Sisi Pandang Kehidupan

Hi semua. Nama aku Eskrem. Aku dilahirkan sebagai intovert. Logik introvert, aku jarang dapat berbual dengan orang lain tanpa rasa “awkward”.

Lebih mengharukan, aku akan migrain dan pening setiap kali berada dalam kalangan orang ramai dan aku sebolehnya mengelak sebarang function yang melibatkan masyarakat tersempat temasuklah kenduri dan sebagainya.

Logik intovert lagi, aku punyai teman sejati yang aku namakan sebagai buku. Tanpa rasa bosan, aku akan menyelongkar pelbagai jenis buku bagi memenuhi kesepianku yang dilahirkan sebagai introvert.

Aku ingat lagi, ada beberapa buku pada ketika itu yang betul-betul menarik perhatian dan minatku. Pengarangnya adalah orang Inggeris begitu juga isinya. Tapi, semuanya begitu membangkitkan adrenalinku untuk menyelongkar tiap kandungannya.

Kuasa Minda, Hipnotik Minda, Kawalan Minda, Psikologi Minda. Namakan sahaja buku-buku sebegitu, aku adalah peminat setia. Satu persatu kajian barat yang logik pada minda, tidak pada hati aku telusuri. Aneh, isi kandungannya hebat tapi seakan ada sesuatu yang “hilang”.

Percaya atau tidak, aku percaya minda kita mempunyai kuasa yang sangat luar biasa (seperti yang diperkatakan dalam setiap buku) untuk menjadikan apa sahaja realiti.

Mesti korang juga pernah menonton Filem Litte Boy yang diterbitkan pada tahun 2015 arahan Alejandro Gómez Monteverde; tentang budak yang dapat menggerakkan gunung tu kan? Atas dasar kepercayaan.

Atau adaptasi yang sama filem Bollywood Tubelight yang dikatakan sebagai one of the most favourite film by Salman Khan?

Believe it or not, itu adalah salah satu kepercayaan Barat yang berjaya dibuktikan melalui kajian-kajian dan eksperimen-eksperimen yang begitu signifikan dan impressive.

MENJEJAKI KUASA MINDA

Sekitar tahun 2013, aku telah menghadiri satu seminar yang telah dianjurkan oleh salah seorang manusia yang begitu terkemuka dengan buah fikirnya yang dikategorikan sebagai “mind-blowing” pada era itu.

Pada aku, idealisme yang diungkapkan beliau adalah sebijik dari apa yang telah aku baca dari buku-buku Barat, bahkan tidak ada sedikitpun perubahan. Bermula dengan gelombang minda, alpha betta gamma etc etc, tiada satu pun yang berubah.

Again, aku tahu ada something yang “missing”. Tapi kali ini, aku tahu apa yang ‘hilang’ dari idea mereka. Mereka hilang untuk mengaitkan everything dengan hakikat ketuhanan.

Dan percayalah, hasil gabungan kedua-duanya bahkan akan melahirkan satu keajaiban dalam hidup. Mengaitkan “kuasa minda” yang dimomok-momokkan Barat itu dengan magis zikir, magis amal ibadat, dan magis Quran adalah suatu ketenangan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Magisnya umpama, hidup kau berubah 180 darjah bahkan 360 darjah terus keseluruhan menjadi orang yang berbeza. Sebab itulah, Al-Quran dan hadis dijadikan petunjuk akhir zaman; tiada sebarang keraguan padanya. Subhanallah.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami dari segenap penjuru (ilmu pengetahuan) dan pada diri mereka sendiri sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-Quran itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?”

(Fussilat : 53).

Kali ini aku akan kongsikan beberapa tips yang boleh mengubah hidup korang menjadi “Magis” dengan mengintegrasikan kepercayaan (kuasa minda) dan kerohanian (amal tindakan) untuk korang amalkan.

ALLAH MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA

“Allah SWT berfirman: Aku sesuai persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika ia mengingatKu. Jika ia mengingatKu saat bersendirian, Aku akan mengingatnya dalam diriKu. Jika ia mengingatKu di suatu kumpulan, Aku akan mengingatnya di kumpulan yang lebih baik daripada pada itu (kumpulan malaikat).”

(Hadis Qudsi: Muttafaqun ‘alaih) [HR. Bukhari, no. 6970 dan Muslim, no. 2675

Mesti pernah dengar kan ayat ni? Alah, confessor ni, ini kitorang pernah buat la. Ye ye, kena bersangka baik kan? Ha tahu!

Ha, ni yang aku nak kongsikan. Betul lah tu. Dalam hidup kita ni guys, tolong tolong tolong sangat-sangat bersangka baik bahkan pada hal yang kita rasa mustahil. Aku namakan formula ni sebagai “Make Peace With Your Inner Self” atau “Berdamai Dengan Diri Sendiri”.

Percaya atau tidak, ramai dalam kalangan kita yang masih belum berdamai dengan diri kita sendiri. Kita tak sayangkan diri kita, tak kasihankan diri kita (our inner self). Kita biarkan “Inner Self” kita merana, which is wrong and very wrong. Absolutely worng!

So, mulai hari ini, please berdamailah dengan inner self korang.

Contoh begini, dalam hidup korang korang rasa tak pernah disayangi keluarga. Rasa macam apa yang korang buat semua salah. Kenapa adik aku, abang aku, kakak aku dapat semuanya? Sedangkan aku, aku minta benda kecil kena marah? Mak aku terlampau pilih kasih. Mak aku tak sayangkan aku!

Ah, selama ni mak dan ayah aku tak pernah kisahkan aku, sedangkan aku menderita, penat lelah bekerja nak senangkan diorang, tak kasihankah mereka pada aku? Please, kasihanlanlah diri anda. Mulai harini, cari satu tempat yang sunyi, berdoalah;

“Ya Allah, aku maafkan kedua ibu bapaku, sebab mereka tak tahu mereka dah menyakitiku. Aku maafkan sebab mak ayah aku juga manusia, mereka tak tahu mereka salah. Aku maafkan sebab aku tak nak hati aku marah atau sakit lagi pada mereka. Aku maafkan sebab aku cuma anak.”

Maafkan dengan sebenar-benar, lepaskan. Dan ubah “sangkaan”. Sebelum ni anda sangkakan, “Mak ayah aku begini begini”.. Ubah kepada —-> “Mak ayah aku tak tahu, takpe, mereka juga manusia biasa, aku maafkan mereka.

Percayalah, akan berlaku magis dalam hidup anda. Rezeki melimpah-ruah, apalagi, you name it! So basically, aku cuma nak bagitahu kita ni kena make peace dengan dalaman kita dengan cara kita ubah “sangkaan” tu.

Ubah everything tentang sangkaan kita, bukan hanya pada ibu bapa tapi sahabat dan lain lain, kalau kita kasihankan diri kita. InsyaAllah mulai hari kau bebaskan diri kau dari belenggu negativiti, kau akan jadi umpama burung yang terbang bebas di udara.

PAKAIAN SEKSI VS AMAL IBADAT BANYAK

“Aku ni pakai je s3ksa-s3ksa, tapi kalau nak dibandingkan dengan yang berniqab tu, entah-entah aku jauh lebih suci.”

“Aku ni mulut je jahat guys, kau tengok si Minah tu bukan main lembut tapi sebenarnya hati hitam”

Hati hitam nak tutup dengan jubah! Eh Eh Eh Eh Eh Eh Eh! Memang aku tak dapat nafikan, ada dalam kalangan kita yang kurang menutup aurat tapi sangat baik dan begitu juga sebaliknya. Tapi sekarang, aku taknak kita teropong siapa-siapa. Kita teropong diri masing-masing. Yang orang lain tu biarlah, kita jangan judge, kita doakan dia.

Aku nak ceritakan tentang diri aku pula, waktu aku istiqamah kononnya, aku rasakan pakaian s3ksi mengikut bentuk tubuh tu tak cantik. Jubah, bertudung labuh tu sangat cantik. Tapi bila iman aku down, aku rasa sebaliknya. Aku rasa yang s3ksi tulah cantik.

So, dari situ, aku percaya, amal kita menentukan diri kita yakni akhlak. Ha, yang kulit luaran ni (adab, pakaian etc etc) tu adalah akhlak ye guys. Akhlak ni adalah buah kepada ibadat. Bermakna, semakin cantik ibadat, semakin cantik pula akhlak.

“Yeke confessor ni, aku tengok Pak Halim tu makin banyak ibadat makin menggatal je”

Again, ayat ni hanya termaktub untuk diri sendiri dan bukan untuk judge orang lain guys. Bila orang lain tak sama macam apa yang aku tulis, anggaplah dia sedang diuji dan kita doakan dia.

Aku nak cerita tentang orang yang agak rapat dalam hidup aku. Dia agak liar, suka keluar malam dan bergaul dengan kawan-kawan yang bagi aku kurang membawa faedah. Ke hulu ke hilir siang dan malam sampai satu hari aku bagitahu dia

“Weh, ko nak buat apa ko buatlah, aku tak kisah,. Cuma, aku nak satu je, ko jaga solat kau. Benda lain lantak ko lah”

Guess what, orang ni rezeki dia jadi melimpah-ruah. Perlahan-lahan pakaiannnya berubah, akhlaknya berubah, sisi pandang kehidupannya juga mula berubah. Tudung labuh, berjubah dan nilai akhlak yang sukar diyakini bahawa dia adalah dia yang dulu.

Siapa yang tak percaya, jom kita eksperimen pada diri kita masing-masing. Selagi tak rasa “Magis” ni, selagi tu usaha perbaiki solat dan berdoa supaya solat diterima. Lagi satu, lepas solat tu jangan sesekali lupa berdoa. Orang yang tak berdoa lepas solat ni, orang yang sombong tau.

JANGAN LUPAKAN ALLAH KETIKA SUSAH NANTI ALLAH LUPAKAN KITA KETIKA SENANG

Ha yang ni very crucial ye guys! Ini aku pun sangat beringat dan risau. Mana tahu, kita ni cepat alpa dan leka dengan dunia. Especially akulah tu. Pegang ayat ni sentiasa dalam hidup. Aku doakan hidup kita semua diberkati dan dirahm4ti sentiasa.

Normal, kita tak dapat semua dalam hidup tapi jangan sombong untuk minta, OK. Ada masa nanti aku share dan kupas kaitan “Kuasa Minda” dan apa yang aku share harini. Banyak lagi nak share tapi korang amalkan yang ni dulu.

WE ARE WHAT WE READ AND WHAT WE WATCH

Nak tengok siapa diri kita 5 tahun akan datang, tengok apa yang kita baca harini, siapa yang kita follow harini, siapa yang kita kawan harini, Tak percaya, korang buatlah eksperimen pada diri korang ke kenalan korang ke dan share dengan aku hasilnya 5 tahun lagi.

So, aku syorkan buat masa sekarang, luangkan waktu sekurang-kurangnya 5 minit dalam sehari membaca atau menonton apa yang bermanfaat.

Actually, untuk mmebentuk “Kuasa Minda” korang perlukan more time untuk bertafakur, merenungi diri sendiri, sikap mana yang korang nak buang, yang mana korang nak ambil.

Aku syorkan, korang follow lah insan-insan hebat ibi, Ustazah Asma Harun, stazah Isfadiah, Ustazah Hafizah Musa, Prof Muhaya, Tazkirah Ustaz dan Ustazagh etc etc you name it below siapa yang jadi sumber inspirasi korang untuk semua orang follow dan membentuk diri menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa depan!

– ESKREM (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *