Aku tujukan pesanan ini kepada ibu bapa yang hantar anak ke tadika/taska.
Aku pernah jadi guru tadika beberapa bulan. Jadi aku akan khabarkan sisi gelap taska/tadika.
Guru tadika tak boleh guna kekerasan secara fizikal, jadi untuk control budak mereka akan guna suara. Psiko, gertak, tengking dan seangkatan dengannya.
Kalau anak takut nak pergi sekolah, siasat, tanya kenapa. Aku ada anak, jadi aku tak suka kekerasan sebegitu.
Tadika yang aku pernah kerja (bukan semua taska), buat cara sebeginilah.
Owner memang pasang CCTV untuk pantau budak @ guru, tapi CCTV tak ada suara.. jadi owner/ibu bapa yang tengok CCTV tak akan dapat kesan kesalahan penderaan emosi ini.
Budak di tadika yang aku kerja dulu, sangat takut dengan guru tertentu (kerana sering dimarah, diugut dan ditengking).
Sesetengah menggigil bila didepan guru tertentu, ada yang menangis.
Aku tak tahan, jadi aku berhenti.
Jadi ibu ayah, siasat bila anak tak nak pergi tadika/taska.
Cikgu2 ni di depan waris, baik tapi di belakang… Aku sendiri nak termuntah lihat lakonan mereka.
Tips, kalau nak tahu cara cikgu layan anak2 di sekolah, bila ada event yang melibatkan guru dan waris seperti sports day, perjumpaan waris, hari anugerah atau persembahan murid, anak murid akan jadi tidak terkawal.
Ya, sebab anak anda takut cikgu, bila ibu bapa ada, mereka akan out of control dan guru2. Tak berani menjerit marah di hadapan waris.
Sekian..
– Tina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit