Sisi Gelap Dunia Pendidikan

Saya Jihah seorang pelajar tahun akhir yang sedang menjalankan latihan mengajar di sekolah kerajaan di sebuah negeri ‘Contoh’.

Cita-cita saya daripada kecil sampai dewasa adalah untuk menjadi seorang guru. Saya mengumpul azam, usaha dan doa dan izin tuhan saya mendapat subjek yang saya inginkan.

Namun setelah menjalani praktikum di sekolah ini, semangat dan keazaman saya seakan-akan mula luntur dek kerana betapa toksiknya persekitaraan di sekolah tempat saya ini.

Pada minggu pertama, memang sudah cacar marba. Kami memperolehi jadual kelas pada minggu ke tiga, saya dan rakan-rakan telah ditegur pensyarah,

Ini kerana pensyarah menganggap kami tidak berusaha dan berkomunikasi dengan pihak sekolah untuk dapat jadual lebih awal sedangkan saya dan rakan-rakan setiap pagi berjumpa guru berkenaan dan pengetua bertanyakan jadual.

Selain itu, kami diberikan tugas yang sangat banyak dengan tiada elaun bulanan. Ada guru praktikal yang terpaksa pulang malam hari kerana latihan dan sebagainya yang tidak menjadi kewajipan mereka. Guru-guru sebenar memang lepas tangan.

Ada pula guru-guru senior yang suka bawa mulut, sangat tidak ramah dan suka kecam guru praktikal. Saya tidak pernah lokek memberi senyuman dan sapaan bila berjumpa mereka tapi respon yang diberikan acuh tak acuh. Ada tu langsung tak senyum.

Kes bawa mulut, kami nak makan setelah jadual kelas dan relief yang padat pon dipertikainya.

Kalau ada program dan ditugaskan bawah AJK tertentu sekiranya ada masalah mesti disalahkan guru praktikum walaupun kami tak tahu menahu isu dan masalah yang terjadi tahu-tahu nama naik. Nak cuba pertahan diri?

Jangan harap kalau nak kene banned and dilayan acuh tak acuh atau diugut markah sila lah buat. Kadang-kadang sifat orang tua yang jenis suka menyindir jugak banyak dikalangan guru senior.

Ada satu tahap, seorang guru senior ini menegur saya mengenai pedagogi (saya gunakan student center) dia tegur dan kata kalau guna kaedah tu pelajar bising dan ganggu kelasnya.

Padahal pelajar saya bising sebab buat perbincangan dan bising nya pun bukan terjerit terpekik terlolong.

Saya juga kadang-kadang kurang sabar juga dengan dia ada lah saya tanya dia balik “Cikgu ni macam dah senior tak jadi GC lagi ke?”

Memang masa tu saya cukup geram sebab dia tegur saya di hadapan murid-murid dan cara teguran dia tu memang nampak menyindir saya sebagai guru baru, salah ke saya lawan sikit?

Takkan tu nak koyak pulak? Memang betul kan dia dh berbelas tahun berkhidmat pon takde tittle GC lagi pun. Acah bagus memanjang.

Pernah sekali tu saya perlu menggantikan kelas dia, bila saya masuk bilik guru nampak dia sedang makan berborak-borak dan ketawa terbahak-bahak dengan guru senior lain.

Saya masa tu tertinggal barang, dan lepas saya habis ganti kelas dia tu, dia masih disitu. Saja ke tak masuk kelas?

Guru baru posting juga kebanyakkan ada sindrom insecure. Apa-apa kerja yang sepatutnya ditugaskan bersama-sama dia pakat buat sorang dia dan time meeting penyelarasan dia duk mengadu cikgu praktikum buat kerja lambat.

Padahal saya dan rakan saya baru saja masuk group tu (sebelum ni kami Ajk lain). Dah masuk group bila tanya kerja apa kami kena buat, dia tak respon. Bila jumpa kat sekolah, dia kata takde apa lagi setakat ni.

Tup tup masa meeting kena tuduh tak de inisiatif. Padahal dia nak tunjuk dia lah terpaling laju. Insecure barangkali.

Bukan nak kata, hasil kerja dia macam zaman 2010, sekarang buat video atau slide orang dah jarang guna powerpoint. Dia masih guna template warna oren macam zaman kuno.

Walaupun baru posting, skill-skill penggunaan AI dan editing software pun tak uptodate tapi tak nak berkongsi idea dan kerja dia nak buat semua.

Tu saya kata mereka ni ada sindrom insecure. Bukan sekali dua, banyak kali begini. Tak cukup dengan guru senior yang problematic.

Ada juga cikgu lelaki yang berkelakuan tak senonoh. Asal terserempak mesti sembang lucah.

Pernah tu dia menegur peha kawan saya yang agak lebar dan dia keluarkan ayat berbaur lucah seperti “Kalau dapat ni mau tak keluar bilik” Dengan memandang kawan saya dari belakang. Sangat menjijikkan.

Ramai yang terkena, malangnya bila buat report pihak pentadbir pun back up guru tersebut.

Banyak lagi pekara yang nak diluah tapi saya sejujurnya sangat enjoy mengajar students, cuma berhadapan dengan guru-guru bermasalah ni buat saya jemu.

Sekarang saya lebih rileks kot, saya dah kurang amik kisah kalau cikgu senior nak kecam or cakap apa-apa asalkan saya buat yang saya mampu.

Sesiapa yang ada pengalaman praktikum, pernah alami benda macam ni ke?

– Jihah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Beritahu la sekolah mana kalau memang betul dianiaya macam cerita kamu di atas. Tak pernah lagi jumpa sekolah layan cikgu baru@praktikum macam ni. Pasal kerja banyak tu, kalau masa praktikum dah komplen,lupakanlah niat nak jadi guru. Tak semua benda yang kita nak @ suka kita akan dapat,tapi cara kita sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling akan tentukan kita seronok @ tidak jadi cikgu. Masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang rimau mengaum.

  2. Alahai.. lemah sgt ko ni, acah play victim. Konx fit masuk apa kerja pun jika ko xle adapt benda camni

  3. dik, begitulah asam garam dunia pekerjaan. Kalau boleh bertahan, bertahanlah. Kalau xboleh, mohon pertukaran sekolah ajalah. Kita nk bekerja dlm tempoh yg lama, dpt persekitaran yg +ve, adalah rezeki buat kita. Dpt team mate yg boleh saling bntu membantu, bersyukur sgt2. Akk pun pernah praktikal sbg guru selama 3 bulan. Mmg xada elaun, jadi duit ptptn per semester akk berdikit2 guna agar dpt digunakan smpi tamat praktikal. mmg xdpt dinafikan ada cikgu senior yg mcm2 perangai, bossy, & selagi dia xkacau kita, kita fokus shjlah dgn tugas kita. mengajar mmg seronok, tp biasanya beban kerja2 pengurusan itulah yg banyak. akk sgt kagum dgn kwn2 akk yg masih lagi mengajar disekolah. gigih sungguh mereka. mgkin sbb mereka kebanyakkannya posting di sekolah luar bandar, jd kurang sikit tekanan kerja dari skolah2 dibandar. akk tgk program skolah anak akk (tingktn 3, putrajaya) pun akk mcm dh penat. mcm2 program, dgn guru kerap bertukar ganti. guru xmasuk kelas sbb latihan di luar. kesian pun ada tgk pelajar2 ni. akk amatlah tabik spring pd mereka yg bergelar guru! semoga Allah membalas segala jasa2 guru ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *