Sisi Gelap Sekolah Agama Di Negeri X

Bila tengok budak kena pukul dalam rumah amal G*SB, kena terajang dekat dada. Aku teringatlah dekat kisah di sebuah sekolah agama di Negeri X.

Tahun 2007, ada sorang budak ni dia minat dengan UAI. Masa tu UAI tak famous sangat lagi. Ceramah UAI dia mula mula dengar dalam bas.

Driver bas tu orang Terengganu, dia pasang satu CD UAI. UAI punya lawak masa tu ialah bini tak basuh pinggan sampai garfu dalam sink tu tercucuk hidung.

Fast Forward tahun 2010, di sebuah sekolah agama di Negeri X, dia bersekolah di situ, form 3 dah. Ada satu kumpulan ni, dia lebih kurang High council versi islamic. Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR) yang terdiri dari form 5.

Jadi, kalau ada kesalahan macam tak solat sunat ke, tak pakai serban ke, tak bangun tahajjud, tak pakai kopiah, tak pakai kain pelikat, pakai seluar jean. BADAR ni akan pukul kaw².

Ada yang kena sepak sampai koyak kain pelikat dia. Paling lembut pun dia akan bedal guna serban yang ada renda² dan biji² tu.

Semua aktiviti tu dilakukan di masjid sekolah. Abang² BADAR tu semua ada nama² khas dia. Untuk justifikasikan aktiviti tu, mereka namakan sebagai ‘Pengisian Rohani’.

Dia ingat semua sekolah ada benda macam ni, rupanya sekolah² agama ni memang suka benda² macam ni atas nama ‘Pendidikan’

Sebenarnya itu asasnya adalah ‘Ragging’ tapi ditunggang dengan nama agama. Bila tengok benda macam ni jadi, dia pun rasa tak kena, dia rasa ni semua bukan dari Islam.

Masa tu dia baru kenal Dr Maza dari astro Oasis. Rancangan Bahtera Perubahan oleh Dr Maza. Terus dia nampak ustaz-ustaz lain ni sebenarnya hanya kosmetik.

Dari situ dia mula sedar bahawa islam ni sebenarnya mudah, tak terbeban bagi manusia untuk anuti, sesuai di semua tempat dan zaman, tapi dipersusahkan oleh masyarakat yang memeningkan kepala dengan unsur adat dan istiadat yang tak berasas.

Tapi pada masa sama dia akui adanya mujahadah dalam agama yang penuh onak duri, sebab tu syurga tu mahal.

Di website Dr Maza, ada banyak artikel. Dia baca satu persatu. Baca lepas tu acah acah cakap cara Dr Maza. Tiru gelagat Dr Maza, dengung dia, makhraj dia, tabaqat² dia semua ditirunya. Dengan video Dr Maza debat dengan Astora Jabat lah, tangani Syiah di Malaysia lah.

Semangat punya pasal, dia copy paste artikel dr maza tajuk: Peranan Sebenar Masjid di Malaysia. Masa tu baru form 3.

Dia olah sikit isi kandungan artikel tu untuk sesuaikan dengan masjid sekolah dia, bersama kritikan-kritikan terhadap aktiviti BADAR yang sebenarnya jauh menyimpang dari akhlak agama. Lepas tu dia print 5 muka surat.

Ye lah, budak umur 15 tahun. Akal pun pendek lagi, dia pergi tampal di masjid sekolah tu. Keesokan harinya dia pergi sekolah, dia biasanya bawak 1 botol besar air mineral. Masa nak minum air tu kawan dia warn dia, “jangan minum, diorang dah kahakkan air kau tu”

Ok, dia dah rasa tak selamat. Esoknya dia masuk kelas. White board tu dah penuh dengan tohmahan-tohmahan, sesat, wahabi, gajah abrahah (sebab badan dia besar sikit masa tu).

Lepas tu bila nak duduk, meja dengan kerusi tak ada. Tengok-tengok diorang dah baling dari tingkat atas kerusi dan meja dia. Hancur berkecai.

Tak ada cara, dia mengadu pada ustaz, sekali ustaz pun tak boleh buat apa, tak menyebelahi dia. Ustaz pun label dia sesat, menyimpang. Lepas tu bila dah rasa keadaan makin tak best dia keep laying low.

Tahan je berminggu-minggu dengan cercaan dan makian. Sekali dia kena panggil dengan PKHEM. PKHEM temukan dia dengan sorang budak form 5 ni.

Rupanya baru dia sedar yang malam dia tampal artikel tu di masjid, budak form 5 wakil BADAR ni ambik dan koyak depan pelajar lain. Dan malam tu jugak, BADAR isytihar perang keatas dia. Dari situ tercetusnya kemarahan pelajar² lain.

Jadi dalam bilik PKHEM tu, PKHEM benarkan diskusi, debat, bahas. Istilah sekarang mujadalah. PKHEM call parents dia cakap kesan dah jadi besar.

Walaupun dia boleh bantu nak protect dia tapi pelajar lain akan terus beri tekanan emosi dan buat hal sendiri. Nak hukum budak-budak yang terlibat, tapi nama baik, imej dah tak sama.

Parents dia buat keputusan untuk pindah sekolah je lah akhirnya ke Sultan Ismail College (SIC). Cikgu SIC pelik la kenapa budak ni, mesti dia ada masalah ni, nak dekat PMR tiba pindah sekolah. Tapi result PMR 8A dapat prove yang budak ni sebenarnya tak ada masalah pun.

Kalau nak tahu, sebenarnya aku lah budak tu. Walaupun aku kena macam tu di zaman persekolahan. Tapi aku tak bencikan golongan agama. Tapi aku jadi nak tahu atas sebab apa golongan agamawan mudah terperosok jadi ekstrem.

Adakah salah masyarakat, individu atau kemahiran dan pemahaman guru agama tu sendiri yang menyimpang dan tak wasatiyyah.

Dari situ aku juga faham bahawa Malaysia masih tak mampu untuk terima fahaman Islam kontemporari yang menekankan elemen tajdid, reformed dan Islah.

Apabila dikaitkan dengan G*SB, aku boleh nampak corak mereka ni lahir dari benih yang sama iaitu Membenci perbezaan pendapat dan memusuhi keluasan mazhab kemudian taksub kepada pemimpin. Semuanya menuju kearah pemikiran ekstrem.

– Luke (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *