Hi semua, kenalkan aku Bulan, yang masih ingin terus bersinar. Aku nak cerita sisi sebenar kalau kau buat bisnes.
Aku sedih sangat tapi aku tak tahu bagaimana aku ubati kesedihan ini. Aku ada bisnes sendiri, walaupon bisnes aku kecil tapi Alhamdulillah aku tetap rasa syukur.
Tapi bila kita buat bisnes ni, aku tau dan korang yang dah pernah buat bisnes pon mesti tau dugaan dan cabaran mesti ada kan.
1. Yang tiru sebijik-sebijik produk jualan kita.
2. Yang amalkan ilmu hitam (yang ni selalu dengar orang melayu kan, tapi aku nak bagitau korang, bangsa lain lagi kuat amalkan ilmu ni).
3. Kalau pakai pelaris, selalu yang pakai pelaris ni memang dia bagi nampak kedai dia saja, yang ni orang2 dari luar Malaysia pon amalkan, tak kisah la dia owner atau hanya sekadar pekerja.
4. Yang main dengan duit, yang janji boleh buat apa sahaja asalkan dia dibenarkan berniaga dan halau semua pesaing yang kadangkala tak sama langsung produk yang dijual.
5. Lagi satu rasis card, ya betul.. Korang tak silap baca, benda ni dah lama kat Malaysia, tapi tetap berlaku,
Dalam sistem perniagaan, kalau kau dah ok berniaga di satu tempat bawah satu management, tetiba kau diarah keluar sebab nak bagi bangsa dia masuk,
Contract kau tak disambung sebab alasan dah ada produk yang baru masuk tu sama dengan produk kau jual, padahal kau yang dah lama berniaga disitu. Nampak pelik kan.
Bila disoal berulang kali2, mereka bagi alasan ini semua keputusan pihak pengurusan. Sungguh tak paham kenapa tak boleh bagi valid reason.
Belum lagi masuk kau tengah promote barang kau pada customer yang boleh berbahasa lain selain bahasa dan english,
Datang peniaga yang boleh berbahasa sama dengan customer tu, sambil cakap jangan beli daripada kau dan banyak lagi pilihan daripada luar.
YES BETUL, macam mana kau boleh tahu, dah nama kau pon peminat setia cerita HongKong, walaupon kau tak boleh bertutur, tapi tetap paham apa yang disampaikan.
Terus terang, mungkin mereka hanya nak orang-orang tertentu sahaja berniaga di tempat yang ramai orang,
Walaupon kau dah ikut peraturan, kau berniaga membayar rental beribu-ribu sebulan, kau berniaga di dalam premis perniagaan.
Tapi kau hanyalah peniaga kecil-kecilan yang mempunyai impian besar.
Walaupon kita bersaing secara sihat, tapi ramai yang menggunakan cara kotor untuk senang dapat duit.
Yang pasti janji Allah itu pasti, dan serahkan semuanya kepada Allah. Jika mereka menganiaya, biarlah Allah yang membalasnya.
– Bulan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit