Sisi Gelap Permohonan Pekerjaan & No Pin

Baru-baru ini aku terjumpa dengan penjawatan sebuah institusi pendidikan yang mengiklankan beberapa kekosongan jawatan. Atas dasar mencuba aku memohon.

Menariknya, permohonan hanya akan dilayan setelah no pin (RM10) dibeli oleh setiap pemohon. Tanpa fikir panjang aku terus mengisi maklumat, buat bayaran dan terus menghantar permohonan ke institusi tersebut.

Selang beberapa minggu, aku dengan beberapa rakan lain dalam institusi sama dipanggil untuk temuduga dan kami laluinya dengan komen cemerlang daripada penemuduga.

Imbas ke depan beberapa bulan kemudian, kami ternanti-nanti bila kekosongan jawatan itu akan diisi dan tidak sabar melihat staff baharu direkrut di tempat tersebut.

Tunggu punya tunggu, TIADA PENGAMBILAN STAFF BAHARU untuk penjawatan tersebut akibat tiada sumber dana untuk membiayai emolumen penjawatan tersebut, sebaliknya penjawatan tersebut diisi oleh staff dalaman sedia ada. Lucu bukan?

Kalau tiada dana pembiayaan, macam mana pihak sumber manusia boleh meluluskan pembukaan jawatan dan pengiklanan? Dah kutip beratus/beribu permohonan merata negara dengan pembelian no pin, kesudahan nya jadi sebegini.

Persoalan yang bermain di ruang fikiran aku, bukan kah ini suatu pelanggaran etika untuk mengambil duit orang ramai?

Tiada pengambilan staff baharu untuk penjawatan baharu, duit permohonan sepatutnya dipulang kepada pemohon dan permohonan maaf secara terbuka sepatutnya diisukan kerana ia melibatkan masa, tenaga dan wang pemohon-pemohon daripada pelbagai latarbelakang.

Nak tulis lebih, tapi itulah hakikatnya… penyelesaian di selesaikan secara internal….

Kalau pembaca ada cadangan untuk buat laporan, ke mana seharusnya?

– Moral Insan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. i lah salah seorang yang mohon tu, sempat bergurau dengan husband. senang2 je diorng buat duit. 1000 application dah boleh dpt RM10k, easy money. tp end up tiada pengambilan pun atau jumlah nya sangatlah sedikit. sedangkan semasa iklan banyak jawatan kosong

  2. Hakikat pengambilan kerja kat Malaysia ni macam ni la. Mana ada orang control dan regulate. Terjadi kat sektor awam dan swasta. Jawatan dah diisi menggunakan kabel tapi tetap kena panggil calon lain interview untuk cukupkan syarat pengambilan dan buat2 macam proses pengambilan sedang dilakukan. Dorang tak pikir dah yang datang tu jauh, takde transport, kekurangan dana meminjam sana sini ke apa2. Lepas dah habis interview terus diam seribu bahasa. Whatsapp ke email ke jawab ala kadar, kadang2 tak reply terus. Ramai pernah alami rasanya. Apa lagi kita boleh buat? Berdoa je la kepada tuhan supaya tak dianiaya dan dizalimi. Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzalimin. Kepada yang berbuat zalim, balasan Allah itu benar. Cepat atau lambat pasti ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *