Sisi Gelap Pinjaman Koperasi

Hai Aku Wahida (bukan nama sebenar), bekerja di sebuah bank yang namanya baru nak dikenali.

Aku kerja as personal financing executive dan rasa macam terpanggil nak kongsikan 1 kisah berkenaan sisi gelap pembiayaan peribadi di koperasi memandangkan terlalu ramai penjawat awam yang tertipu dengan koperasi/ yayasan ni.

Sebab dah beberapa kali dapat pelanggan yang mengeluh dengan pembiayaan yang mereka pernah buat di koperasi atau yayasan X.

Kisahnya, pelanggan A ni datang kepada saya untuk buat semakan kelayakan Pembiayaan Peribadi, jadi kita pun buat semakan dan dia berhasrat nak lunas segera pinjaman di koperasi/ yayasan X ni memandangkan beliau nak satukan komitmen.

Disebabkan belum dapat penyata penyelesaian penuh, kita buat anggaran baki pinjaman sahaja untuk dibayar kepada koperasi/ yayasan X tersebut memandangkan pinjaman dengan koperasi tersebut pun sudah berjalan selama 6 tahun.

Pinjaman yang di buat adalah sebanyak RM100k. So pada kebiasaanya baki pinjaman sudah tidak terlalu tinggi.

Selang beberapa hari settlement pun keluar. Dan pelanggan tersebut sangatlah terkejut ye apabila baki pinjaman masih tinggi walaupun sudah 6 tahun. Pinjaman yang bernilai RM100k tadi masih berbaki RM99,900.

Selama 6 tahun baki pinjaman hanya berganjak RM100 sahaja? Dan selebihnya bayaran interest semata. Kesian saya tengok pelanggan tersebut. Katanya menyesal pun dah terlambat.

Kisah yang kedua pula pelanggan B ni buat pinjaman di koperasi / yayasan Y, pun sama sudah lama pinjmanan tersebut berjalan. Tapi terkejut apabila baki pinjaman atau jumlah penyelesaian penuh lebih tinggi dari jumlah pinjaman. Pinjam RM12k bayar sehingga RM17k.

Tak cukup dengan itu, sepatutnya ada dua akaun pinjaman sahaja dengan koperasi/ yayasan Y ni. Tapi untuk penyelesaian ada 3 akaun?

Hurmmm tidak pasti sama ada pelanggan merasa atau tidak wang dari pinjaman akaun ke-3 dengan koperasi / yayasan Y tersebut.

Manakala untuk dua lagi akaun pinjaman di koperasi/ yayasan tersebut juga sama baki pinjaman tidak berganjak. Walaupun sudah bertahun pinjaman berjalan.

Wahai penjawat awam/ glc dan badan berkanun sekalian selagi Anda tiada masalah dalam rekod kewangan janganlah terlalu ambil mudah untuk buat pinjaman di koperasi/ yayasan sembarangan. Pergilah ke mana-mana bank pilihan Anda untuk lebih selamat.

Kalau Anda ada rekod kewangan yang kurang baik sekali pun misalnya SAA, legal atau Ctos, cari dulu bank yang boleh ambil pelanggan yang ada masalah di atas sebelum ke koperasi/ yayasan. Sekarang ni banyak je bank yang berikan kelonggaran. Bergantung pada bank.

Contohnya, Co-opbank sendiri pun ada keringanan untuk yang ada rekod Ctos (bergantung pada kes). RHB Bank dan Affinbank boleh ambil ambil pelanggan yang mempunyai rekod legal/ SAA. Survey dulu sebelum ambil jalan mudah.

Ni belum cerita yang buat pinjaman melalui agent lagi in shaaaAllah lain hari kita akan share pula kesan dan akibat jika berurusan dgn agent pinjaman ni.

Buat rakan penjawat awam diluar sna jangan mudah terpedaya dengan yayasan dan Koperasi. Anda beruntung sebab jika Anda penjawat awam, ada kemudahan dan kesenangan untuk buat pembiayaan tapi jadilah pegguna yang bijak demi menyelamatkan pokek Anda.

Ingat tak semua sales person itu ada sifat empati dan prihatin dengan nasib orang lain. Jadi bersikap prihatin dan empatilah kepada diri sendiri dahulu.

– Wahida (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *