Assalamualaikum dan hi semua. Nama aku Siti (bukan nama sebenar). Umur aku dah 30an dan masih single mingle jingle bell ding dong ding ding.
Harini aku nak share dekat pembaca semua mengenai kisah aku disihir. Sebelum ni dah ada orang share tetapi lebih ke arah nasihat… Haa.. kalau ada yang tak percaya takpe, anggap je kisah ni sebagai kisah dongeng ala-ala Harry Potter.
Kisah aku bermula sebulan sebelum PKP. Satu hari ketika aku tengah bersiap-siap nak pergi pesta buku, kawan aku called dan insisted aku pergi ke satu tempat. Ajak mandi bunga kata beliau. Mula-mula aku macam malas lah nak pergi tapi kawan aku pujuk juga.
Setelah dua tahun lebih dia ajak, akhirnya aku layankan je lah. Tapi sebelum tu, aku siasat-siasatlah dulu. Mandi situ ke? Ada mantera ke atau pelik-pelik ke?
Lepas aku berpuas hati, aku pon on je lah. Punyalah semangat kawan aku ni, bunga-bungaan yang perlu dibawa, dia dan suaminya yang carikan.
Bila dah sampai sana, okay je. Takde kain kuning ke kemenyan ke apa. Perawat aku tu aku bagi nama Kak Ell lah. Kak Ell pon ambik bunga dan baca-baca. Kemudian dia bagi tatacara untuk balik mandi di rumah. Entah tiba-tiba aku pon terdetik nak tanya.
“Ke saya ni ada apa-apa? Benda-benda lain?”
“A’aah… ada tu gangguan sikit”
Bila aku nak tau sape yang hantar. Kak Ell suruh balik solat istikharah. Bila aku tanya agak-agak lama tak akan kembali seperti sedia kala.
Dia cakap kita ikhtiar sikit-sikit. Kalau buang sekaligus kang tak bangun sebulan. Tettt… Macam red alert je tuh. Tapi aku still blurred. Kak Ell pon buat air tawar.
Aku pon seganlah, tanya banyak-banyak depan kawan aku dan suaminya. Anyway, terima kasih kawan. I owe you a lot, kawan.
So, the next weeknya aku pergi semula jumpa kak Ell. Sorang-sorang. Mula-mula aku korek-korek…minta dia bagi hint. .tak nak lah revealed terus nama orang yang aku terdetik selepas solat istikharah 3 hari tu.
Dia tanya, pernah masuk university tak? Aku pon described sikit siapa gerangan yang menjadi debaran hatiku selepas solat istikharah itu. Bingo! Ternyata Kak Ell tersenyum.
Kak Ell cakap orang tu hantar sihir tutup jodoh. Mana² lelaki nak serious dengan aku akan rasa panasss. Bila berkawan tu akan terputus di tengah jalan. Bukan sorang dua.. tiga.. empat…. Semuanya putus mengejut ditengah jalan. (Background music: Tiada Jodoh Antara Kita by Jiana Jain)
Bila aku throwback. Rupa-rupanya banyak kesan-kesan sihir dalam sepulah tahun ini. Kesan utama al pastilah tutup jodoh tu. Aku nk share ni kesan-kesan sampingan. Ye lah..benda-benda tak elok…mainan jin. Lama-lama makan dalam.
Dalam tahun 2012 hingga 2014 macam tu, aku selalu kena urticaria or orang panggil kelopak garam, ludah hantu, bbedang. Time aku selalu jadi selalunya selepas subuh dan hampir ke tengah malam. Pernah aku jadi masa bulan puasa, masa duk sahur tu okay je lagi.
Seusai azan subuh… haa tudiaaa… dia naik dah… nak p inject kat KK takut jarum lah pulak. Urticaria ni dalam seminggu jadilah 3-4 kali. Tiap-tiap tahun aku pergi klinik. Klinik yang berbeza-beza. Jawapannya sama sahaja. Allergic cuaca.
Pernah kat klinik ketiga aku tanya kenapa alergik cuaca? Kenapa jadi urticaria? Jawapan doktor, “ini adalah ketentuan Allah”. Nak jatuh kerusi aku dengar.. hihi..
Pastu doktor explained.. allergic cuaca ni… tak boleh nak jangka apa kesannya. Mungkin tahun depan awak gatal hidung ke? Mata ke?
Eh… macam tau-tau pulak.. tahun depannya dah tak kena urticaria. Dia gatal dalam telinga pulak dah. Ya Allah… seksa kan gatal dalam telinga? Nak garu mana boleh. Guna cotton buds bahaya. Bila consulted doctor, kesimpulan yang didapati ialah alergik cuaca.
Redho lah diri ini. Tahun berikutnya jadi mata merah. Nak macam conjunctivitis tapi tak gatal tak berjangkit. Tapi kawan-kawan sekerja takut lah nak pandang muka.
