Siska Menjawab Komen Kalian!

Assalammualaikum pembaca setia IIUM Confession. Aku tak sihat ni. Dok belek phone, ternampak penulisan aku disiarkan. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/siska-sunyi/).

Macam biasa aku check komen. Yang mana bagi kata semangat dan doa, aku aamiinkan. Semoga yang baik-baik juga untuk kalian.

Yang kecam tu… amboi-amboi dia! Tapi aku baca sajalah. Aku anggap sebab kau orang strangers, tak kenal aku. Tak tahu cerita hidup aku dan cuma berpandukan apa yang aku tulis.

Aku bukan lapar nak cari laki baru. Tak baik buat assumption macam tu puan-puan budiman. Aku pasti rata-rata kita di sini berpendidikan tinggi. Ada tu punya kerjaya yang hebat. Maka biarlah kerjaya yang hebat tu selari dengan komen anda, okay?

Maaf. Siska Sumanto belum desperate nak berlaki baru. Aku cuma menulis ketika itu aku rasa kesunyian. Betul-betul lonely.

Aku terfikir tadi… salahkah aku sebagai manusia normal merasakan aku juga berhak bahagia? What’s actually in your mind bila kau orang dengar ada orang kesunyian dan perlukan someone? Salah ya?

Maafkan aku yang serba kekurangan, gagal dalam perkahwinan ini sebab terasa sunyi… Tak tahu lah sebab apa jadi macam tu.

Selepas pengakuan aku tulis tu, aku masih jalani kehidupan seperti biasa. Tak bahagia dengan suami tapi ada anak-anak di sisi. Dah tak fikir pun.

Lagi satu, aku rasa lucu bila ada komen kata aku sampai terjatuh tepi jalan nak cari pasangan… Ya Tuhan! Benar apa ini? Aku kan masa menulis tu sebenarnya menggambarkan senario. Bukannya aku bebas langkah jalan sana sini cari jodoh.

Aku bukan desperate ya? Kalau kalian baca dan paham, aku bukan betul-betul nak pengganti. Tapi tu lah. Sikap kita (malah aku sendiri) memang judgemental. Aku anggap ni balasan Tuhan kat aku sebab aku pun macam kalian yang suka judge orang sebelum kenal mereka.

Ayuh! Kita berkenalan! Hai, nama (tipu) aku Siska Sumanto. Senang bertemu dengan kalian! Semoga kita berhenti menghakimi orang, boleh kan?

Sebenarnya rasa sunyi tu datang tiba-tiba. Aku cuti panjang sebab tak sihat, maka rasa tu datang tiba-tiba. Ketika aku sihat, aku tak ada masa nak fikir pengganti. Kerja, then balik, urus anak-anak.

Aku buat kerja sampingan juga. Gaji sedia ada tak cukup nak sara anak-anak. Jadi kena buat kerja lebih sikitlah. Tak sempat nak fikir pun pasal pengganti.

Aku ada tulis bahawa kekangan masa dan modal menyebabkan aku susah nak buat tuntutan. Aku sudah dapatkan nasihat peguam, kos agak tinggi. Boleh ambil peguam dari JBG tapi cuti aku disekat sampai hujung tahun gara-gara kekurangan tenaga kerja.

Memandangkan aku banyak komitmen dan duit KWSP yang lalu aku gunakan untuk lunaskan loan kereta, bayar segala macam bil tertunggak. Semua aku buat sendiri.

Suami aku ada juga di rumah tapi dia hanya datang untuk ambil anak-anak, mandi dan keluar semula. Sudah tak bermalam bertahun dah. Tapi masih sara makanan anak-anak bila aku di tempat kerja. Fasakh is not an option. Aku masih cuba ajak suami untuk cerai secara damai. Doakan ya.

Aku nampak dah jalan sebab suami aku dan bakal tunang dia pun dah unblocked nombor telefon aku. Aku cuba dulu ajak bakal tunang dia untuk bincang.

Sebelum ini aku pernah merayu kekasih gelap suami aku untuk nikah cepat. Malangnya wanita terbahagia itu pecah rahsia kepada suami yang aku hubungi dia. Terus aku disekat dari menghubungi suami aku dan dia. Dan ketika itu suami pun jarang pulang.

Aku tertarik dengan satu komen yang kata suami boleh poligami. Betul Tuan. Suami boleh poligami, tapi bukan sampai hubungan terlarang ya. Aku izin poligami. Mereka tak mahu. Mungkin mereka takut mengaku mereka telah melakukan sesuatu yang dilaknat Tuhan.

Walaupun bukti ada tapi belum cukup untuk sabitkan kesalahan. Dan aku manusia yang cepat kesian. Aku diminta kesiankan suami. Aku kesiankan. Aku cuba selamatkan perkahwinan kami dan di sini silap aku bila aku anggap suami adalah raja. Dia angkuh.

Bila aku bangkit melawan, aku dituduh sebagai isteri jahat oleh mentua dan ipar duai. Masa aku pertahankan perkahwinan aku, aku cuma berjuang keseorangan dengan anak-anak. Mata masa tu tak pernah kering. Basah sentiasa.

Sampai satu hari tu, aku terlalu terbuai perasaan, aku tak nampak apa-apa langsung. Mata aku kabur, basah penuh airmata dalam mata.

Aku jerit tapi dalam hati saja. Tak sanggup kalau anak-anak tengok dan mereka trauma punya ibu yang tidak siap untuk menjaga mereka. Perasaan tu pedih. Bukan sakit macam kena tinggal kekasih. Maaf tak pandai nak cakap sakit macam mana.

Yang mengalami mungkin akan paham sakit tu macam mana. Tak sama sakit kecewa tak dapat kerja impian, sakit ditinggalkan kekasih, sakit hati sebab bos tak bagi cuti… semua tu sakit berlainan. Sakit dicurangi, dan ditinggalkan…tersangat sakit.

Bila ingat pengalaman tu memang jadi tertekan. Aku dah move on lama. Aku berdamai dengan takdir. Itu salah satu cara aku anggap Tuhan bagi ujian supaya ujian akan datang aku kebal!

Ye betul. Hati aku kebal dah. Sebab tu aku pilih untuk simpan duit aku dan aku cuba untuk minimakan penggunaan duit dan tenaga kepada perkara cerai ini.

Doakan suami aku lembut hatinya untuk lepaskan aku. Dia pernah mengaku kepada kawan yang aku ini for him to keep sampai bila-bila. Mungkin kerana setia aku tu mahal. I don’t know. Aku tak pasti kenapa. Dan tidak sesekali aku mahukan dia kembali.

Dulu aku ada hobi. Aku suka aktiviti yang mesra alam sekitar. Hiking salah satunya. Tapi aku dinasihatkan kurangkan aktiviti hiking sebab fikiran aku masih celaru.

Aku membayangkan macam-macam masa aku hiking. Pengaruh iblis syaitan pun boleh tahan masa fragile tu. Jadi aku stop sebab aku tak nak aku hilang pertimbangan.

Aku join juga aktiviti dengan kawan-kawan, tapi kawan-kawan pun ada kehidupan mereka. Tak semua boleh bersama setiap masa. Tapi mereka selalu ada utk aku. Just one call away or a text message will do.

Mungkin aku kena cuba tambah skill baru. Aku terfikir mungkin boleh belajar tatarias, boleh tawarkan perkhidmatan aku pada hari cuti. Selain dapat jana ekonomi, aku pun dapat skill baru. Takdelah rasa sunyi kan?

Terima kasih yang bagi cadangan untuk cari hobi. Yang suruh ingat Tuhan… Alhamdulillah, selama digantung tak bertali, Allah masih pelihara aku.

Tapi janganlah bila aku kata aku sunyi tu macam aku takde pegangan hidup nak berlaki je. I have so many things to do in this world, juga di akhirat. Tapi salahkah ada perasaan sunyi tu?

Suatu masa dulu, aku juga pernah bahagia seperti kalian. Maka, empati lah.

Jaga diri semua. Allah pelihara semua dengan baik, InsyaAllah Aamin.

– Siska Sumanto (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *