Sisi Gelap Mama

Aku selalu fikir aku kenal mama aku. Wanita yang bangun awal setiap pagi, kejutkan aku solat, pastikan adik-adik bersiap ke sekolah.

Mama yang sentiasa ada dalam setiap doa aku, yang ajar aku beza dosa dan pahala. Mama yang lembut, penyayang, dan tak pernah sekalipun aku bayangkan ada sisi lain selain yang aku kenal.

Sampailah aku jumpa hard disk lama masa tengah kemas stor.

Aku sangka isinya cuma fail kerja atau gambar keluarga lama.

Bila aku buka, memang ada banyak gambar zaman muda mama – gambar dengan kawan-kawan, road trip, travel sana sini, gambar zaman study.

Ada yang duduk dekat coffee shop, ada yang tengah hiking, ada gambar dia bersantai tepi pantai.

Tapi mata aku tersekat kat satu benda, cara mama berpakaian.

Crop top, perut terdedah. Skirt pendek, kaki terjulur santai. Free hair, rambutnya dibiarkan terurai. Dekat gambar hiking, baju ketat melekap. Dekat coffee shop, dia duduk dengan seorang lelaki, senyum menggoda, tangan bertaut atas meja.

Aku tak selesa. Tak tahu nak react macam mana. Tapi hati aku mula rasa sesuatu. Sesuatu yang aku tak boleh nak explain, tapi buat dada aku sesak.

Dan kemudian aku scroll lagi… dan lagi… sampai aku nampak gambar-gambar yang lebih liar.

Mama, masih muda, dengan lelaki yang aku tak kenal. Lengan lelaki tu melingkar kat pinggang mama, dan mama… tersenyum. Manja. Ada gambar dia tengah berdiri rapat dengan lelaki lain, tangan lelaki tu pegang pinggang dia.

Gambar lain, suasana party. Kelab malam yang penuh dengan orang ramai bersesak, mama berdiri dalam crowd, kepalanya mendongak, mata terpejam, seolah-olah sedang mabuk.

Ada gambar dia duduk di VIP lounge, botol arak bersepah atas meja, bersama lelaki-lelaki yang aku tak pernah tengok.

Dalam satu gambar, ada lelaki bisik sesuatu di telinga mama, dan mama senyum, menggigit straw minumannya.

Dan video? Aku tak tahu aku patut tengok atau tidak. Tapi jari aku tetap tekan “play”

Lampu malap, muzik menghentak. Mama tengah menari. Pinggangnya dipaut dari belakang, tubuhnya rapat dengan lelaki asing.

Tangan lelaki tu turun perlahan, merayap ke tempat yang aku sendiri tak sanggup nak tengok. Dan mama… mama biarkan. Dia ketawa, dia tunduk, dia mendekat.

Dalam video lain, dia duduk di sofa, lelaki bersandar rapat, tangan atas pahanya.

Ini mama aku? Mama yang setiap hari pesan jangan tinggal solat? Mama yang ajar aku beza dosa dan pahala? Mama yang sekarang bertudung, yang setiap malam baca Quran?

Dunia aku rasa pecah.

Benda ni takkan hilang. Setiap kali aku pandang mama, setiap kali dia bercakap pasal agama, hati aku jadi berat. Aku cuba dengar, cuba faham, cuba terima… tapi bayangan tu tak pernah pergi.

Aku nak buang semua yang aku tengok. Tapi aku tak boleh. Sebab sekarang, bila aku pandang mama, aku nampak dua wajah – wanita yang aku hormat, dan perempuan dalam gambar-gambar tu.

Dan aku tak tahu sampai bila aku boleh hidup dengan dua versi mama dalam kepala aku.

– Danny (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. Tu masa lampau dia,skg dia da berubah Dan bertaubat..manusia xpnh xbuat silap..skg Alhamdulillh mama ANDA sentiasa ingtkn dosa Dan pahala..sbb dia xnak anak2 dia jadi seperti dia dulu..

  2. Dia yang tengok dia yang stress. Lain kali jangan buka barang kepunyaan orang. Itu kisah lalunya, tak perlu judge. Kita yang kedepan-depan ni pun tak tahu, kita macam mana nanti.

  3. tak payah nk korek aib ibu kamu, dia dh bertaubat, dah ada famili, jadi jgn bersangka buruk kepada ibu kamu, lupakan saja, itu urusan dia di zaman mudanya.

  4. Seorg ibu tetap akan melindungi anak2 nya dr kejahatan dunia luar .bgs ibu awak ajar awak agama solat ngaji dea taknak masa muda awak mcm dea .awak takde hak nk judge dea sbb dea adalah IBU .kene fhm tuu .event ibu kita slh pun kita tk bole melawan kn wlu hnya skadar AHHH ,.awak kene bersyukur ibu awak da berubah mybe setelah dea menikah dgn ayah awak .be positve sja laa ..lg tu masa muda n masa lalu dea .Allah tak pndg masa dea brkelakuan begitu ..skrg hargai usaha ibu awak dlm mendidik awak smua anak2 jd anak2 yg brguna ..

  5. Saya rasa awak dah salah faham. yela,sbb awak tengok ibu awak dengan orang pada usia muda itu muda itu biasa. orang muda biasanya sentiasa ingin keseronokan macam mama awak. Saya suggest awak buang saja hard disk. sebelum papa awak jumpa,sbb takut nanti gaduh. so now think positive and let the past be the past. ok?

  6. Hebatnya mama, Allah menyayangi mama awak memberi peluang untuk dia bertaubat, mengejutkan dia untuk solat malam dan menjadi akrab dengan Al Quran
    Siapalah awak nak memandang mama dengan pandangan yg rendah sedangkan Allah SWT sedang memandang mama dengan pandangan yg tinggi
    Ujian mama sudah lepas dengan jayanya, ujian kamu macam mana pula?

  7. Dik.. tiada manusia yang tak buat silap.. Itu adalah kehidupan lalu mama adik.. Kehidupan lalu yang tak boleh dipadam dari hidup dia. Semua orang ada zaman muda yang jahil. Mngkin masa dia kecil dulu dibesarkan dalam environment keluarga yang kurang ilmu agama..dan mama adik sekarang berusaha besarkan anak2 nya dari awal dengan ilmu agama..adik sebenarnya beruntung.

    Mungkin Allah bukakan aib mama kepada adik supaya adik belajar sebagai manusia yang dari awal sudah menerima didikan agama supaya tidak cepat menghukum orang-orang lain yang masih dalam kejahilan.. Supaya adik tidak menjadi manusia yang ada sifat ‘holier than thou’ sebab adik dari kecil dah dididik dengan ilmu agama..
    Supaya adik belajar yang manusia ni tak sempurna, kita usahlah menghukum orang disebabkan masa lampaunya sampai kita seperti tak boleh terima/maafkan mereka bila mereka berubah.. sedangkan Allah Maha Pengampun, siapalah kita yang tak boleh terima mereka berubah ke arah kebaikan.
    Kalau ikut kan pun kalau kita jumpa dengan orang yang masih kurang ilmu agama, kita janganlah cepat menghukum sampai rendah2 kan dia, kecam perli2 dia.. sebaiknnya kita cuba dakwah elok2 secara lemah lembut. Dorang nak terima ke tak tu tak kisahlah. Mungkin di saat hujung nyawa dia sempat bertaubat. Kita sebagai saudara sesama Islam doakan saja yang baik2 untuk mereka.

    Adik teruskan rasa hormat kepada mama malah lebih lagi sebab mama sudah bertaubat dan kembali kepada Allah.. Selagi belum kiamat dan nyawa kita belum diambil, pintu taubat sentiasa terbuka. Doakan mama supaya terus istiqamah dan menjadi lagi baik di sisi Allah.

  8. tu masa lampau dia. mama awak mungkin dah taubat dan mungkin taubat dah diterima. lagipun dia byk ajar didik awak cara hidup yang benar. dia taknak awak hanyut macam zaman silam dia.

  9. Habis tu kau nak mama kau jadi GRO ke skrg ni ? Mama kau dah berubah,bertaubat, kau nk apa ? Semua manusia ada silap , bersyukur la Allah izinkan mama kau bertaubat dan jadi seorang mama yang pandai menjaga anak2 dia supaya tak jadi mcm dia dulu, tlg bersyukur !

  10. Setakat ni awak pernah ke tgk mak awak kembali ke kehidupan dulu? Tak de kan.. mama awak pun satu kenapa la x buang je gambar2 lama dia.. anty rasa awak ni budak sek men lagi ni.. well, ppl will change.. awak kena terima kenyataan yg itu dulu, skrg mama awak dah berubah ke arah kebaikan.. full stop. Dont over thinking.. mama awak dah berubah ok..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *