Sistem Akademik Yang Menindas

Hai semua. Aku Melati. Confession ni sebenarnya adalah respond ataupun mungkin juga sambungan kepada confession yang ditulis oleh Awang 2-3 minggu yang lalu (tajuk : Awang Kawan Yang Jahat), (https://iiumc.com/awang-kawan-yang-jahat/). Aku baru terjumpa confession itu sebenarnya, dan aku tahu aku menuntut di university yang sama dengan Awang (walaupun tidak dinyatakan dalam confession) berdasarkan klu-klu yang diberi. Universiti di utara, penambahan markah melampau untuk pelajar “special” yang mengambil Bahasa asing supaya boleh convo on time, ni memang university aku.

Memang ada beberapa university sebelah utara ni. Tapi yang kes penambahan markah melampau untuk Bahasa asing ni aku rasa satu university sahaja. Macam mana aku tahu? Memang ramai pelajar di sini tahu, sebab pelajar-pelajar “special” yang dapat tambah markah ni yang bangga bercerita walaupun mereka tak pergi kelas, tetap boleh konvo sama-sama dengan yang pergi kelas. Walaupun mereka gagal, tetap boleh konvo bersama kami. Isu ni bukan rahsia. Kami semua tau, maklum, sedih dan kecewa dengan pengurusan university, dan juga pensyarah-pensyarah yang tergamak berlaku tidak adil kepada kami semua.

Pelajar “special” dalam confession aku ini bukan OKU ya. Tetapi pelajar-pelajar yang gagal subjek Bahasa asing kerana tak belajar, kerana tak ke kelas, kerana ujian dapat markah 1/20. Tapi akhirnya pensyarah kami tambah markah mereka sampai mereka berjaya lulus. “Penambahan markah melampau” ni bukan maksudnya markah kesian 2-3 markah tau, tapi melibatkan markah 30-40. Macam mana kami tau? Kami kira lah, kami bukan bodoh.

Contohnya markah A (salah seorang pelajar special) yang terkumpul sebelum final exam adalah 10/50. Kemudiannya A sendiri yang cakap “aku dpt jawab 5 soalan je wei dari 50 soalan final exam tu, yg lain aku tinggal kosong”, kau rasa markah dia berapa? Kalau kesemua 5 tu betul pun, dia akan dapat 10 markah sahaja. 10+10 = 20. Markah lulus adalah 50, jadi macam mana dia boleh lulus dan grad? Sebab pensyarah dan university bagi markah free lagi 30 tu. Simple calculation.

Aku faham perasaan Awang. Awang tak jahat. Awang sikit pun tak jahat. Awang sama macam aku. Kami tertindas. Kami dianaktirikan. Kami dianiaya pensyarah dan university. Kami ke kelas setiap minggu, berjaga malam utk ujian, peperiksaan, assignment. Tak cukup masa untuk study subjek lain, tapi masih berjaya lulus, Alhamdulillah. Malangnya, pelajar yang tak pergi kelas, yang main game sampai lewat malam, yang tak buat assignment, yang skip oral test, dapat markah free 30-40. Wah, untungnya. Sebab kami tak ada mak ayah kaya, maka kami tak dapat markah free, begitu ya?

Aku sebenarnya cuba butakan mata dan lupakan kes jahanam ni. Tapi dua hari lepas adalah hari konvokesyen aku. Mak ayah aku dating jauh untuk raikan aku. Aku anak sulung dan Alhamdulillah berjaya grad dan harapan mak ayah aku adalah supaya adik-adik aku boleh jadikan aku sebagai contoh walaupun pointer aku tak ade lah perfect. Tapi bila aku tengok pelajar-pelajar special yang tak belajar dan tak berdisiplin ni naik pentas ambik ijazah sama dengan aku, aku jadi sedih, kecewa dan marah.

Kenapa orang yang menipu boleh dpt ijazah. Kenapa orang yang menipu boleh dapat kejayaan sama dengan orang yang berusaha keras. Yang lebih sedih, kenapa pensyarah kami sanggup berlaku tak adil dan tidak amanah macam ni. Kalau mereka dapat tambahan 30 markah, aku dan Awang pun patut dapat. Tapi sebab mak ayah kami tak kaya, tak boleh contact dekan dan pensyarah untuk pengecualian, maka orang-orang seperti Awang dan aku menjadi mangsa ketidakadilan system pemarkahan universiti ni.

Mungkin sebab aku terlampau terasa hati, aku cerita dengan Mak ayah aku akan hal ni. Salah aku. Sebab aku buat Mak sedih. Aku tau Mak sedih sebab lepas dengar cerita aku, Mak aku mintak maaf. Mak kata, “Mak mintak maaf, Mak tak kaya”.

Allah, kenapa lah aku cerita dengan Mak. Kasihan Mak. Aku bukan dengki dengan duit mak ayah pelajar-pelajar special tu. Sikit pun tak. Kalau duit boleh jadikan aku penipu dan pengkhianat ilmu, lebih baik lah aku tak berduit. Aku mintak maaf dengan Mak. Aku kata, aku tak perlu pun ada mak ayah yang kaya. Aku mintak maaf sebab aku komplen seolah-olah tak bersyukur.

Aku harap Awang baca apa yang aku tulis. Awang, kau tak jahat. Kau mangsa, dan kau berhak untuk berasa sedih dan tertindas. Ramai lagi Awang dan Melati di univerisiti kami.

Jangan pertikai kenapa kami bising sangat padahal bahasa asing sahaja pun. Sebabnya kami kena lulus 4 level ya, bukan senang dan bukan sekejap. 4 semester semata-mata untuk bahasa asing walaupun universiti ni universiti yang tak mementingkan subjek bahasa.

Nak kata Awang dan aku jahat dan dengki pun, boleh. Kata lah. Especially kau dari golongan pelajar- pelajar “special”, mesti kami ni dilihat sebagai busuk hati. Aku tak kisah.

Kepada pihak univeristi, pensyarah-pensyarah yang mengajar Bahasa asing dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan kes markah free di universiti aku, aku harap kamu semua menerima balasan yang setimpal dari Allah. Kerana tak adil, kerana menganiaya, kerana menghina system akademik, kerana tidak amanah dan tidak beretika. Aku berterima kasih kepada pihak universiti kerana beri aku tempat untuk aku belajar, tapi pada masa yang sama, yang salah tetap salah.

Kepada pelajar-pelajar “special” yang masih boleh convo walaupun “gagal”, tahniah.

– Melati

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *