Assalamualaikum & hai kepada semua readers IIUM Confession…thank you kepada Admin sekiranya sudi siarkan confession saya ni… sebelum tu, saya nak mohon maaf ye jika penceritaan saya ni agak caca marba & lintang pukang sikit sebab dah lama tak tulis panjang camni…segala kesulitan amatlah dikesali, hehe…
Ok, saya seorang fulltime housewife, mempunyai 2 orang anak lelaki dan sedang mengandungkan anak yang ketiga…
Pada confession kali ni, saya nak share tentang sisi @ cerita2 gelap yang mungkin tak pernah diceritakan pada seseorang yang bakal bergelar ibu @ mungkin pernah diceritakan tapi tak tau how worst it will get until we experience it ourselves…
That’s what happened to me…sebelum bergelar ibu, kita hanya dapat dengar cerita2 indah once kita dah bergelar ibu…some of it is true, but along with that, sometimes datang bersama ujian yang kita tak pernah imagine akan rasa …so ni experience saya sendiri la ye… before tu, untuk info, Arwah Ibu saya dah meninggal dunia 6 tahun yang lepas…Arwah Ibu Mertua pula 9 tahun yang lepas…so, semasa berpantang anak sulung, saya dijaga oleh kakak sulung selama 2 minggu and the rest kakak nombor 3 jaga sampai habis pantang…so, here we go :-
1) Disahkan hamil
Alhamdulillah, good news kan… bersyukur sangat2…and then the journey began…kita tengok dalam drama, everyone looks happy and the wife started muntah2/loya/pening…true, so true…tapi bila experience sendiri, uiii, teruk jugak rupanya…sedangkan yang biasa2 pun rasa tak tahan, apatah lagi yang didiagnose ada hyperemesis gravidarum (HG) tu, Nauzubillahiminzalik… seksanya ALLAH sja yg tau…muntah2/loya, tak tahan bau yang kuat, rasa selalu cepat letih/lemah & macam2 lagi la…tengok suami makan, mak aiii, berseleranya dia…kita? Nak sumbat air pun rasa nak muntah balik…seksa, memang seksa…tu tak termasuk ulang alik pegi klinik untuk check up, minum air gula…kalau lekat kencing manis/darah tinggi, ulang alik klinik untuk cek darah/tekanan darah…scan, jumpa specialist & sebagainya…sebab tu ganjaran menjadi seorang ibu memang sangat tinggi…sanggup tahan & lalui semua tu demi si kecil yang amat disayangi…asalkan dia sihat & membesar dengan sempurna…
2) Pregnancy journey
Once dah lepas 1st trimester, normally, fasa lalu makan segala mak nenek pun bermula…but before that, saja nak inform, ada yang suffer morning sickness until the end of their pregnancy…bertabahla duhai ibu yang melalui ujian sebegitu… ALLAH Maha Mengetahui…ok, sambung balik…once dah lalu makan, berat badan bertambah berkilo2, perut & pinggang makin stretch…nak berjalan pun rasa mengah…after makan, perut rasa nak meletup…kadang2 rasa lenguh betis & pinggang kalau berdiri lama2…pendek kata, makin membesar perut, makin rasa macam2 ketidakselesaan…ada yang tahap tidur bersandar je sebab tak boleh nak tidur mengiring…kaki makin hari makin membengkak…everything rasa serba tak kena, huhuu…
3) Proses bersalin
Setiap orang, lain pengalamannya…bagi saya, pengalaman melahirkan anak sulung memang agak perit…yelah, sebab takda experience kan…start sakit dari pukul 8 pagi sampailah 7.30 petang bila dah selamat lahirkan baby…tu pun melalui bantuan forcep…yes, sakitnya memang tak terkata…macam org2 lain cakap, rasa macam nak terputus nyawa…yes, seolah2 senggugut, tapi make it million times worst…tapi dalam keadaan sakit tu, jangan sekali2 lupakan ALLAH…sentiasa berzikir & baca doa2 yang berkaitan agar dipermudahkan kelahiran…and true what some people say, bila kita dah experience sendiri saat sakit bersalin, serta merta kita akan teringat pada ibu kita…kita akan teringat semua jasa2nya… besarnya pengorbanan ibu…Al-Fatihah untuk ibuku… :'(
4) Selepas bersalin
Part ni memang no one ever told me…not even my sisters…bila kita experience sendiri, baru kita akan tau…dalam drama nampak macam mudah je berpantang…wrong, so wrong…yang czer, cara czer…yang normal, cara normal…dua2 tak seronok…yang normal, nak kena jaga luka episiotomy…untuk anak sulung, saya kena jahit banyak jugak sebab dah masuk alat bantuan untuk keluarkan baby, so bukaan kena luas sikit…for a week, rasa takut nak buang air besar…buang air kecil pun rasa pedih, apatah lagi nak buang air besar…memang seriously rasa culture shock sangat time tu…rasa macam tak bersedia sangat2 nak hadapi…dalam keadaan badan rasa lemah, nak kena jaga luka, jaga baby yang menangis tak kira masa, tak cukup rehat, tak cukup tidur, nak kena bertungku & macam2 lagi…
yes, breastfeed paling mencabar…bila experience sendiri, baru tahu, sakitnya nak breastfeed…puting melecet, luka, berdarah, rasa tak selesa, pedih bila baby start menyusu & letih, sangat letih…rasa trauma sangat masa tu setiap kali nak menyusu…but once dah biasa, everything’s okay…cuma nak biasa tu, memang take time…rasanya kalau tanya mana2 wanita pun, tempoh berpantang la antara yang paling tak best, even walaupun dapat full support dari suami & ahli keluarga…yang nak experience semua, diri & badan kita…they can only lend a hand & give support saja…macam mana la pengalaman ibu2 yang tak dapat full support ye? Sedihnyaaaa… :'( untuk yang berpantang czer, lagi seksa…nak jaga tempat jahitan setiap kali mandi, nak batuk, nak bersin, sangatlah seksa… tempat jahit rasa macam berat sangat…belum lagi cerita yang jahitan terbuka, cuci & jahit semula tanpa bius…mak aiii, memang ngeri…
5) Fasa baby membesar
Terlalu banyak untuk diceritakan, hehe…and I’m sure semua readers dalam ni dah tau serba sedikit proses2 tu semua…whether by experiencing sendiri @ tengok anak2 buah membesar…setiap anak lain karakternya & ada cabaran masing2…tapi semua tu berbaloi bila kita berjaya mendidik mereka menjadi insan yang berguna…anak itu adalah amanah & terpulang pada kita untuk mencorak peribadi mereka…dan kita sebagai anak2 juga, sentiasalah ingat & hargai segala pengorbanan ibu & ayah dalam membesarkan & mendidik kita…tanpa mereka, we wouldn’t be here today…we wouldn’t be who we are today…sayangilah & hargailah mereka selagi hayat mereka masih ada…
Untuk bakal2 ibu yang masih TTC, jangan sedih, jangan putus asa, jangan lemah…keep on trying & never ever give up…ada hikmah disebalik setiap ujian yang ALLAH beri…mungkin ada sesetengah bakal ibu belum bersedia dengan ujian2 yang saya sebutkan di atas…kita mungkin rasa diri kita bersedia & mampu hadapi apa sahaja, but jangan lupa, ALLAH lebih kenal kita luar & dalam… berserah saja padaNYA & jangan sekali2 putus doa…ambil masa untuk honeymoon sepuas2nya dengan suami dan dalam masa yang sama, equipped kan diri dengan ilmu parenting secukupnya…jangan jadi macam saya, semuanya culture shock sebab kurangnya pendedahan & kurangnya mencari ilmu, tau2 dah jadi ibu, hahaaa…untuk anak second, barulah saya cari ilmu secukup2nya & banyakkan bertanya apa yang kita tak tahu…hasilnya, Alhamdulillah, anak yang kedua hanya 15 minit dalam labour room & segala proses membesarkan dia jadi mudah & lancar selepas tu…saya doakan semoga segala doa2 TTCian dipermudahkan & dimakbulkan oleh ALLAH SWT, InsyaALLAH aamiin3…dan untuk yang sudah bergelar ibu, sama2lah kita mendidik anak2 kita, generasi di masa hadapan agar menjadi insan yang berjaya di dunia & akhirat, InsyaALLAH aamiin3 YRA…
Sekian, terima kasih pada yang sudi baca, hehe…
– Lady Mary
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit