak. Beb, aku bukan lelaki yang alim pun, tapi aku malu beb benda macam ni jadi. Aku ada gf juga, tapi sepanjang hubungan aku tak pernah pun buat macam ni,, gf ku lagilah tak pernah ada buat benda tak senonoh sebab kitorg fikir satu hari nanti benda buruk yang aku buat dua kali ganda anak aku akan buat.
So Moral dia: Bukan lelaiki je yang gatal-selalu tunding pada kaum lelaki. Perempuan pun kadang sama naik, bila benda dah jadi, kau salahkan lelaki pulak, Hah, ini memang tak adil.(Maaf bro emo, tapi bro sedih ramai kawan bro-perempaun yang jatuhkan maruahsendiri)

5. Jom Taubat
Kita ni semua jahil. Nak berubah tu bukan mudah, taki kena bro Wajib. Jangan harapkan orang lain untuk sama-sama berubah. Kita mula dulu niat keran ALLAH, bukan kerana manusia. Perlahan-lahan kayuh, aku dekatkan diri dengan masjid. Kalau yang lelaki, solatlah dekat masjid. apa susah kau start kunci moto, kunci kereta gerak pergi masjid. Kalau sampai awal, kau tolonglah bentang sejadah, ngaji sikit-sikit tunggu Azan masuk. Kalau yang perempuan, kau bertugas sebagai pembantu sedarkan bf korang tu, koarng sama-sama nak berubah kenalah usaha. Ni azan Maghrib berkumandang, korang berdua masih elok lagi nak bersuap-suap bagai, pimpin tangan nikmati pemandangan senja so ni boleh pergi mimpilah nak bina bahagia ke Jannah sangat. Perempuan, kau tu bakal ibu, jagalah maruah kau elok-elok, pakai tudung tu bukan lambang wanita solehah, Tapi wanita solehah tu akhlak dia budiman, Tolonglah fikir wajah ayah kau, dia jaga kau elok-elok, tapi senang hati kau kasi lelaki yang tak pasti lagi bakal suami kau sentuh kau, kau yang jatuhkan maruah kau sedang betapa payahnya Nabi Muhammad S.A.W tinggikan darjat wanita.

Moga segala amal perbuatan kita diredhai Allah.
Maaf andai terkasar bahasa, harap artikel kecil ini mampu membuka hati-hati yang ada usaha untuk berubah. Moga usaha kita diredhainya.

Salam.
Abang Ali

– Ali

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *