Salam, tujuan aku tulis confession ni ialah untuk mendedahkan sisi lain Kdrama yang mungkin golongan bukan penonton tegar tak tahu. Asyik puji melambung je tak best jugak kan. Rasanya dah 2 confession puji-puji Kdrama ni.
Akak ni nak boleh kata penonton tegar Kdrama sejak dari Winter Sonata, kira dah 14-15 tahun jugak lah. Rasa dah beratus Kdrama dan Kmovie akak dah layan. Kdrama ni banyak je yang mengarut ceritanya sama macam drama Melayu. Kalau tak percaya cuba tengok genre “makjang”. Dia punya plot punyalah tak masuk akal langsung mengalahkan drama Melayu. Mesti akan ada birth secret punyalah, kena bunuh tapi tak mati lepas tu menyamar jadi “kembar” kepada yang kena bunuh tu. Hilang ingatan pon selalu jugak. Yang pastinya genre makjang ni kalau dah terlayan akan teraddicted walau mengarut nak mampus. Kalau kat Korea, genre ni target untuk housewives dan makcik-makcik, siaran dia selalunya weekdays pagi dan weekends malam. Episodes kadang sampai beratus, paling sikit pon dalam 50episodes. Seriously mak akak yang dah umur 66tahun pon boleh teraddicted kot tengok makjang ni. Astro channel 393 ada siarkan kot kalau tak silap selalunya weekdays pukul 10lebih kot ke pukul11 lebih. Mak akak selalu tidur lewat pukul12 sebab nak tengok cerita tu.
Rasanya ada orang complain yang cerita Melayu tak sesuai ada ke budak sekolah bercinta dengan lelaki umur 30-an. Well, at least drama Melayu yang berlakon tu dah cukup umur. Kdrama ni guna child actresses terus. 3Kim: Kim Yoojung, Kim Sohyun, Kim Saeron diberinya watak dewasa padahal diorang ni budak sekolah lagi. Diorang belasan tahun tapi diberi watak 20-an dan pelakon lelaki pulak twice their age. Siap ada kiss scene bagai. Penonton yang menonton pon agak tak selesa. Ramai jugak Korean netizen yang komen pasal hal ni.
Kalau drama Melayu asyik-asyik iklan, Kdrama bawak iklan dalam drama terus. PPL atau product placement bersepah-sepah. PPL paling famous ialah Subway. Rasanya 90% Kdrama ada scene makan Subway. Part-time kat Subway lah, meeting kat Subway lah, lalu depan Subway lah. Kfc pon ada tapi jarang-jarang. Lagi satu yang famous ialah ginseng dalam tube. Mesti ada scene pelakon hisap/makan benda alah tu. PPL makeup pulak selalunya tetiba pelakon tu apply lipstick lah, compact powder lah padahal tak perlu pon scene tu, kadang-kadang macam tak logik je. Sekarang ni syarikat kerusi urut pulak dah masuk dalam Kdrama. Bayangkan kerusi besar macam osim tu nak dijadikan part of Kdrama scene. Wujudlah scene tak logik iaitu pelakon pegi office waktu cuti just nak urut badan. Setakat ni scene paling tak logik ialah kiss scene sambil drive dalam cerita Decendants of the sun. Ramai Korean netizen yang komen ada ke boleh lepaskan stering masa drive untuk kiss semata-mata nak iklan kereta auto-pilot. Watak dalam Kdrama ni walau miskin gila diorang akan pakai handphone yang latest dari Samsung or LG.
Ramai yang puji pasal Kdrama punya “professionalism” lagi-lagi bab doktor. Tapi tahukah anda yang doktor kat Korea pon komen pasal drama diorang tak menggambarkan perkara sebenar. Lagi-lagi bab doktor perempuan siap sempat makeup bagai. Nails art memang big no no, tapi ada pelakon yang buat benda tu dan ditegur oleh golongan doktor sendiri. Kita puji pasal Kdrama takde kisah cinta, tapi Korean punya viewers komen tak boleh ke drama takde cinta-cinta? Dekat hospital nak bercinta, dekat court nak bercinta, dekat office nak bercinta. Diorang punya komen sama je macam rakyat Malaysia komen pasal drama Melayu. Ni lah yang dikatakan grass is always greener on the other side. Kita cakap Kdrama banyak pengajaran dalam kehidupan, Korean viewers cakap Jdrama (Japanese drama) banyak pengajaran dalam kehidupan.
Tak dinafikan banyak Kdrama yang berkualiti tapi yang tak berkualiti pon banyak jugak. Industry diorang lebih besar dari Malaysia so lebih banyak drama yang dihasilkan. Dekat situ boleh beri lebih banyak pilihan kepada viewers. Dekat Malaysia ni industry kecik sangat so tak banyak drama yang dihasilkan tu yang tak banyak jugak pilihan drama yang berkualiti. Industry diorang dulu pon tak berapa besar, tapi semakin berkembang. Mungkin Malaysia suatu hari nanti boleh jadi macam Korea. Who knows kan. Kalau yang dah layan Kdrama dari dulu lagi akan nampak perbezaan Kdrama dulu dan sekarang. Dulu drama diorang pon sangatlah limited topicnya. Asyik-asyik perempuan miskin bercinta dengan lelaki kaya lepas tu mak lelaki tu tak suka. Heroin macam ni dipanggil “candy girl”. Heroin sekarang lebih bijak dan berkualiti. Tapi masih ada kelemahan iaitu writers cenderung tulis watak diorang jadi damsel in distress.
Bagi akak lah kan drama ni setakat hiburan je. So tak kisahlah nak tonton drama apa pon. Akak semua akak layan. Melayu ke China ke Jepun ke Korea ke. Tamil pon akak layan. Setiap drama ada tarikan dia yang tersendiri. Dah nama pon “drama” tak payah lah fikir logik sangat, kalau nak ilmu dan pengetahuan sila lah tonton documentary. Yang jenis suka berangan tu tonton cerita apa pon akan berangan jugak. Ramai je yang berangan nak kawin ngan mamat Korea.
Well akak tulis pasal sisi lain Kdrama, lain dari confessions sebelum ni. Sisi lain ye, bukan akak cakap confessions diorang tak betul. Kita kena tengok sesuatu perkara dari pelbagai sudut. Apa yang penting jadilah penonton yang bijak. Akak tulis berdasarkan apa yang akak tonton dan apa yang akak baca di Korean portals. Kalau yang tahu Korean language boleh baca articles atau berita dekat Naver, Nate atau baca komen Korean netizen dekat netizen punya sites macam Pann dan Instiz.
– Akak N
Hantar confession anda di sini ->Ā www.iiumc.com/submit