Sisi Kehidupan Orang Kurang Sempurna Fizikal

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian. Terima kasih saya ucapkan sekiranya coretan saya dapat disiarkan. Kalau boleh, tolong hidekan email saya, ya.

Dalam banyak banyak confession saya baca ni, hampir separuh semua topik yang disentuh adalah mengenai alam percintaan, perkahwinan dan sebagainya. Kali ini saya ingin menyentuh mengenai topik perkahwinan. Iya, saya tahu isu perkahwinan memang tak akan habis. Tapi ada sesuatu yang para pembaca tak tahu..

Setiap kali ada sahaja topik mengenai pasangan yang bakal berkahwin, tapi pernahkan anda terfikir ada tak orang ingin menulis mengenai orang yang kurang upaya atau sempurna fizikalnya, teringin nak melangkah ke dunia percintaan dan perkahwinan? Kalau tiada, izinkan saya menceritakan mengenai diri saya.

Saya kenalkan diri sebagai Miss Y, bakal melangkah masuk umur ke 30. Saya sebenarnya seorang pekak. Bagaimana saya boleh jadi pekak? Pendek ceritanya, saya dilahirkan sempurna fizikal tapi tidak pendengaran saya. Menurut doktor, kemungkinan besar saya terkena jangkitan virus ketika berada dalam kandungan. Kata doktor, hanya sebelah kiri telinga saya masih boleh dengar, hanya 30% sahaja. Selebihnya telinga kanan saya pekak. Agak mustahil nak dapatkan pembedahan disebabkan saraf pendengaran saya dah rosak sepenuhnya. Dari zaman kanak – kanak sampai ke dewasa saya masih lagi memakai alat bantuan pendengaran. Berjumpa dengan pakar terapi untuk belajar bercakap, mendengar, sign language dan sebagainya. Alhamdulillah saya dapat menempuhi dunia ni, walaupun pekak tapi mampu bercakap secara normal, walaupun termasuk dalam orang kurang upaya (pendengaran)

Sampai sahaja di situ dan saya ingin menyentuh mengenai topik perkahwinan yang hangat di kalangan orang muda muda sekarang. Kebanyakan isu perkahwinan banyak menyentuh mengenai pasangan masing masing. Ada cerita betapa cantiknya atau ‘handsome’ fizikal mahupun personaliti pasangan masing masing, tapi pernah tak anda terfikir kalau ada orang kurang upaya macam saya ini, masih berpeluang nak cari pasangan sendiri? Tipulah kalau saya tak pernah terfikir nak ada pasangan sendiri, nak bercinta juga kan. Dah nama fitrah seorang perempuan ingin mencari seorang untuk mengisi ruang kosong kan? Cuma kadang kadang saya terfikir bagaimana penerimaan bakal pasangan saya kalau dapat tahu saya ini sebenarnya pekak tapi boleh bercakap macam orang biasa? Entah entah dia terima saya atau tak sebab bakal pasangan kena biasakan diri dengan rutin saya.

Kenapa saya berkata begitu? Sebab kehidupan saya sebagai seorang pekak bukanlah mudah. Masa kecill kecil dahulu, mak dan ayah saya selalu kejutkan saya bangun. Sama ada bangun dari tidur, solat subuh atau pergi sekolah. Ketika tu mana ada smartphone lah kan, yang ada jam loceng je. Maklumlah pekak, mana lah dengar bunyi loceng pun. Mesti ada tertanya kenapa tak pakai alat bantuan pendengaran masa tidur? Alat bantuan pendengaran tu sama macam kita jaga jam tangan, kena simpan elok elok supaya boleh tahan lama. Tahukah anda, alat bantuan pendengaran masa tu lagi mahal daripada telefon bimbit Nokia. Kalau pakai lama lama pun tak elok sebab telinga kita pun kena rehat dari bunyi bising. Lagi tak selesa dan tak logik nak pakai masa mandi kan? Zaman sekarang, bersyukur sangat ada smartphone. Boleh set alarm sendiri dan tak perlu orang kejutkan kan? *senyum*

Untunglah jadi pekak kan? Tapi tak.. Tu belum masuk alam persekolahan dan university. Alhamdulillah aku selamat menempuhi dunia banyak halangan, walapun ada rakan datang dan pergi bila saya lebih memperlukan kan. Nak buat macam mana kan, kena berdikari sendiri. Ada juga cabaran, terutamanya masalah miscommunication between classmate dan lecturer. Memang stressful masa, rasa nak gila dan nak menyerah kalah sebab tak ada siapa nak bagi emotional support kat saya. Kawan ada, tapi tak nak tolong sebab merasakan saya lebih bergantung pada mereka. Syukurlah ada juga sebilangan staff dan lecturer memang sangat memahami akan keadaan saya. Kalau tak ada mereka, tak mungkin saya dapat mengenggam segulung ijazah ini.

Untunglah jadi pekak kan? Tak juga.. Sebaik saya melangkah alam dewasa, banyak perkara saya kena hadamkan. Semakin umur meningkat, baru lah saya perasan bahawa tahap pendengaran saya sudah tak berapa tajam. Berjumpa dengan pakar pendengaran, kemungkinan tahap pendengaran saya jatuh sekitar 20% ke 15%. Tapi kira dah bagus lah, cuma kena banyak berbelanja untuk menambahbaik alat bantuan pendengaran. Setakat ada alat bantuan pendengaran tapi kena ada skill lain juga. Membaca gerak bibir seseorang dan bahasa badan. Kalau masih bergelut, smartphone pun ada.

Untunglah jadi pekak kan? Jadi pekak memang best, tapi tak berapa bestlah sebab saya kena lah bertoleransi dengan seseorang. Ada juga masa bergaduh dengan adik beradik normal sebab masing masing tak suka baca caption (bagi mereka mengganggu sangat) masa tengah layan TV (masa tu smartphone tak berapa canggih. Yang ada astro, ada DVD) Disuruh belajar tanpa caption, saya terus diam dan buat hal sendiri dalam bilik. Ni bukan merajuk, tak ada cara lain. Takkan nak bergaduh besar kan? Baik diam je. Nak ke tak nak, terpaksa buat silent treatment satu keluarga (mak ayah terkecuali sebab mereka lebih memahami, yang lain memang tak). Memang childish tapi nak buat mana? Hak orang pekak diabaikan, takkan nak mengalahkan kan? Kenalah berlawan juga kan. Sedih bila ada adik beradik tak mahu mengalah, susah nak memahami kehidupan adik dia sebagai orang pekak. Kalau bakal pasangan? Entahlah.

Berbalik kepada topik asal, bolehkah bakal pasangan terima saya? Mestilah boleh kan, yang penting dia ada rasa sayang, bertolerasi dan seseorang yang mampu memberi emotional support walaupun ada banyak lekangan dalam komunikasi dan commitment seumur hidup. Seseorang yang memahami kehidupan saya seorang pekak, sudi membantu bila berurusan dengan orang lain dalam benda benda rumit terutamanya urusan rasmi. Tapi ada ke? Silap silap bakal pasangan pula bising sebab bab hantaran dan kena keluarkan duit untuk bini pekak. Hmm… tertanya juga kenapa nak juga saya walaupun pekak? Dah nampak red flag di situ. Baik tak payah bercinta dan kahwin kan? Elok saya lebih fokuskan self care dan cari duit lebih untuk diri sendiri kan. Takpun berbakti kepada mak ayah saya sebab mereka lebih banyak memberi masa untuk menjaga saya supaya dapat membesarkan saya untuk menjadi anak solehah dan melatih saya untuk menjalani kehidupan seharian yang normal

Cuma ada satu benda yang membuatkan rasa musykil. Bab anak. Ha ni kalau boleh, saya tak mahu sentuh. Bukan tak nak anak, cuma tak berapa bersedia. Harap para pembaca faham. Kalau para pembaca ada banyak masa, boleh rujuk di Youtube atau Google. Mungkin lain kali ya..

Itu sahaja saya boleh tuliskan hari ni. Kalau boleh, doakan saya supaya dapat jodoh, tak pun doakan saya supaya dapat mempermudahkan rezeki saya untuk mendapatkan pekerjaan tetap. Apa saya perlukan ialah sokongan dan kata positif dari kamu semua. Dan harap harap lah ada orang lain yang mempunyai masalah yang sama macam saya dapat kongsikan luahan mereka.

Jika para pembaca persoalan, sila tinggalkan komen di bawah. Insya Allah saya akan jawabkan setakat mana saya mampu.

Sekian terima kasih.

– Miss Y

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *