Sisi Gelap Dunia Perakaunan

Salam kepada semua pembaca dan terima kasih kepad admin andai confession ini disiarkan dan ini merupakan kali pertama aku hantar confession.Sebagai mukadimah, aku berusia 23 tahun,mengambil jurusan ijazah perakaunan dan aku akan ceritakan pengalaman aku menjalani latihan industri beberapa bulan lepas di salah sebuah firma audit skala kecil di sebuah negeri yang tak akan aku dedahkan.

Secara jujurnya aku dah kecewa dengan kerjaya akauntan/auditor di Malaysia ni berdasarkan pengalaman aku di firma tersebut.aku tak tahu situasi sama mungkin berlaku di firma lain tapi aku dah pernah tanya beberapa kawan aku dan ‘benda ni’ pun berlaku pada diorang jugak. Benda yang dimaksudkan adalah bersekongkol dengan client untuk manipulate penyata kewangan agar nampak ‘cantik’ dan kalau kau nak lari dari bayar cukai, kau cipta kos yang akan kurangkan jumlah cukai yang kau kena bayar.

Aku tak tahu orang lain macam mana tapi aku tak biasa buat kerja macam tu. Aku rasa berdosa sangat lagi pula bila kau hanya entiti kecil di firma tersebut dan bos pun satu kepala je dengan client client durjana ni. Sejujurnya aku benci buat benda macam tu tapi aku hanya mampu turutkan sahaja (kalau nak kecam silakan tapi aku cuma malas nak ada konflik je) .

Seingat aku, masa aku belajar di kelas untuk menjadi seorang akauntan/auditor, kau kena jadi seorang yang telus tapi benda tu tak berlaku pun dalam realiti. Hanya kerana Client yang bayar perkhidmatan, kita lupakan integriti dan bagi aku sijil tauliah sebagai akauntan yang ada pada bos aku ni tak berguna pun sebab bercanggah dengan nilai etika profesional. Dan aku tak pelik bila negara kita pun banyak sangat ketirisan sebab badan yang sepatutnya menjamin ketelusan tak seperti yang disangka .
Dan bila difikirkan kembali, laporan audit yang konon nya menjamin ketelusan tak bermakna pun andai client yang bayar service kau.fikirkan lah takkan client bayar jumlah yang banyak untuk kita bagi laporan audit yang tak cantik kan sebab nanti hilanglah client tu lagi lagi firma kecil ni yang betul betul kena jaga client, nanti tak mampu bayar gaji pekerja pulak kan?

Alhamdulilah aku dah lepas daripada ‘penjara kecil’ tu 3 bulan lepas dan aku takkan sesekali gatal gatal mohon kerja di firma tu sebab aku serik dengan permainan kotor macam tu. Akhirul kalam,apa yang aku ceritakan berdasarkan pengalaman aku dan aku tiada niat nak burukkan semua audit firm dan aku ucapkan tahniah pada firm yang masih mengamalkan nilai intergriti dan etika yang tinggi.sekian

– Auditor kecewa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit