Sisi Baik dan Sisi Gelap Suami

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca IIUM Confession. Platform meluah perasaan yang paling top di Malaysia.

Setelah sekian lama menjadi silent reader, harini terdetik dihati untuk meluah dan bertanya kepada yang lebih berpengalaman.

Harap kakak-kakak dan abang-abang dapat membantu saya keluar dari kemelut yang melanda diri saya ini.

Saya A, berusia 30 tahun, telah berkahwin dan mempunyai seorang anak comel dan bakal melahirkan anak kedua tak lama lagi.

Untuk mukadimah, saya ingin menceritakan sisi baik suami saya terlebih dahulu.

Suami saya seorang yang rajin menolong mengemas rumah, buang sampah, menyapu, jemur kain, angkat kain, bahagian luar rumah semua dia buat tip top tanpa perlu disuruh atau diberitahu.

Dia buat semua tu sebab tu memang tanggungjawab dia kata.

Dengan ibu saya pun suami memang menantu yang dipuji kerana rajin dan pandai jaga anak. Nie ibu saya memang puji sendiri depan saya.

Saya selalu ucapkan terima kasih diatas kebaikan yang dia lakukan, kerana pada saya, kaum lelaki suka diberi penghargaan yang berbentuk pujian, maaf kalau saya salah.

Lepas balik kerja, anak memang akan attach dengan dia. Main, baring sama-sama, mandikan anak, uruskan pakaian semua suami boleh buat tanpa saya masuk campur.

Anak saya kalau hilang papanya memang mencari, sampaikan papanya masuk tandas pun anak tunggu depan pintu.

Saya pun bekerja dan anak tinggal dengan pengasuh, tapi anak lebih suka melekat dengan papanya, kecuali ketika makan dan nak tidur, baru anak akan cari saya.

Kalau nak senaraikan semua kebaikan suami, sampai kesudah tak habis luahan saya. Tapi jujurnya memang itulah suami saya. Nafkah zahir batin alhamdullilah juga mencukupi.

Sisi gelap yang menjadi kemelut pada saya sekarang adalah suami saya seorang kaki ketum dan suka menipu.

Untuk pengetahuan semua, suami saya sudah 2 kali direman kerana minum air ketum.

Kali pertama dulu didenda dan dijamin, kali kedua diberi jamin polis (JP).

Semasa suami direman 3 hari, anak saya sangat-sangat nampak kerinduan dia pada papanya. Sampaikan dia menangis nak papa sampai tertidur sendiri.

Saya dah habis cara pujuk dia ketika itu. Dengan saya sekali menangis kerana melihat derita anak rindu papanya, dan juga hancurnya hari saya kerana suami berfikiran singkat.

Setelah keluar dari lokap, suami berjanji memang akan berhenti minum air ketum.

Seminggu pertama saya memang nampak perubahan suami, dia memang banyak minum air masak dan sentiasa ada dirumah.

Tapi tak lama perubahan nya tu. Sekarang suami saya dah kurang minum air masak dan kerap keluar rumah. Bila saya call, ada saja alasan dan cerita nya pada saya.

Naluri seorang isteri mengatakan suami saya masih minum air ketum dan belum berubah.

Saya jenis yang susah untuk bertanya secara berdepan dengan suami kerana saya mudah menangis. Bila saya tanya, belum habis soalan saya akan menangis dan soalan tu akan tegantung.

Biasanya, kalau ada selisih faham, saya akan wasap suami panjang lebar dan masalah tu akan selesai tanpa kami bertentang mata selesaikan masalah tersebut.

Begitulah sepanjang 5 tahun kami berumahtangga. Saya akan cuba selesaikan masalah kami sebelum 3 hari kerana bimbang masalah akan berlanjutan.

Suami jenis yang tak pandai pujuk dan romantik-romantik. Tapi jujur saya tidak kisah semua tu, sebab hidup kita bukan nya macam dalam novel suami perfect 100%. Saya pun bukan nya sempurna 100%.

Cumanya bila suami ketagihan air ketum, saya rasa macam tak adil untuk saya dan anak. Hidup dalam kebimbangan suami bila-bila boleh ditangkap semula kerana air ketum.

Tolong bagitahu cara untuk saya hadapi kemelut ini. Penceraian adalah jalan terakhir sebab suami saya ada terlalu banyak sisi baik dibandingkan sisi gelapnya itu. Tapi bila hidup dalam kebimbangan, hati pun tak senang, kan?

Ada tak solusi atau pengalaman yang lebih kurang dengan saya. Apa langkah solusi yang diambil?

Macam mana kita nak suami berhenti minum air ketum. Sebab saya rasa nama suami memang dah ada dalam sistem polis, dan bila-bila masa polis akan datang dan ambil suami.

Help me kakak-kakak, abang-abang semua. Terima kasih.

Yang Serabut,

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *