Sisi Gelap Asrama

Assalamualaikum. Hai, nama aku Mimi (bukan nama sebenar). Aku ada terbaca confession seorang lelaki usia 37 yang bagitau sisi buruk asrama, (https://iiumc.com/jangan-bagi-anak-kita-masuk-asrama/).

Sekarang aku terpanggil untuk berkongsi sisi gelap asrama daripada perspektif pelajar perempuan pula.

Aku kini 3-series dan berkerjaya. Namun aku masih belum berkahwin. Ya dulu aku l*sbian. Tapi sekarang aku dah pulihkan hati dan nafsu aku untuk kembali menjadi normal. Doakan aku.

Bagi aku, asrama sebenarnya lubuk LGBT. Kenapa? Baca cerita aku sampai habis.

Semuanya bermula sejak masuk asrama. Ketika aku bersekolah rendah, aku juga mempunyai crush terhadap lelaki. Namun semuanya berubah selepas aku masuk asrama.

Aku masuk asrama semasa aku tingkatan 1. Aku pelajar cemerlang dan nerd. Sama macam confessor lelaki sebelum ni, aku sangatlah suci. Tak pernah terfikir tentang s*ks dan sebagainya.

Sehinggalah aku masuk asrama, ramai senior berebut nak jadikan aku adik angkat sebab wajahku yang comel. Ya aku tak nafikan aku ni ada rupa. Aku juga mendapat ramai kawan hanya sebab rupa parasku.

Oh ye satu dorm aku masa tu tak ramai pelajar. Ada dalam 8 orang pelajar sahaja sebab ada 4 katil dua tingkat. Kami cantumkan 2 katil sebab nak jimat ruang. Aku dan rakanku Sasha (bukan nama sebenar) tidur bersebelahan di katil tingkat bawah.

Kalau hujung minggu, kami boleh tengok tv di bilik rehat. Jadi kami selalu tonton tv bersama-sama pada hujung minggu.

Kebetulan tv tengah tayangkan satu filem mat saleh dan ada scene peluk. Masa tu kami kan remaja. Walaupun scene peluk laki perempuan tu biasa je bagi orang dewasa, tapi tidak bagi kami remaja yang sedang membesar.

Malam tu, kawan aku tiba-tiba peluk aku tiba-tiba waktu tengah baring. Aku syak dia tengah h*rny. Atau mungkin juga dia teringat scene peluk yang dia tengok tadi.

Aku yang innocent ni anggap itu pelukan seorang kawan yang nak bermanja. Suasana dorm masa tu pun dah gelap sebab dah pukul 10 malam. Kawan-kawan lain ada yang dah tidur. Hanya kami berdua belum tidur.

Aku memang pejamkan mata, cuba untuk tidur tapi masih tak berjaya untuk tidur. Aku agak terkejut apabila Sasha peluk aku. Aku ingatkan Sasha dah tidur. Tapi dia belum tidur rupanya.

Lama Sasha peluk aku. Aku tak menolak. Tiba-tiba, Sasha panjat tubuh aku dan tiba-tiba dia ciu* bibir aku. Aku terpana. Tapi aku kaku. Aku tak tahu nak buat apa. Aku biarkan sahaja Sasha buat begitu.

Keesokan harinya, aku langsung tak cakap apa-apa pun pasal kejadian malam tadi dekat Sasha. Sasha pun buat macam takde pape yang berlaku malam tadi.

Malam keesokannya, kejadian semalam berulang lagi. Sasha tindih aku lagi dan dia ciu* aku lagi sekali. Masuk kali kedua, aku dah mula terasa lain sebab Sasha sentuh juga bahagian tubuh aku yang lain.

Aku yang suci ini tidak sedar bahawa aku telah dinodai. Namun, aku langsung tidak menolak dan membiarkan sahaja Sasha berbuat begitu.

Aku tidak tahu itu dosa. Aku sangkakan hanya perempuan bersentuhan dengan lelaki sahaja berdosa. Tapi bodohnya aku di usia 13 tahun, aku tidak tahu bahawa sentuhan sesama jantina juga berdosa sekiranya melampaui batas.

Sejak kejadian itu, hubungan aku dan Sasha menjadi seperti satu ketagihan. Sehinggalah aku tersuka Sasha. Apabila usia meningkat dewasa, barulah aku tahu bahawa aku dan Sasha l*sbian.

Entahlah, ibu bapa sendiri pun tak pernah ajar tentang LGBT. Ustaz ustazah di sekolah juga tidak ada yang bercerita tentang LGBT kerana topik ini sangat taboo pada ketika itu.

Menginjak ke usia 15 tahun, remaja seperti kami sedang kemaruk baca novel. Biasanya novel cinta. Kami bertukar-tukar novel di asrama.

Namun, dalam banyak-banyak novel tu, aku terbaca satu novel milik rakan sekelasku. Tidakku sangka bahawa novel itu sebenarnya novel l*cah. Semua adegan s*ks luar nikah diceritakan dengan sangat terperinci dan diangkat adegan s*ks itu sebagai adegan romantik.

Dalam novel itu, adegan terlanjur dinormalisasikan sehingga aku yang tidak pernah tahu terma l*cah akhirnya aku jadi tahu! Bertambah rosak otak aku.

Namun tiada seorang pun rakan-rakanku yang marah atau menegur tentang novel tersebut. Malah masing-masing seronok bercerita tentang novel tersebut yang dianggap dewasa tapi best untuk dibaca.

Sekarang kalau di fikir balik, macam mana novel l*cah sebegitu boleh dijual kepada gadis remaja? bagaimana novel l*cah sebegitu dijual secara bebas dan terbuka?

Sekarang, siapa yang harus dipersalahkan? Aku pernah terfikir, kalaulah aku tidak masuk asrama, sudah tentu aku tidak terjebak dengan perkara tidak bermoral itu.

Sudah tentu aku tidak terlibat dengan aktiviti l*sbian dan sudah tentu aku takkan terbaca novel-novel l*cah jika aku tak masuk asrama.

Bercakap tentang l*sbian, sebenarnya ramai je l*sbian dalam masyarakat kita sekarang. Mereka kebanyakannya berlindung di sebalik masyarakat.

Ada 2 orang kawanku, juga l*sbian. Mereka merupakan pelajar pondok dan madrasah. Mereka juga bermula dengan dicabul oleh rakan sejantina sewaktu di pondok dan madrasah.

Namun tiada siapa pernah tahu sifat l*sbian mereka sebab tak pernah kantoi. Tambahan pula, mereka hafaz Quran. Siapa sangka hafizah Quran juga diuji dengan nafsu songsang?

Apa yang aku boleh konklusikan di sini ialah, asrama tidak salah. Tapi asrama juga ada sisi gelap yang kebanyakannya tidak pernah diceritakan kepada umum. Salah satu keburukan asrama ialah asrama boleh menjadi lubuk LGBT.

Sepatutnya di usia remaja, mereka masih perlu dikawal oleh ibu bapa. Pada ketika usia remaja tersebut, rasa curious remaja sangat tinggi dan mereka sentiasa rasa nak mencuba. Namun tiada sesiapa yang memantau.

Warden tu tak pernah tahu sisi LGBT sebab semuanya berlaku di dalam bilik. Lainlah kalau kes maksiat antara lelaki dan perempuan. Yang ini sudah tentu akan heboh dan kecoh satu Malaya. Tapi kes LGBT jarang kita dengar heboh kerana dosa ini tertutup.

Seandainya aku ada anak, aku takkan sesekali biarkan anak-anak aku masuk asrama tidak kiralah sekolah kpm atau pondok/ tahfiz/ madrasah,

Sebab bagi aku, ibu bapa memainkan peranan yang besar untuk membentuk akhlak anak-anak sehinggalah anak-anak itu sudah benar-benar matang dan menginjak ke usia 18 tahun.

Selagi belum capai umur 18 janganlah hantar anak-anak ke asrama sebab kita tak tahu anak-anak kita ni kuat iman atau tidak.

Percayalah, takde sorang pun ibu bapa tahu anak mereka gay/l*sbian sebab anak-anak ini sangatlah baik dan sopan, malah beragama dan berakhlak mulia pula. Namun jangan ambil mudah dengan isu gay/l*sbian.

Aku tahu asrama ni bagus. Memang tak dapat disangkal ada banyak kebaikan asrama, tapi sebagai ibu bapa, kita pun tak tahu adakah anak-anak kita akan selamat daripada ujian ini?

Bercakap tentang novel l*cah ini, mungkin zaman sekarang remaja dah tak baca novel fizikal. Tapi remaja sekarang baca Wattpad. Di Wattpad tu berlambak cerita novel l*cah.

Ibu bapa, tolonglah pantau anak-anak kalian. Janganlah bagi kebebasan kepada anak-anak untuk gunakan fon. Usia remaja mereka sepatutnya kena dedahkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran, bukannya bagi main fon sampai ketagih.

Aku risau dengan generasi sekarang. Doakan aku juga supaya dapat jodoh dan istiqamah berubah.

– Mimi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. sebagai bekas penghuni asrama (2 jenis asrama berbeza) dari form 1 ke form 5, saya setuju dgn kedua2 confession diatas… LGBT bermula dia asrama (most of it).. Dan saya pun berpendapat kalau saya ada anak nnti, sy pun mungkin tak hantar anak sy ke asrama…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *