Assalamualaikum semua.. Pertama sekali aku kenalkan diri aku Amanda (sudah tentu bukan nama sebenar).
Sebenarnya aku tak tahu dimana mahu mulakan cerita ini tapi aku ingin membuat luahan dan cerita.
Seperti yang ramai ketahui, ramai jururawat dari Malaysia berhijrah ke negara Arab Saudi kerana habuan yang diterima iaitu boleh mencecah belasan ribu hingga puluhan ribu ringgit.
Tapi indah khabar dari rupa yaa semua..
Biasanya kami akan memohon melalui agensi-agensi yang dipercayai, proses pertama hantar resume dan tunggu untuk ditemuduga.
Alhamdulillah senang nak lepas temuduga tu, lepas tu dapat jawapan anda diterima bekerja.
Bermula dari sini cabaran-cabaran yang jururawat terpilih akan lalui.
Agensi akan suruh bayar untuk Dataflow(untuk proses verification). Anggaran dalam RM900-1500.
Lepas selesai dataflow, dikehendaki buat “medical check-up” di panel yang dibenarkan. Anggaran dalam RM1000.
Selesai semua tu, tunggu visa dan tiket penerbangan yang disediakan oleh pihak hospital.
Oh lupa, dengan agensi kena bayar lebih dan kurang RM2000. Nanti akan ada bayar Mumaris untuk Saudi Council lebih kurang 1100 Riyal dan untuk exam Prometrix dalam 1k++ juga.
Yeaayyy dah dapat tarikh untuk terbang, boleh kemaskan bag dan tunggu tarikh.
Hari yang ditunggu telah tiba maka disini bermula la kisah yang tak ramai jururawat bekerja di sana cerita, apa yang diceritakan semua indah-indah.
Bila dah sampai airport memang akan ada yang menjemput dan terus hantar ke penginapan (Alhamdulillah penginapan yang diberikan sangat selesa)
Keesokan hari, bermula orientasi dan proses untuk bekerja di Saudi. Buat pengetahuan beza masa Malaysia dengan Saudi adalah 5 jam..
Contohnya di Saudi jam 1PM, di Malaysia jam 6PM.
Waktu pejabat di Saudi adalah 7AM-4PM.
Untuk minggu pertama kami akan lapor diri di pihak pengurusan untuk urusan Kad Pekerja, Kad Iqama (visa untuk pekerja di Saudi) dan Urusan Bank.
Iqama ini sangat penting untuk segala urusan di Saudi, kiranya macam kad pengenalan. Kalau ko tiada Iqama memang usaha untuk urusan lain-lain kabur laa ye.
Kad Iqama tu sangat lama untuk siap sebab orang sini buat kerja sangat lembab ya.
Kalau di Malaysia benda boleh siap dalam masa sehari, di sini jangan hairan boleh sampai berminggu-minggu. Tahap kesabaran ko kena tinggi.
Bila Iqama tak dapat maka urusan bank pun tidak akan selesai dan gaji akan dibekukan sehinggalah urusan bank selesai.
Okey selesai urusan-urusan dokumen penting.
Sekarang masuk ke suasana kerja, suasana kerja disini boleh dikatakan 100% berbeza dengan Malaysia kerana Saudi amat menitik beratkan Polisi, semua mesti ikut Polisi,
Di sini semua yang baru akan jadi stress, mana nak ikut Polisi, mana lagi cara kerja berbeza, bercampur dengan bermacam negara, nak sesuaikan diri dengan 100% sistem berkomputer.
Lepastu diaorang expect yang kita dah tahu semua sistem diaorang dan cara kerja sini, bila minta tunjuk ajar, kena bising atau kena marah.
Untuk permulaan 15 shift (setiap shift 12 jam) ko kena bekerja dengan Preceptor (kalau Malaysia kita panggil Mentor). Kat sini ikut nasibla, kalau ko dapat yang bagus okey, kalau ko dapat yang jahat.
Balik kerja memang ko akan menangis setiap hari. Mana lagi nak hadap environment baru, nak hadap cara kerja baru, dengan rindu malaysia.
Aku sendiri pun meronta-ronta nak balik ke Malaysia sekarang, tapi apakan daya, kerja di Malaysia aku dah lepaskan, nak tak nak aku terpaksa terima cabaran di sini.
Majoriti di sini ko akan bekerja dengan orang Filipina, perangai mereka usahlaa diceritakan, memang ko tak akan suka dan ko akan stress, namun ada yang baik tapi sangat jarang.
Lepastu ko akan dinilai oleh CRN untuk menunjukkan kompetensi ko.
CRN kebanyakan perangai jahat, jenis memaki hamun, memang diaorang akan buat ko menangis. Mungkin itu tugas diaorang. Wallahuallam. Semoga yang jahat itu mendapat balasan.
Oh ya lupa nak cerita, di sini cukai untuk barang-barang keperluan agak tinggi ye sebanyak 15%, maknanya apa ko beli tak kirala gula ke biskut ke baju ke reload ke semua kena caj 15%..
Gaji banyak pun, banyak yang bayar. Contoh beras dah 30 riyal untuk 5 kg, ayam 25 riyal untuk seekor kecil, makan tengah hari paling murah 18 riyal. Kita di Malaysia bersyukur la tak banyak.
Kata kunci untuk terus berada di Saudi ini memang kena banyak bersabar dan kena kuatkan mental dan fizikal.
Jika ditanya pada aku, YA AKU MENYESAL berhijrah di bumi ini, ingin aku pulang ke Malaysia. Semoga ada keajaiban untuk aku pulang ke Malaysia.
Aku harap semua yang sudi baca coretan aku doakan agar aku dapat kembali ke Malaysia dan bekerja di Bumi Malaysia. Aamiin.
P/s : Jika ada sebarang soalan, boleh tanya, nanti aku kumpulkan dan jawab jika coretan aku disiarkan.
-Perantau Penuh Sesalan-
– Amanda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit
Knpa mnyesal ya…bolh sy thu lebih mendalam x..sy ade niat nk ke sana
Ya sane here..
Kenapa menuesal ue?. Saya doakan agar saudari balik ke malaysia tapi saudari boleh je lepaskan kerja and datang ke malaysia tender resign..apa halangan nya saudari?