Dah macam mata hantu kata mereka. Aku pon p kerja pakai spek hitam. Kelas kauu nakk… bergaya gila masa tu.
Hihi.. tapi segan sebenarnya weii… tapi apa kan daya..daripada jadi hantu baik jadi artis (flip² rambut sikit)… Adalah dalam sebulan dua jadi mata hantu tu. Pergi klinik. Jawapan macam biasa. Allergic cuaca.
Tahun 2017 dia naik level sikit lagi. Batuk berpanjangan. Entah berapa kali aku ulang ke klinik. Habis petua aku cuba tetapi tetap batuk.
Aku yang tak tak pernah ada sejarah semput pon dah tersemput. Ada kawan yang cadang p minta air tawar. Aku pergi. Housemate bawa jumpa orang boleh berubat.
Aku ikut. Batuk tetap batuk malah makin teruk. Masuk bulan ke empat batuk, kawan aku cadang pergi sebuah klinik swasta ini.
Doctor cakap dia prescribed ubat yang agak kuat lah kat aku. Dalam masa seminggu batuk aku dah kurang 30 peratus tapi ubat tu memang mengantuk gila. 15 minit lepas makan aku terus gone baby gone.
Agaknya kalau orang baling bom, aku tetap tenang tidur. Masa ni doc prescribed aku dengan prednisolone untuk jaga peti suara aku kata beliau.
Ya Allah, aku jadi mudah lapar sehingga bertukar menjadi bebola daging bergerak. Stress wei.. stress batuk dan stress kena kutuk. Tapi semua tu ujian kan. Aku pujuk hati aku.
Tahun tu aku nak p Europe winter trip dengan kawan2 aku. Doctor aku dah risau. Batuk-batukndan semput nak pergi tempat bersalji. Bulan 12 masa tu.
Dia takut aku kena asthma attack or batuk yang teruk kat sana. Jadi dia pesan sebelum nak pergi, datang semula klinik dia nak prescribed inhaler tu. Tapi sebab kalut. Aku tak sempat nak pergi klinik dia. Jadi aku pergilah kat sebuah pharmacy.
Pharmacist ni tak suggest aku untuk guna inhaler. Dia bagi satu ubat ni untuk kuatkan lungs. Kata beliau ubat tu selalu diprescribed untuk pakcik makcik yang pergi haji dan umrah.
Dia pesan hanya on kalau start batuk teruk or semput sahaja. Aku kelu. Level warga emas dah ke sebenarnya paru-paru aku ni? Xpelah.. Europe punya pasal. Redhoo.
Sebagai persediaan, aku bawa macam-macam ubat; paracetamol, vitamin c, ubat batuk, ubat asthma dan ubat selsema. Sesampai di sana selama sepuluh hari, alhamdulilahh aku tak batuk langsung. Kawan-kawan aku pulak yang tolong habiskan bekalan ubat aku.
Cuaca sejuk kan. Mudah lah demam, batuk dan selsema. Tamat sepuluh hari Europe trip, kitaorang balik Malaysia.
Saat aku jejak je kaki aku di lantai KLIA, batukku kembali menyerang. Bila aku lega batuk? Dalam bulan February 2018 tahun berikutnya. Jadi kes batuk ini menguatkan lagi teori alergik cuaca aku.
Empat bulan kehidupan aku normal semula. Tiada batuk. Masuk je bulan Julai. Aku batuk semula. Selepas tiga bulan batuk, kawan baik aku ugut suruh pergi x-ray kat KK sebelum balik raya haji. Kalau tak dia xnak kawan dengan aku. Aku pon turutkan sahaja.
Bila aku cakap dah tiga bulan aku batuk, doctor dah risau. Terus proceed untuk x-ray. Tapi beliau pelik. Untuk orang yang batuk berbulan2, result x-ray aku comel dia kata. Jadi dia tak boleh nak proceed ke hospital. Maka bermula lah episod pelbagai jenis ujian aku kena ambik.
Kahak, tibi, darah, dan HIV. Siap kena buat ujian untuk ibu mengandung tu. Maap, tak ingat pulak nama ujian tu. Tapi results semua clean and clear. Hujung tahun 2019 tu aku dan kawan-kawan travel ke Hanoi. Hanoi sejuk masa tu.
Seperti biasa aku bawa bekalan ubat dan seperti biasa kawan aku yang habiskan. Jadi teori alergik cuaca aku disahkan buat kesekian kalinya. Balik Malaysia aku batuk kembali.
Kawan-kawan sekerja aku cakap aku nak kena migrate overseas dah gini gaya. Alhamdulilahh, masuk musim kemarau, dalam bulan Mac macam tu, aku lega batuk.
Eh panjang pulak coretan aku. Terima kasih kerana sudi baca. Kalau korang sudi baca lagi, nanti aku sambung lagi kisah kesan sihir aku. Take care everyone! Mari kita semua bertabah dengan dugaan sekarang dan mendatang.
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit