Sisi Gelap Seorang Nisa

Assalamualaikum, hai nama aku Nisa, umur 27 dan dah bersuami. Alhamdulillah bahagia setakat ni and insyaAllah sampai hujung nyawa.

Aku perempuan biasa biasa sahaja, sederhana. IQ pun dah semakin menurun sejak akhir2 ni. Dari keluarga yang biasa biasa je. Dan seorang surirumah.

Apa yang aku nak luah kat sini adalah tentang diri yang aku tak pernah cerita kat sesiapa pun. Aku percaya semua orang ada sisi gelap dia termasuk aku sendiri. Aku kenal benda yang bernama s3ks sejak kecik lagi. Secara tak sengaja.

Aku start tengok p0rn0 dari rumah aku sendiri.. Aku pernah tengok ramai2 dengan abang aku n kawan2 dia. Masatu kawan dia macam nak usik aku.. Tapi abang aku tak bagi.

Syukur alhamdulillah.. Aku tak rase pun abang aku tu pelindung mase tu. Allah yang lindungi aku sebab belakang orang lain dia pernah jugak cabul aku.

Entah laa, aku macam maafkan je abang aku tu. Sebab masa aku kecik aku boleh faham perasaan orang marah, suka, sedih. So aku anggap abang aku tu dia gila masatu. Masa kecik2 laa..

Aku dah remaja dia tak sentuh dah aku. Kalau aku fikir balik dah lama dah aku jadi lauk.. dah laa b*d*h and tak tahu pape masetu. Sebab Allah lindungi, so aku tak jadi mangsa yang teruk.

Mase dia cabul pun, dia tak tau benda lagi, dia ingat permainan je. Kalau tak, habis laa aku.. And pasal p0rn0 ni, kawan aku mase belajar ingat mata aku ni dara lagi laa tak pernah tengok p0rn0, padahal…

Aku membesar dengan disekelilingi macam macam jenis kawan. So tanpa sedar aku jadi manusia yang ada dua identiti.

Kalau jumpa aku, nampak macam gadis gadis lain. Air muka keibuan, sentiasa senyum, pandai buat lawak dan pendiam dalam keadaan yang memerlukan aku untuk jadi pendiam..

And kalau nak mintak nasihat tentang masalah.. Aku memang pakar. Sebab tu kawan2 aku suka contact aku if ada masalah. Dan dilupakan bila sedang bahagia, cehh gurau jee..

Aku dan Tuhan je tahu aku ni seorang yang ketagih benda2 lucah, aku suka layan ayat2 kotor kat internet, aku pernah video call lucah, dan macam macam laa.

Aku cuba lawan semua benda ni tapi rasa macam terkurung dalam satu kotak yang sempit dan engkau tak boleh lari.

Aku kalau video call lucah masa remaja dulu, aku akan make sure lelaki tu yang aku vc tu bukan kenalan rapat dan orang yang aku tak akan jumpa lepas tu. Dia just untuk vc lucah.

Dan lelaki untuk keluar malam orang lain, dan aku akan make sure lelaki tu aku takkan contact untuk urusan lain kecuali untuk urusan ringan2 dimalam hari.

Aku akan keluar dengan diaorang.. Layan diaorang tapi aku tetapkan had. Aku tak bagi sentuh bahagian yang tak sepatutnya. Bagi aku, benda free ada limit, jangan berharap lebih. Setakat belanja makan nak s3ks dengan aku memang tak dapat laa.

Ada je yang try nak lebih, bawak balik rumah sewa, sampai depan rumah bujang tu aku menolak. Kalau fikir balik.. aku ibarat kancil kat depan kandang harimau.

Dan selamat balik sarang tanpa sikit pun disentuh oleh harimau tu. Kuasa Allah… Dan pernah checkin hotel. Tapi dah masuk dah ringan2. Still lagi balik dengan keadaan ‘aku masih dara’ atas kuasa Allah.

Aku habis belajar aku kerja as engineer, dalam team aku ada 3 orang je perempuan. Orang lelaki, yang bujang, duda, laki orang semua ada dan nak test market. Bukan test nak buat bini. Nak test jadi lauk. Dah team kan..

Bukan setakat kerja je sekepala, bab tu pun sama. Sorang nak test. Yang lain pun nak cuba jugak market, mane tahu laku kan….

Dan sangat memeranjatkan, akak yang satu team dengan aku tu tewas. Sorang ada scandal dengan bos, sorang ada anak ikan… Hmmm.. Aku?

Still lagi jadi merpati.. Nampak jinak tapi tak dapat jugak nak tangkap sampai laa aku resign nak nikah.

Alhamdulillah tak terpengaruh dengan keadaan walaupun aku rase aku ni sokmo jadi mangsa tangan gatal diaorang, tapi diaorang tak pernah lebih2 dengan aku. Sebab aku tak layan time kerja, busy sesangat sampai tak terfikir nak layan nafsu time tu.

Allah lindungi aku lagi, bila mana boyfriend housemate aku yang bebas keluar masuk rumah sewa kami macam kami ni adik beradik dia, ada niat nak r0g0l aku.

Aku tahu pun sebab kawan dia pernah tumpang rumah aku. Aku ada tolong dia something so sebagai balas budi dia cerita niat buruk boyfriend kawan aku tu.

So aku boleh protect laa diri aku. Protect2 pun pernah jugak aku sedar2 malam ada jantan tak guna tengah peluk aku tido. Ape lagi meroyan lah aku. Nasib tak jadi ape2.. Kalau tak sia2 laki aku bayar hantaran untuk aku.

Pasal boyfriend aku, aku punya first boyfriend tak pernah sentuh aku walaupun pegang tangan. Bukan sebab dia ustaz ke ape. Sebab takde peluang. Hahaha.. Kalau ada peluang jadi lauk jugak aku ni sebab sayang gila nak mampos kot kat dia.

Dia pernah cari aku ajak jadi perempuan simpanan dia time bini dia pantang, b*d*h ape.. Aku kalau nak bagi body aku kat dia, mase aku bercinta dengan dia lagi aku bagi, apooleeerr..

Next bf aku, aku pernah la jugak ringan2. Dia ada rayu aku. Janji klu bagi tubuh aku ni dia takkan tinggalkan aku.

Tapi aku fikir jodoh aku lambat lagi masetu, kalau aku bagi pastu aku tak nak kat dia atau dia tak nak kat aku, camne..? Masak laa aku, sedap sedap pun putus jugak.

And last Dengan suami aku ni, pernah nak terlanjur tapi tak jadi sebab aku takut lain macam bila lebih2.

Aku pernah ada sugar daddy. Tapi sebulan je bertahan hubungan aku dengan daddy tu. Tak kemana.

Sentuh tangan pun tak dapat, duit dapat. Buat beli kosmetik masa kat u dulu. Sebab tak serasi. Aku duk sebelah dia pun aku pening, aku tak tau lah macam mane nak layan nafsu dia.

Seriously.. Dia nak borak pun aku dah badmood, nasib laa sugar daddy aku ni bukan jenis macam dalam drama, kalau perempuan simpanan dia lari dia bvnvh. Kalau tak, aku rase aku jadi mayat dah harini.

Nampak macam settle dah, dah nikah dan alhamdulillah aku masih dara. Tapi betullah Allah akan balas setiap dosa yang kita lakukan kecuali bertaubat. Aku menyesal sangat2 ape yang aku pernah buat sebelum ni.

Sebelum aku nikah, aku chat balik ex pakwe2 aku dulu yang mane simpan gambar s3ksi2 aku.. Tolong laa padam.. So alhamdulillah diaorang memahami. Benda2 yang pernah jadi kat aku slow2 padam dalam ingatan.

Sepertinya tak pernah berlaku, sebab aku dah duk jauh dengan masa lalu aku. Aku tinggal tanpa jejak. Tapi, aku jadi curiga dengan suami sendiri.

Aku sendiri pernah kene kacau dengan laki orang. Siap tabur duit nak nak booking berapa jam harini. Dia tengok aku muka pelacur agaknya.. Rendah betul harga diri aku hmm. Aku risau suami aku buat macam tu.

Setiap kali ex gf suami aku add fb aku, aku sentap, rase cemburu, aku selalu sebut ex dia cantik laa apelaa. Aku takut sangat bila aku dalam pantang, laki aku pergi cari ex dia.

Aku jadi cemburu bila ingat suami aku pegang tangan aku sebelum nikah, confirm dia pernah pegang tangan ex dia kan.

Kadang-kadang menitis jugak air mata kalau fikir benda-benda macam ni. Bajet aku ni baik sangat. Allah lindungilah suami ku.

Mungkin Allah tak terima taubat aku lagi, tapi terima kasih ya Allah kau jauhkan aku dari zina, walaupun Engkau tahu. Aku tak pernah bersungguh2 jauhi diri aku sendiri.

Ada orang pesan direct depan muka aku, kalau kita tak bertaubat dengan dosa kita masa sebelum nikah, Allah akan tarik rasa percaya kita pada pasangan kita, ya aku sedang alami, tah kenapa aku rase sakit bila fikir suami aku ada ex girlfriend dulu. Macam aku baik sangat je dulu.

Aku perasan walaupun aku tak pernah berzina, but sesetengah orang pandang aku macam takde maruah walaupun takde siapa pun tau perangai buruk aku tu.

Kadang aku nak bagitau satu dunia aku dara lagi sebelum kahwin. Tapi maybe sebab dosa2 aku tu. Even laki aku sendiri pernah curious yang aku ni dara ke tak mase sebelum nikah.

Siap google macam mane nak tau perempuan dara ke tak, siap zoom muka aku kat tv 45 inci. Konon ada tanda kat muka. Engkau mujur teruna tu tak dapat di kesan kalau tak, baru reti.

Untuk perempuan kat luar sana jaga diri. Jaga lah diri baik-baik sebaik wanita solehah. Nafsu ni macam dadah, sekali kita cuba.. Kita ketagih nak lagi.. Jangan lah cuba, kalau tak menyesal dikemudian hari.

Moga Allah lindungi anak perempuan aku, dan dijauhi dengan segala kemaksiatan. Aamiin…

– Nisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *