Situasi Mahasiswa Mahasiswi Sekarang

Semua tahu ramai pelajar sibuk nak balik rumah. Ramai yang bagi cadangan benarkan dan tak benarkan mereka balik atas pelbagai faktor.

Awal bulan mac sebahagian pelajar diarahkan mengosongkan asrama dan dibenarkan balik.

Pada masa tu sesiapa yang nak balik ke negeri yang jauh melebihi pukul 12 malam dikehendaki pergi ke balai polis untuk mengisi borang.

Ramai pelajar berpusu2 pergi dan menyesakkan balai polis. Polis terpaksa menarik balik kenyataan dan benarkan pelajar balik.

Lepastu pelajar pula berpusu2 pergi ke klia dan stesen bas sehingga mengundangkan kemarahan frontliner.

Ada sesetengah pelajar pula mengambil langkah menumpang rumah kenalan dan rumah keluarga kawan yang terdekat sehingga sekarang.

Pada awalnya pelajar lega dapat menumpang tapi sekarang rasa terbeban pula menumpang rumah orang.

Selepas itu kenyataan keluar pada 18 – 19 mac menyatakan pelajar yang tak sempat balik diarahkan jangan balik.

Pelajar sabah sarawak boleh duduk di asrama. Pelajar yang belum sempat balik boleh duduk di asrama.

Pelajar2 yang duduk luar pun boleh memohon untuk duduk asrama tetapi kebanyakan mereka tak sempat nak masuk kampus jadi mereka tetap duduk di rumah sewa.

Pelajar2 yang tengah praktikal diberi pilihan untuk bekerja dari rumah atau drop dulu subjek praktikal.

Selamatlah pelajar2 yang sempat balik ke rumah keluarga tu tapi yang tak sempat terpaksa duduk di rumah sewa dlm tempoh pkp ni.

Mereka berbaloi jika mereka melakukan kerja dari rumah tapi bagi pelajar yang drop praktikal tu agak rugi sebabnya tak ada benda nak di buat, jauh dari keluarga.

Bertambah malang jika tempat praktikal tak diberi gaji, mereka kena extent semester serta kekurangan sumber pendapatan dan bekalan makanan.

Selepas itu, kerajaan dan pihak universiti memberi bersetuju memberi bantuan makanan kepada pelajar2 yang tidak balik ke rumah malangnya seperti yang kita tahu ada pelajar2 seakan2 menghina makanan yang diberikan.

Berbeza pula dengan pelajar NR, bantuan tetap diberikan tetapi based on first come first serve basis. Pusat bantuan makanan agak jauh bagi sesetengah pelajar terutama bagi mereka yang tiada kenderaan.

Mereka terpaksa berjalan kaki dan adakalanya ditahan polis kerana berada di luar rumah. Kebanyakan dari mereka bila tiba di pusat bantuan, makanan telah pun habis.

Ada juga pelajar yang mengadu bantuan makanan tidak diberikan tetapi hanya diberi bahan kering untuk dimasak seperti beras dan tepung yang sememangnya tak cukup untuk seminggu bila tinggal beramai di dalam rumah sewa.

Selepas itu mereka terpaksa menunggu lagi sama ada diberi bantuan ataupun tidak.

Ada juga beberapa universiti di mana pelajar2 mengadu bahawa bantuan yang diberikan kepada pelajar2 di dalam asrama melebihi dari apa yang pelajar2 NR dapat seperti dianak tirikan.

Pelajar2 yang praktikal pula sudah semestinya tidak mendapat apa2 bantuan jika berada jauh dari kawasan universiti.

Pelajar2 yang telah pulang ke rumah sebelum tempoh pkp pula kebanyakan tidak membawa pulang buku2 serta alatan tulis. Ada juga segelintir yang meninggalkan laptop di asrama dan di rumah sewa.

Kebanyakan pensyarah berminat untuk menggunakan video conferencing, zoom, google meet dan bermacam aplikasi lain yang menggunakan internet yang lancar dan kuat.

Bagi subjek yang memerlukan pelajar berhadapan dengan pensyarah serta menggunakan software universiti.

Kebanyakan pensyarah2 berhasrat untuk meminta kelonggaran supaya pelajar dibenarkan dan dapat pulang ke kampus selama seminggu semasa dalam tempoh pkp.

Saya bukan nak menulis tentang sikap pelajar yang mengada2 dan tidak berfikiran seperti seorang mahasiswa atau mahasiswi tetapi inilah apa yang pelajar2 seluruh malaysia hadapi.

Mereka mengharapkan kebajikan mereka terjaga supaya mereka tidak terumbang ambing.

Sebagai ibu bapa mesti semua orang risaukan anak2 mereka makan atau tidakkan?

Walaupun ibu bapa boleh menghantar duit kepada anak2 tetapi ada anak2 yang tidak dapat mengeluarkan duit di atm dalam tempoh pkp.

Ada juga anak2 yang berduit tetapi tidak boleh keluar untuk membeli barang keperluan.

– Mesin atm (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *