Assalamualaikum kepada admin dan pembaca IIUM Confessions. Seriously, tak pernah sangka mentaliti orang Malaysia masih di paras rendah. How can ada orang komen tu cerita rekaan? komen yang saya ni penulis? ada yang komen tak pernah dengar tentang penyakit macam saya. Wow.. Memang terbaik kamu semua. Adakah saya perlu kepilkan gambar kesan kelar tangan saya? or perlu saya bagi bukti video or audio pasal LILI? not to mention, perlu ke saya tunjuk bukti screenshot chat LILI dengan kawan saya semasa saya tidak sedar dan tahu? atau saya perlu bagi nombor telefon kaunselor sekolah saya yang dulu, untuk kepastian?
Banyak benda yang saya tidak ceritakan. Sengaja saya buka cerita sedikit demi sedikit. Kerana apa? Kerana inilah. Sikap orang Malaysia yang suka memberi komen yang tidak membantu. Untuk pengetahuan anda, saya ada pm beberapa orang yang memberi komen untuk dapatkan khidmat nasihat mereka. Saya bukan mereka cerita yang tidak – tidak. Adakah dengan mereka cerita dan post di sini, saya akan dapat duit? wang? pernah anda jumpa nama pena or nama penulis SITI YANG KELIRU? Sejujurnya cakap, saya benci penyakit ni. Saya tak suka. Saya cuba kawal seboleh yang mungkin. Saya cuba tidak kelar tangan, saya cuba tidak makan pil. saya cuba buat – buat tak tahu bila LILI masuk ke minda saya. Tapi saya tak boleh. betul – betul tak boleh.. Takde manusia yang nak sakit.. Saya tak nak sakit.. Tiap – tiap malam saya menangis mengenangkan nasib diri. Terasa diri ini hina sangat – sangat.. Dengan tiada orang yang boleh tolong saya.. Hmm.. Ya Allah..
Pasti ada akan tanya kenapa post di sini kalau dah tau diri tu gila dan tak boleh dikecam kan? Macam yang saya bagitahu dalam LILI II, tujuan saya bercerita di sini adalah kerana saya nak manusia – manusia, terutamanya yang bergelar mak ayah supaya tidak mendera anak secara mental dan fizikal. Jangan ada unsur pilih kasih dalam kalangan anak – anak. Sebab itu saya bercerita di IIUM Confessions ni. Serious cakap, komen – komen yang negatif walaupun seorang dua, telah menyebabkan saya takut untuk bersuara terang – terangan. Kalau melalui IIUM Confessions ni pun dah kena komen yang negatif, cuba anda bayangkan kalau saya cuba bersuara depan – depan? Mungkin betul kata LILI, manusia tak akan pernah memahami.. Jadi, mulai hari ini saya berjanji pada diri ini yang saya tak akan bukak cerita LILI lagi.. Anda nak cakap saya ni kuat sentap? terserah. saya tertekan sekali waktu ini. tertekan kerana tiada siapa yang boleh tolong saya.. Maaf, saya hidup dalam suasana negatif yang terlampau banyak. Jadi, positif sudah tiada..
Saya mohon maaf andai posting saya terakhir ini menjadi gangguan kepada anda. kalau anda rasa terganggu dengan kisah LILI dan LILI II, anda boleh pm admin dan suruh admin padam kisah saya. Saya tak marah dan tak terasa hati. Kerana Allah tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Tujuan saya post kali ini pun, hanya untuk menyatakan kekecewaan saya.. okay, lah.. terima kasih pada anda yang memberi komen yang negatif. Anda telah berjaya. Tatu garisan panjang dengan darah tap tap tap menitik, berjaya terhasil. And kepada yang memberi komen positif, terima kasih.. Semoga Allah merahmati anda..
p/s : orang yang alami tekanan jiwa je paham macam mana satu komen yang negatif boleh membuatkan dia down dan ingin bunuh diri, lebih – lebih lagi pada saat mood dia tidak menentu.
p/s : tolong jangan terlalu cepat menghakimi orang yang mengalami tekanan jiwa. anda tidak berada di tempat dia. anda tidak akan tahu betapa seksanya dia dalam melawan penyakit itu.
– SITI YANG KELIRU
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit