Situationship

Aku baru lepas baca confession bertajuk “Bertemu Tanpa Sengaja, Mencintai Tiba-Tiba”, (https://iiumc.com/bertemu-tanpa-sengaja-mencintai-secara-tiba-tiba-dan-melupakan-secara-terpaksa/).

Situasi aku dengan confessor tu hampir sama, umur kita pun sebaya.

Awal tahun ni aku ada kenal someone, jarak umur 6 tahun. Kami kenal dari dating apps.

Dalam banyak-banyak orang, dan selepas bertahun tahun aku install dating apps tu, first time aku bagi nombor Whatsapp dekat orang, iaitu dia.

Baru seminggu matched dekat apps tu, dia minta number dan aku tergerak hati nak bagi. Sebab aku rasa selesa.

So, kami pun berhubung setiap hari selama 5 bulan.

Masa ni, aku dah mula attached dan ada perasaan kat dia.

Aku jarang dan agak susah catch feeling dengan orang. Tapi dengan dia, aku rasa something yang aku dah lama tak rasa. Orang cakap, ada butterfly dalam perut haha.

Kami updates pasal life masing-masing, sharing past love history, bercerita tentang family dan macam macam lah. Apa yang aku boleh cakap, aku rasa dihargai.

Dia ada business sendiri juga, small business la. Busy macam mana pun, dia tetap akan update. Harini buat apa, beli apa etc.

Tapi ada time, dia tak update apa-apa lansung which buat aku terasa. Ye lah, sebab dah ada feeling kan. Benda sekecil semut pun boleh buat terasa.

Sampailah di satu malam yang hening pada bulan May, aku confess. Aku cakap aku ada perasaan kat dia. Dan, aku bagitahu laa yang aku terasa kalau dia tak reply chat or ignore chat aku.

Aku pun tanya, kemana hala tuju kita? Since dah 5 bulan kita macam ni. Adakah kita akan go to next stage like officially bercinta? Or we will remain like this?

Tahu dia reply apa? Ya, dia memang ada niat nak pergi ke next stage TAPI since dia ada bad experience dengan LDR (ya jarak antara aku dan dia dalam 2 jam), so dia tahan je niat dia tu. Dan, teruskan berkawan macam biasa.

Aku pun macam, adakah aku kena move on? Like lupakan you? 5 months kot, kau treat aku macam aku ni someone special for you, last-last kau ajak kawan je dengan alasan takut LDR hahaha.

Aku frust, serious aku frust. Sejak aku kenal dia, aku mula improve diri aku. Habit-habit yang tak sihat, aku tinggalkan perlahan-lahan. Sebab aku nak jadi yang terbaik untuk dia. Sebab aku yakin dia jodoh aku.

Lepas dari hari tu, aku tetap contact dia macam biasa. Dan, aku perasan dia macam ada bagi hint yang dia pun betul-betul ada feeling kat aku. Or maybe aku delusional kot.

Last week, aku luahkan lagi perasaan aku. Aku cakap aku tak puas hati, is it really because of LDR or kau ada orang lain?

Jawapan dia sama, because of LDR. Dan, dia cakap, aku terlalu muda untuk dia. TERLALU MUDA WEH, dan pemikiran kami tak sama. Tak connected.

Aku 27 kot. Dia 33! Beza 6 tahun je pun. Dan, kalau tak connected, kenapa kau melayan sampai 7 bulan. Aku tak cukup matang ke?

Dia buat aku question diri aku. Selama ni, aku rasa kami bersembang elok je. Tak ada rasa awkward pun. Or sekali lagi aku being delusional?

Entahlah. Aku tak faham lah dengan lelaki. Korang nak apa sebenarnya?

Macam mana korang boleh hidup dengan layan orang macam special without rasa apa-apa? Memang lelaki hebat bab berpura-pura ke? Penatlah jadi pompuan. Asyik kecewa.

Lelaki, tolonglah bagi pendapat korang okay. Rasa-rasa kenapa dia macam tu?

Kalau tak suka, cakap je lah tak suka. Kalau tak berminat, cakap je lah tak berminat. At least aku ada some closure dan boleh move on dengan tenang. Jangan bagi mix signal.

– Vee (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *