Hi, aku kembali lagi. Sebelum ni aku pernah hantar confession dekat ini, https://iiumc.com/situationship/
Selepas previous confession, aku ada try buat apa yang di suggest dekat komen. Aku stop jadi orang pertama yang mulakan conversation. Aku sengaja tak reply text dia berhari-hari.
Guess what? Dia cari aku. Dia layan aku lebih better dari sebelumnya.
Aku? Of course rasa makin berbunga. Tapi jauh di sudut hati, aku risau dan confuse.
Apa yang dia buat tak sama dengan apa yang dia cakap. Kata kawan, kenapa still treat aku macam lebih dari kawan. Atau aku yang perasan?
Hari demi hari berlalu, kami berhubung macam biasa. Keluar sekali sekala kalau aku ada datang ke daerah dia tinggal.
Ditakdirkan, aku dapat job offer di daerah dia. Jarak tempat kerja aku dengan rumah dia tak sampai 15 minit, dan aku pun menyewa di area berdekatan.
Ingat tak sebelum ini, dia kata dia tak dapat proceed to next step sebab tak sanggup LDR? Haha.
Pity me, aku ingatkan bila dah dekat macam ni akan selalu ada masa untuk kami spend bersama. Aku silap. Hahaha.
Bila aku ajak keluar, dia tolak. Banyak kali. Sekali je dia setuju.
Aku kekal positive, mungkin dia penat bekerja. Aku faham orang yang kerja sendiri, cabaran dia lain sikit.
Walaupun jarak tak sampai sejengkal, kami masih jarang berjumpa. Cuma text, call dan video call setiap hari.
Aku minta petunjuk dari Tuhan. Aku minta, bagi aku masa sehingga hujung tahun ni untuk cuba nasib dalam hubungan kami.
Betul, Tuhan mendengar. Siapa sangka, berbulan bulan aku cari jawapan aku stalk FB, Twitter, IG, Tiktok, langsung tak jumpa apa-apa. Tapi aku jumpa jawapan di LinkedIn.
Ya, LinkedIn, tempat untuk cari kerja. Macam mana? Aku just randomly search nama business dia di Google then keluar satu image yang bawa aku ke LinkedIn.
Aku terjumpa satu posting video yang promote business dia. Video yang sama dia pernah share pada aku penghujung October.
Bezanya, video di LinkedIn di post oleh seorang perempuan dan di penghujung video ada nama dan contact number dia dan perempuan tu.
Sebelum ini dia memang bercerita tentang segala benda including partner dan orang-orang yang dia bekerjasama. Tapi tak pernah dia cerita pasal perempuan ni.
Aku cari FB perempuan tu. Tahu apa aku jumpa?
Gambar-gambar dorang berdua jungle trekking pada tarikh dan hari yang dia bagitahu aku yang he will go to somewhere yang takda internet coverage. He will be missing for the whole day kata dia.
Haha. Ini lah jawapan nya kenapa dia begitu dan begini. Ini lah jawapan yang aku cari-cari.
Tuhan bagi aku jawapan sebulan lebih awal dari tempoh yang aku minta. Aku confront dia. Aku tanya dia siapa perempuan tu. Sejak bila kenal.
Dia mengaku itu gf dia, couple sejak July beberapa hari sebelum aku confess kali kedua.
Reason kenapa dia tak bagitahu aku, dia kata sebab dia takut aku akan block dia dan taknak layan dia lagi.
Hahahahahaha. Well hellooo, what do you expect me to do? Takkan aku nak sondol bf orang.
I am not that low. Aku lega sebab aku dapat jawapan yang aku cari-cari. Aku bangga sebab aku tak meroyan depan dia, aku tak nangis, aku tak marah depan dia.
Aku terima dengan tenang. Aku taknak bagi dia kepuasan kalau tengok aku kecewa. Aku nak dia fikir yang benda ni sekelumit pun tak menggangu fikiran aku.
Walaupun hakikatnya, I am emptionally destroyed.
Balik tu aku tewas, aku nangis sepanjang malam. Aku remove dia dari segala jenis social media, aku buang number dia.
Aku delete gambar dan semua pasal dia aku buang.
Aku stalk FB perempuan tu. She seems nice.
Yang buat aku sedih, aku nampak diri aku pada perempuan tu. Fizikal kami sama, pemakaian kami sama. Makin terganggu fikiran aku.
Kenapa bukan aku? Mana silap aku? Kalau aku yang datang dulu, kenapa pilih dia?
Kenapa? Aku sedih. Sangat-sangat sedih dan kecewa.
Berbulan aku bagi effort, rupanya terbazir macam tu je. Rupanya selepas setiap pagi dia call aku, dia call perempuan tu.
Selepas setiap malam call aku, dia call perempuan tu.
Berseronok berjalan-jalan dengan gf, tapi mengadu penat dekat aku.
Aku bodoh. Dalam setiap keluhan dia, aku sentiasa bagi semangat. Rupanya ada pemberi semangat yang lain hahaha.
Aku ada peluang untuk bagitahu perempuan tu segala galanya tapi aku memilih untuk taknak ganggu hubungan dorang. Perempuan tu nampak baik, aku decide untuk undur diri.
Walau sekasihan mana pun aku dengan diri aku, aku lebih kasihankan perempuan tu. Dia tak tahu kewujudan aku. Dia tak tahu apa bf dia buat di belakang dia.
Last text kami, dia minta kami kekal berkawan. Dia taknak hilang aku.
Aku cuma cakap pada dia, kalau betul dia serius dengan perempuan tu, aku minta dia berubah.
Berhenti menagih perhatian perempuan lain. Belajar hormat perasaan orang lain.
Sejujurnya aku nak tanya kenapa pilih perempuan tu dan bukannya aku, tapi aku takut.
Aku tak berani untuk ambil tahu kenapa bukan aku.
Dear you,
Jika ditakdirkan satu hari, you duduk termenung dan nama I terlintas di fikiran you, dan you teringat how much I care for you, I harap Tuhan hadirkan rasa sedih dan pilu dalam hati you sesedih dan sepilu yang I rasa sekarang.
Pada masa tu, I harap ada rasa penyesalan yang teramat dalam diri you buat I macam ni. Dan, ketahuilah pada masa itu I tengah bahagia dengan orang lain.
Bye…
– Vee (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ramai laa yang confess macam ni sekarang ni. Lelaki kan, kalau dia betul-betul nak kat kita, dia akan tunjuk effort. Kalau dia tarik tali, taknak jawab, ghosting, mengelak, maksudnya dia taknak kita. Ada lah sebabnya dia tak bagitahu kita, well hati ni bukan boleh paksa. Once dah nampak dia macam tu, girl, move on. Gerak. Jangan pandang belakang dah.
you go girl…be strong…xseharus lelaki tu tawu awk sedih sbb die… dont bother… hahahah… kuatkan smngat…ALLAH da bgi pntunjuk means he is not the right one for u. insya-Allah , ada jdoh yg lgi baik menanti awk dik..