Sisi Gelap Suami

Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan luahan dan persoalan ini.

Nama aku Anna, berumur 30-an. Seorang surirumah sepenuh masa. Sudah 3 tahun berkahwin dan mempunyai sepasang cahaya mata, seorang puteri & seorang putera.

Tujuan aku menulis nukilan ini adalah untuk mencari solusi tentang masalah berkaitan suami aku yang sedang aku hadapi sekarang.

Sedikit ringkasan tentang suamiku. Dia seorang penjawat awam, juga berumur 30-an. Dia seorang yang bertanggungjawab dan tidak culas jika berkaitan dengan nafkah aku dan anak.

Cuma, yang menganggu aku sekarang ialah ketagihan suamiku terhadap benda-benda tidak senonoh.

Perkara ini sangat menyesakkan dadaku. Setiap sosial medianya, mesti akan ada group-group tidak senonoh yang dia akan join.

Bila aku check akaun-akaun yang dia follow, runtun rasa hati ni. Isteri orang, budak bawah umur, perempuan mengandung, macam-macam ada.

Kemuncaknya ialah bila aku minta tolong suami untuk transfer gambar-gambar lama yang ada dalam laptopku ke hard disk.

Semasa suami tidur, hatiku tergerak untuk check phone suami. Bila check, aku jumpa gambar kawan-kawan aku dalam phone dia.

Rupanya masa dia tolong transfer gambar aku tu, dia transferkan juga gambar kawan-kawan aku yang tidak mentup aurat ke handphonenya. Allah, menangis aku time tu. Terus aku delete kesemua gambar tu.

Esoknya mungkin dia perasan aku dah delete gambar kawan-kawan aku tu. Namun, tiada kata-kata maaf atau apa-apa penjelasan. Dia cuma buat tak tahu je. Aku pun layan dia macam biasa.

Tapi malam tu, Allah gerakkan lagi sekali hati aku untuk check semula phone suami aku and guess what, gambar-gambar tu ada balik. Dan untuk kali keduanya aku delete gambar tu.

Sejak daripada insiden itu, aku mula jadi paranoid dengan suamiku kerana dia sudah mula menjadikan orang-orang terdekat denganku sebagai pemuas nafsu matanya.

Suami juga ada aplikasi ‘secure folder’ dalam phonenya dan dalam tu penuh dengan gambar perempuan; bogel, berpakaian sempurna menutup aurat, bertudung, free hair, semua ada.

Aku bimbang dan takut kerana luaran suamiku tidak kelihatan seperti lelaki gatal tetapi dalam diam, fikiran dan nafsunya meliar.

Aku juga mula takut bila suami ingin membantu memakai pampers atau memandikan anak perempuanku kerana antara akaun yang di follownya untuk mencuci mata ialah budak bawah umur.

Aku jadi tertanya-tanya, adakah suamiku p3dophile?

Persoalanku sekarang, bagimana cara untuk aku berbincang dengan suami tentang perkara ini?

Buat masa sekarang aku cuma memendam kerana aku seorang yang mudah menangis bila meluah dan suami amat tidak suka bila aku menangis dan akan angkat kaki tanpa sempat habis berbincang.

Aku juga tidak suka kerana aku kelihatan lemah dan tidak firm bila bercakap dan end resultnya suami cuma pandang enteng apa yang aku cuba sampaikan.

Apakah cara untuk mengatasi ketagihan seperti ini?

Perlukah kami menghadiri sesi kaunseling di pejabat agama atau apakah suami perlu bertemu psikatari untuk mengatasi masalah ketagihan ini?

Aku sebolehnya ingin menghalang, takut ianya akan menjadi semakin tidak terkawal.

– Anna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *