Sisi Gelap Suami Idaman Wanita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih admin jika luahan ini disiarkan.

Saya Jas, 32, sudah berkahwin 6 tahun, belum ade rezeki anak lagi, bekerja di salah sebuah syarikat MNC Pharmaceutical dalam bahagian pengurusan atasan.

Saya memang pembaca tegar IIUM Confession. Sejak PKP ni, banyak juga isu rumahtangga yang diketengahkan, banyak tips dan cadangan diberikan adapun demikian, tak lari juga dari kritikan dan kecaman. hehehe.

Biasalah, semua pun bebas beri pendapat & pandangan masing2. Tulisan ini sebenarnya lebih kepada untuk mendapatkan buah fikiran pembaca, kritikan membina dan kalau dengan kecaman boleh meluahkan rasa terbuku di hati kalian, silakanlah. hehe.

Sebelum sampai ke luahan saya yang panjang lebar ni, saya akan cerita sikit tentang latar belakang kehidupan, yang mana akan ada kaitan dengan cerita dibawah.

Anak sulong dari 4 beradik, dibesarkan dengan ibu tunggal yang mana ayah meninggal ketika saya berumur 7 tahun.

Jadi, pindah kampung, atuk nenek jaga, duduk sekali dengan dua keluarga yang lain. Kat kampung tak best sangat, sebab suasana sangat toksik, ibu pula kerje siang malam nak besarkan semua.

Jadi saya berusaha keras untuk lari dari persekitaran keluarga yang “biawak hidup” dan “sampah negara”, sampai la masuk SBP,

Buat Foundation study lepas SPM sampailah pergi sambung luar negara bawah tajaan biasiswa (Saya cuba sehabis mungkin guna bahasa melayu dalam tulisan ini, maafkan kalau struktur ayat sedikit cacamerba).

Datang dari family yang susah, alhamdulillah, kene usaha keras, berdikari sangat2, jadi hati dan mental tu terpaksa kuat.

Kemudian kenal suami, berkahwin, dan duduk rumah mertua. Suami ade 6 beradik, 5 dah bekerluarga, seorang bujang dan kami semua tinggal bawah satu bumbung. Cucu MIL ade 4 orang semua kecil2 lagi, dan alhamdulillah masing2 adeb ilik sendiri.

Suami saya ni (bukan nak puji ya), as a person himself, seorang yang baik, kelakar, sangat mementingkan adab dengan orang tua, tolong buat kerja rumah, cakap pun berbudi bahasa, bukan kaki pukul,

Bukan panas baran, bukan kedekut nafkah, bukan kaki ponteng kerja, bukan pemalas, bukan jenis berkawan dengan perempuan (insyaAllah masih setia), pandai closing sales (dia salah seorang Team Leader dalam industri kereta jenama luar negara).

Pendek kata, ciri2 suami untuk saya yang tak seberapa ni dah cukup sangat2.

Ade yang sisi lain yang saya tak suka, cuma masih boleh bertolak ansur dan boleh terima. Tapi, 3 tahun yang lalu, saya dapat tahu satu sisi gelap yang paling saya cuba lari dari kehidupan masa kecil dulu.

Dipendekkan cerita, saya adalah seorang isteri yang mana suaminya terlibat dengan trend “recretional drug”, yang mana, rupanya dia dan terlibat dengan benda ni semenjak sekitar umur 20 an lagi. d4d4h2 yang terlibat setahu saya ade sy4bu, er4min, g4nja & pil kuda kot.

Saya rasa marah, kecewa. Dia seharunsya beritahu saya sebelum kahwin . Tapi itulah, dia berjanji untuk berubah. Allah maha kuasa. Saya tak perlu mencari pun,

Tuhan tunjuk dengan pelbagai cara, sehinggalah saya tertangkap dia dengan peralatan dan aktiviti tu dalam keretanya. Selalu saya jumpa barang2 nya sahaja, tapi ada satu ketika tu, saya nampak depan mata kepala saya sendiri dia buat aktiviti tu.

Saya pernah je lari rumah, outstation lama lama (ye, kerjaya saya memerlukan saya bekerja dalam dan sekitar Southeast Asia, tetapi saya akan hadkan maksimum 3 hari sahaja), dan last sekali inform MIL.

Lepas kejadian tu, saya nampak dia ade perubahan, maksudnya tak ambil dari segi d4d4h buatan ni.

(Saya tak tahu la dia bohong ke tak, tapi sebab dah banyak kali terjumpa, saya dah tahap reda dan serah pada Allah je. Sebab kalau ada memang Allah akan tunjukkan tanpa perlu saya mencari).

Dan beberapa hari yang lalu, saya tertangkap dia lagi tapi kali ini g4nja pula. Masa ni saya memang nampak la dia kata memang dah tak sentuh langsung d4d4h kimia, tapi g4nja ni adalah dari tumbuhan, sama macam ketum, herba semulajadi.

Negara lain dah legal, jadi sbnarnya herba g4nja ni pun tumbuhan yang Allah jadikan. “I am so sorry, I didnt buy with your idea”. Saya akui, memang g4nja ade untuk perubatan, tapi selagi bukan dipreskripsi oleh dari, tetap akan mudarat.

Malaysia pada saya, bukan semua rakyatnya masih terbuka minda. Sedangkan yang belum sah dalam undang2 pun dah salah guna, bayangkan kalau dan merata orang jual.

Saya tetap tak setuju dengan ideologi dia, sebab cakap mulut, tak ada “justification” memang saya tak boleh terima.

Pada dia, g4nja ni sebenarnya ramai sangat yang ambil, orang2 biasa ambil, artis2 ambil, tapi mereka semua menjalani kehidupan yang normal, sebab ianya semulajadi. Macam2 lagi la “arguments’ dia keluarkan.

Bekerja dalam bidang Pharmaceutical, saya boleh bentang berpuluh “research article” tentang salah guna g4nja. Jadi, saya cadangkan untuk berpisah sahaja.

Beban kerja sekarang pun saya dah rasa agak berat, jadi saya cuba untuk elak “other unnecessary stress”, namun akhirnya dia berjanji nak berubah, dan cuba tingglkan itu semua, cuma bagi dia masa dan sokong dia.

Selain berdoa, saya sebenarnya dah tahap berserah je kalau jadi apa2 dalam perkahwinan. Mungkin sebab ni juga Tuhan belum bagi rezeki zuriat (saya fikir mana tau kalau jadi apa sng saya nak blah je).

Saya bagi dia masa kalau betul nak berubah, namun saya berterus terang, saya tak boleh terima pendirian dia, saya bagi dia masa bukan bererti saya setuju bahawa g4nja adalah natural herba yang tak bawa mudarat. Salah tetap salah.

Kalau saya nampak dalam satu masa dia berubah tingkahlaku dsb, saya akan terus keluar tanpa banyak bicara.

Kalau nak “blah” tu boleh sangat sebab sebelum kahwin ade la beberapa harta dan pelaburan yang saya buat sendiri untuk masa depan.

Jadi pandai pikir pasal tabungan dan pelaburan pun sebab dulu ayah meninggal, tak ada harta untuk family. Tu yang struggle sikit masa kecik tu. Saya tau kadang2 saya ni isteri yang keras kepala dan ego juga, tapi situasi ni yang membentuk saya jadi macam tu.

Pada pendapat kakak2 yang dah lama berumahtangga tu, apa tips atau perkara yang kalian lakukan, untuk pertahan rumahtangga kalau ade satu dua benda yang anda tak suka pasangan anda?

Saya berpendapat, sebagai manusia dan makhluk Allah, semua manusia ade peluang berubah, kedatangan kita mungkin jadi asbab untuk orang lain berubah.

Saya boleh nampak yang suami macam tak boleh kalau saya tak ada, dan masa MIL tau anak dia terlibat dengan aktiviti macam ni, smpai MIL pernah kata

“Jas tolonglah jangan tinggalkan dia, Ibu boleh nampak dia sangat sayang dengan kamu, kalau kamu kerja luar dia macam tak keruan tak tau apa nak buat”.

Walaupun saya marah dengan benda paling saya tak suka dia buat, tanggungjawab sebagai isteri seperti siapkan makanan, siapkan pakaian, uruskan hal rumahtgga sehinggalah urusan atas katil, saya tak pernah tinggal.

Membesar kat kampung, yang mana perempuan siap makan hidang tunggu suami makan smpai habis, jadi mindset macam tu tetap masih ada. (nasiblah dah makan tolong kemas & basuh pinggan sendiri).

Maaf luahan ni panjang sangat. Sebab saya tak cerita kat sesapa setiap kali ianya berlaku. Pujuk hati sendiri jela.

Cuma, mungkin kata2 dan cdengan dari pembaca sedikit sebanyak dapat memberi laluan dan panduan bagi pasangan yang baru dalam alam perkahwinan ni. Stay safe & take care semua.

– Jas (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *