Salam semua. Nama aku Azman (bukan nama sebenar). Dalam hidup ni mesti pernah ada macam triggered point yang buat kau ambil keputusan untuk pilih ke arah mana.
Kisah aku ni waktu berumur 15 tahun tingkatan 3 sejurus aku baru habis ambil PMR. Aku menetap dekat rumah flat, aku waktu tu hidup bersahaja.
Aku membesar dengan seorang ibu, 1 orang akak dan seorang adik perempuan. Membesar empat keluarga.
Sampai satu hari waktu ni memang sehari habis PMR. Dekat kawasan perumahan aku ada satu tragedi. Ada kes jenayah, pembunuhan. Sampai sekarang kes ni tak selesai lagi.
Jadi waktu tu memang kami satu keluarga dan satu kawasan tu memang takut.
Sebenarnya yang paling takut sekali siapa iyalah akak aku. Sebab dia memang pergi kerja dan balik lalu kawasan tu dan haritu dia pun lalu kawasan tersebut.
Kejadian tu pun berlaku dekat situ. Jadi sejak haritu akak aku memang tak lalu situ terus.
Selama ni terus terang waktu umur 15 tahun aku tak familiar dengan term macam psychopath, serial killer etc. Tapi bila dapat tahu yang kes macam ni aku macam taksub nak tahu.
Jadi aku yang selama ni kalau pergi cyber cafe (cc) main game aku tukar ke arah lain aku search banyak benda yang berkaitan benda ni.
Dan aku juga tengok dari tv show, movie, buku dan bermacam lagi berkaitan dengan mister/ crime/ thriller. Jadi cuti yang lama tu aku setiap hari pergi CC consume info tentang benda ni.
Masuk tingkatan 4 aku kira dah macam terlalu taksub bermula dari jack the ripper, zodiac killer dan seterusnya membawa kepada bahan bacaan/ video/ audio yang berkaitan.
Jadi aku pun habiskan masa sekolah aku sampai tingkatan 5 dengan hal tersebut (tanpa pengetahuan keluarga aku) kawan-kawan aku pun tak tahu.
Kalau dekat cc aku tengok cerita ke video semua aku kalau kawan situ tanya aku cuma jawab “saja je nak tengok”.
Kalau yang mungkin tonton banyak tv show/movie genre macam ni. Mesti tahu Behavioral Science Unit (BSU) banyak film tentang serial killer atau psychopath yang inspire dari case study ni.
Habis SPM aku memang banyak baca case tentang bahagian ni. Dari sini yang aku macam lagi dive deep.
Aku pun start baca buku yang berkaitan dekat psychology. Aku mula dengan bacaan ringan atau introduction. Selama ni aku cuma baca tonton dan dengar tanpa faham basic dia.
Sampai satu hari aku macam ada satu perasaan takut pada aku “what if” kalau dalam kalangan akak, adik dan ibu ada orang yang “berbahaya” macam ni. Macam mana aku nak tahu?
Aku selalu assume the worse. Aku akan anggap kalau aku lambat tahu end result dia family members aku mati.
Jadi macam mana aku nak baca atau dapat kesan yang kawan atau orang sekeliling keluarga aku ni bahaya.
Mula-mula aku ambil keputusan nak ambil jalan psychology sambung belajar iyalah most obvious choice kan.
Tapi aku reject, faktor utama sebab aku rasa macam kalau aku pilih bahagian ni nanti orang akan lebih macam berjaga-jaga dengan aku jadi aku tak boleh nak read diorang.
Tapi kalau study background dan career aku tak ada kena mengena orang akan lebih comfortable dan lagi senang aku nak baca mereka ni.
Aku pun ambil keputusan belajar bahagian perakaunan. Tapi dalam masa sama aku ada ambil macam once per week private psychology lesson.
Sambil belajar akaun aku belajar bahagian lain sekali. Habis bidang perakaunan dan graduate aku pun terus kerja.
Aku selalunya akan guna satu trick ni, buat majlis hari jadi akak/ adik/ mak aku dekat rumah. Dan suruh diorang jemput kawan rapat, kawan kerja, kawan sekolah dan lain-lain.
Selalunya aku yang akan uruskan dari menu memasak, cara mengemas rumah dan segala macam.
Sebab setiap kali kalau macam tetamu datang setiap sorang akan ada persepsi atau fokus dia ke mana. Ada yang fokus meja ada makanan, fokus warna cat, fokus posisi sofa.
Dari cara diorang duduk, dari cara mereka punya first impression semua boleh nampak.
Selalunya aku akan guna imej seorang yang “friendly extrovert” dekat keluarga aku punya kenalan. Apa lagi kalau macam akak/adik aku punya boyfriend.
Cara bercakap, habit diorang macam boleh agak mereka ni ada anger issue ada masalah apa.
Jadi aku memang habiskan banyak masa dan tenaga nak cuba analyst adakah orang sekeliling keluarga aku ni “selamat”.
Sebab bagi yang paling bahaya ada lah orang terdekat kita. Sebab kita memang selalu lower our guards dengan diorang.
Kalau faktor luar macam stranger iyalah lain dan aku memang tekankan bahagian emergency dan self defense dekat keluarga aku. Aku siap bawa diorang semua pergi 3 hari 2 malam kursus untuk self defense.
Bagi aku sebenarnya bila fikir balik nak sediakan atau nak pastikan keluarga aku dalam situasi yang selamat.
Macam yang aku cakap, aku selalu assume the worse situation iaitu keluarga aku mati akibat tragedi tersebut.
– Azman (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
sepanjang career aku assume ni merupakan satu taboo sebab A$$_U_&_Me, dalam erti kata lain tipu diri sendiri. sebagai contoh aku bagitau bos yang aku assume yang operator ni buat salah sebab tu banyak defect, and operator tu kena buang, padahal corrective action yang sepatutnya aku buat ialah investigate, clarify, check and verify, cari apa punca defect tu berlaku.
Mungkin apa yang aku nyatakan takde kaitan pun apa yang confessor cuba sampaikan and tak salah pun nak assume worst possible outcome, tapi bila dah selalu assume kau dah tak tau mana yang betul dengan mana yang tipu sebab kau dah selalu tipu diri sendiri.