Sisi Gelap Asrama II

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai netizen2 sekalian.

Saya fatimah. Orang yg tulis tentang @sisi gelap Asrama….
Disini ingin saya nyatakan ribuan terima kasih kepada yang menegur Bahasa English saya. Insha Allah semua nasihat kalian bakal saya tapis dan pratikkan.
Disini jugak saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kalian kerana sudi bagi komen2 yang positive .walau ada yang negative tak mengapa saya maafkan.

Ya sisi gelap Asrama. Adalah kisah hidup saya semasa di zaman sekolah menengah.Jauh disudut hati saya , saya ingin kembali ke zaman tersebut dan ubah keadaan saya supaya ada kenangan2 manis.

Tp tak mengapa lah , kerana peristiwa2 dimalukan , diaibkan , disisihkan dan dipulaukan saya menjadi wanita besi.” iron lady ” .
Kenapa iron lady? Sebab walau sehebat mana pun dugaan dan tekanan yg saya hadapi dan lalui saya jadi tabah .Saya tak mudah menangis dan tak mudah putus asa.

Tipulah kalau tak sedih , tak marah , tak sakit hati bila terkenang kembali zaman sekolah. Namun itulah peristiwa pahit untuk saya .Saya percaya Allah takdirkan hidup saya ketika itu bersebab.

Disini ingin saya nyatakan kepada pelajar2 yg tinggal di asrama .

1) Jangan malukan sesiapa pun walau dia bersalah atau tak. Face to face to settle the problem. Bawak geng nampak sangat kamu penakut.
2) Jangan sebab kamu senior , paling lama tinggal di asrama kamu ambil kesempatan buli , ragging atau sakit kan hati junior2 kamu.
Kamu mintak junior kamu tarik cadar,basuh baju ,do your duty atau iron baju sekolah kamu sesuka hati .Tak pun kamu ambik makanan dia , sorrokan baju2 dia , curi buku dia atau buruk kan dia pada kawan2 kamu. Kamu sebenarnya sedang membuli dia.

3) Jangan langgar peraturan asrama sesuka hati. Nak duduk di asrama sila patuhi peraturan .Bukannya bila dah ada jawatan kat asrama lepas tangan , depan warden baik , belakang warden tak buat kerja pun sebab mintak junior yang settle kan kerja kamu.
4) Bila makan kat Dewan makan Jangan buat lupa orang belakang. Kamu makan hak kawan2 kamu. Lepas tu dia berlapar tunggu makan petang atau supper . Kewangan kita tak sama.

5) Bila kamu bawak makanan luar jika tak nak kongsi dengan puak lain Jangan tayang2 atau perlekeh orang2 yg tak makan dengan kamu.
6) Tolong ketepikan Puak ,geng dan kumpulan masing2. Hidup lah di asrama ibarat satu keluarga.
Bayangkanlah ada kecemasan
Kebakaran ka banjir ka bangunan runtuh ka , kamu akan saling memerlukan antara satu sama lain .Lain la kalau jenis puak bila ada kecemasan lari selamat kan diri sendiri dulu.

7) Tau kamu dari keluarga Kaya raya. Mampu setiap minggu mak ayah datang bawak KFC , Texas chicken, Secret recipe dan makanan2 mahal .Tapi tak payah berlagak depan kawan2 yg susah .Seolah bangga dapat makan makanan tu.
8) Kalau tak dak bukti kawan senior atau junior kamu buat salah tak payah nak dera emosi dia , paksa mengaku benda dia tak buat. Otak kamu kat mana ?
9) Kalau kamu jenis kedekut nak bagi pinjam buku rujukan , alat2 tulis dengan kawan2 semeja prep. Tak payah ajak2 ayam. Tak payah buat2 bagi lepas tu minta balik. Dan Jangan pinjam apa2 barang2 kawan2 kamu. Mereka seribu kali tak sudi nak pinjam barang2 kamu.

10) Kamu ingat sebab kamu senior yang paling garang kamu hebat ? Allah lagi hebat dari kamu. Muka bengis2 pun buat apa kalau perangai buruk dan busuk.
11) Jangan sesuka hati panggil junior kamu ( Babi , anjing , dan lain2). Manusia ada perasaan. Bila orang panggil kamu gelaran sebegitu tau plak marah.

12) Kamu pandai pelajar tip top peringkat sekolah dan asrama. Depan cikgu2 baik macam malaikat.Tp dekat asrama Berlagak , kedekut ilmu , suka kutuk kawan , perlekeh kawan , cakap besar seolah kamu paling pandai. Ingat , bila2 masa saja kamu akan ditinggalkan sebab sikap kamu.
13) Jangan guna kan kepandaian kamu untuk malukan senior , junior lain. Dia aliran lain kamu aliran lain. Tak sama. Sebab itu dia tak tahu apa kamu belajar. Bila dia tanya jawab baik2. Tak suka tak payah malukan.

14) Jangan jadi kawan lalang , jenis senang ada susah tinggal.
15) Tak perlu ber adik kakak abang angkat. Dalam Islam kita semua bersaudara. Sebab itulah wujud perasaan lebih dari adik (lesbian , gay ). Kamu apa tahu ? Layan semua junior , semua senior sama rata.

16) Dengar pendapat semua orang ( senior dan junior ). Bukan hanya dari puak kamu. Apa2 events kat asrama bukak ruang untuk semua orang bersuara. Suara kawan2 lain adalah keramat.Jangan utamakan kroni yang nak dapat nama dan tak tahu buat apa2.
17) Biarlah junior tu nak diam ka nak buat apa sekalipun. Itu hak dia kat asrama. Selagi tak melanggar undang2 asrama tak payah nak cari point untuk gaduh. Yang kamu sakit hati dengan setiap Pergerakan dia kenapa ? Ada masalah hati ka ?

18) Beratur dan Jangan potong Barisan. Ni tak. Masa Mandi , junior dah beratur lama selamba ja kakak senior masuk. Tak pun adik2 dah beratur nak ambil makanan kat Dewan makan selamba ja p potong Barisan dan panggil geng2 untuk ambik dulu .
19) Kalau nak hukum pesalah kat asrama tak payah smpai mnjatuhkan maruah dan mengaibkan dia.

Ok lah tu ja kot. Sekian. Terima kasih.Moga bermanfaat.
Aku gadis 21 tahun. Bukan budak2 wechat.

– Fatimah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *