Sistem Pendidikan Negara dan Peluang Pekerjaan

Hi. Nama saya Habibi confused. Saya baru saja habis belajar diploma dalam bidang sains gunaan (berkaitan bio dan makmal) yang jarang didengari di sebuah universiti awam tempatan.

Saya tak sangka dah habis diploma sebab satu semester saja saya pernah duduk kat kampus & semester yang lain saya hanya study kat rumah saja. Alhamdulillah mesti ada hikmah di sebalik semua ni kan.

So, saya sekarang nak isi UPU nak sambung belajar peringkat ijazah sarjana muda. Saya confused, buntu, dan takut nak buat pilihan course apa yang saya nak mohon.

Dah pernah minta pendapat dan nasihat pensyarah saya, saya ikut nasihat beliau. Cuma, saya takut nak buat pilihan.

Saya takut dengan sistem UPU ni sebenarnya di samping cgpa saya cuma 3.6 saja. (Kan bila kita dah pilih course tu, dia bagi kita course yang kita tak nak). Sebab sistem merit yadayada.

Lagipun competition dengan students asasi, matriks & stpm sangat sengit dengan student diploma macam saya ni.

Kadang-kadang saya terfikir, untuk apa saya nak sambung belajar degree ni? Dan lepas degree saya nak sambung study lagi ke? Buntu saya dibuatnya.

Nak kata saya minat dengan course diploma yang saya dah tamat belajar ni, takde sangat sebenarnya. Minat tu ada 50% saja.

Sekarang saya minat belajar bahasa & berangan nak jadi duta/ someone yang boleh pergi luar negara dan buat kerja berkaitan dengan bahasa yang saya belajar ni.

Pernah jugak dengar bidang sains gunaan ni tak dapat sambutan tinggi kat Malaysia.

Sejauh mana kebenarannya tak dapat saya pastikan lagi tapi musim pandemik virus covid19 yang selalu mutate genetic ni, bukan ke kepakaran dalam bidang sains gunaan (bio) diperlukan?

Decisional making skill saya terlalu lemah. Susah rasanya nak buat pilihan. Nak teruskan sambung study dalam bidang sains ni atau sambung study bahasa yang saya minat nak study saja?

Atau sambung saja study bidang sains and at the same time study jelah bahasa yang saya minat ni.

Takut nak buat pilihan. Takut dengan masa depan. Tapi saya teringat ayat Quran yang saya selalu dengar ni “Qalu laa takhaf” yang maksudnya : Dia berkata, “Jangan takut” dan saya pun percaya qada qadar.

Perjalanan hidup kita dah pun ditulis dan ditentukan oleh Allah before kita lahir lagi kan. Betul, kita kena percaya dan doa baik-baik untuk hidup kita ni. Tapi kita kena berusaha juga.

Akhir confession saya, saya cuma nak para pembaca doakan saya dan kawan-kawan saya dipermudahkan urusan nak pilih course sambung degree melalui UPU ni.

Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita semua. Saya amat mengalu-alukan nasihat daripada para pembaca.. Terima kasih.

– Habibi confused (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *