Sisi Gelap Leader dalam Industri Takaful

Hai semua. Saya terbaca luahan perasaan Puan Aina tentang sisi gelap dunia takaful, (https://iiumc.com/sisi-gelap-industri-insurans-takaful/).

Pada saya tajuk yang sesuai adalah Sisi Gelap Leader Yang Tak ada Hati Perut dalam Industri Takaful dan yang sewaktu dengannya.

Saya juga seseorang yang pernah bergiat di dalam dunia bisnes takaful dan sudah berhenti beberapa tahun yang lepas.

Sejujurnya, untuk terus maju dalam bisnes takaful ni kita memang kena ada rasa minat dan sayang dalam menyampaikan info dan kepentingan takaful kepada masyarakat.

Jika kita mengharapkan leader dan team yang supportive untuk kita bergerak, jawabnya memang susah untuk kita maju.

Sebabnya nak cari leader yang betul-betul ada semangat nak majukan anak buah itu umpama mencari emas di dalam gunung.

Saya share tentang x-leader saya :

1. Anak buah pada beliau hanya bagaikan tentera dalam mencari sales.

Tiada training daripada dia, hanya tahu hantar update berapa target yang patut dibuat. Jika ada masalah, biasanya akan jawab tak tahu

2. Dahlah tak nak bagi training, marah pulak tu anak buah yang mencari training dan hadir sesi motivasi di tempat lain.

Dengan alasan bila downline mula bercampur dengan orang lain, mulalah buat perangai dan tak mahu dengar cakap leader. Marah juga jika downline bercampur dengan team lain.

3. Marah jika downline mula bergiat dengan bisnes lain.

Ok kita faham jika mahu downline fokus dengan industri takaful sahaja, tapi akhirnya beliau pula yang terjebak dengan bisnes lain dan paksa pula downline masuk team dia.

Faham kan kenapa,mudahlah dia mencapai ranking manager dengan cepat di bisnes baru. Tak nak ikut atau join team lain, makanya anda akan dituduh sebagai pengkhianat.

4. Downline yang tak perform akan disingkirkan daripada group wasap dan lain-lain.

Dia suka jika agen berhenti kerana sales dan komisyen agen yang diberhentikan akan masuk pada leader. Firaun sangat kan?

Saya harap leader yang berperangai jahil macam ni segeralah bertaubat. Anda dibayar overriding daripada setiap case agen supaya membantu agen untuk maju.

Ingat, bukan selama awak di atas. Leader yang baik kita akan sayang dan ingat, tapi yang hanya nak penuhkan tembolok sendiri memang kita doakan selalu supaya jangan ada orang lain yang terkena.

– Bukan Aina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *