Salam semua. Aku harap pembaca semua sihat. Aku menulis disini kerana aku ingin meluahkan perasaan ku yang dah lama aku pendam,
Tak tahu lah sama ada cerita ni agak boring, kelakar atau sedih bagi korang tapi ini adalah first time aku menulis confession ku di laman ini.
Nama aku Bulan (bukan nama sebenar). Kisah ni, Aku pernah bekerja di sebuah syarikat swasta yang jauh dari kampung halaman aku. Aku lahir daripada keluarga yang educated dan privilege.
Yes, aku merupakan gadis bandar, tapi aku sedikit pun tidak terasa untuk bangga diri dengan status keluarga kami sebagai golongan mewah. Aku selesa berkawan dengan semua orang,
Aku merupakan sahabat yang sentiasa berfikiran positif, kalau ada masalah dalam hubungan aku lah orang pertama yang menyelesaikan masalah tersebut dan kembali berkawan seperti normal.
Selain nak gain trust in friendship/relationship, aku sayang dan hargai sahabat- sahabat ku sampai la umur ku jejak ke alam bekerja.
Sampai satu tahun ni, masa ni aku baru pertama kali jejak ke alam pekerjaan. Fikiranku masih mentah, yang masih naive tentang dunia luar, aku berkenalan seorang lelaki ni yang usianya jauh lagi tua dariku.
Namanya Imran (bukan nama sebenar) Masa tu aku ingat, umurnya hampir 10 tahun jaraknya dengan diriku dan of course, dia seorang stabil dan segak dimata ku.
Sifatnya betul-betul match energy dengannku membuatkan kami bertambah rapat.
Aku tak pernah terfikir untuk berkawan dengan lelaki yang jauh jarak umur dengan ku, disebabkan aku ni peramah, aku mesra dengan nya sampai ramai kawan officeku kenan-kenankan kami. Tambahan pula, dia single dan masa tu genap 3 tahun aku single.
Aku tersimpul malu, pada masa sama aku memang anggap dia sebagai seorang kawan lelaki di office yang paling aku percaya.
Dia pernah ajak aku keluar, kadang-kadang sampai malam kami keluar. Tengok gaya pon kami ni seperti pasangan yang dilamun cinta, walaupun kami ni tak declare apa-apa.
Lama kelamaan rakan-rakan perempuan ku mula tidak suka melihat tabiat ku yang keluar sampai malam dengannya sampai menasihati jangan terlampau layannya, takut terjatuh cinta dengan Imran.
Tapi apa yang aku kisah, aku mengatakan tidak ada perasaan dengannya..
Tetapi lama kelamaan, aku terjatuh cinta dengan sahabat ku sendiri. Aku semakin sedar, masa ni aku cuba mengelak daripadanya tapi dia tetap nak dekat dengan diriku.
Spam message, cakap dengan aku even aku cuba mengelak sebab aku dah buat kesilapan terbesar dalam diriku.
Tapi yelah, aku perempuan. Aku lemah untuk melawan dan akhirnya teruskan jugak berkawan dengannya walaupun aku dah jatuh cinta dengannya.
Rakan-rakan office mengatakan, Imran memang hasrat nak masuk meminang dengan ku, apa lagi hati ku lagi berbunga dan confirm cintaku bukanlah tepuk sebelah tangan.
Aku pernah membawa Imran datang ke rumah semasa untuk berjumpa dengan keluarga ku. Imran disambut baik, tetapi selepas dia pulang, dia langsung tak mesej aku walaupun sepatah.
Aku mula rasa sangsi dan mula ada perasaan tak kena denganya. Dia marah aku ke? aku cuba husnuzon dan kekal seperti normal.
Sampai la masuk office, kami didatangi seorang staf baru perempuan yang bernama Rozie (bukan nama sebenar)
Rozie ni, baru hari pertama datang dah bawak perangai pelik dia. Gaya dan perangai nya rusa masuk kampung, seperti kanak-kanak terlebih gula.
Rupa dah elok, tapi tak nampak langsung seperti pemegang segulung ijazah. Hubungan aku dengan Rozie memang okay, kami juga rapat di office dan dia pon tahu persahabatan aku dan Imran,
Dia siap bagi nasihat cinta kepadaku dan bagi petunjuk yang mana sesuai buatku. Tambahan pula kami serumah dan kami amat akrab.
Sampai la selang sebulan macam tu, aku mula sedar Imran makin menjauhkan diri dariku, bercakap pon tak.
Aku mula rasa curiga, tapi aku cuba fikir baik sampai satu tahap aku dah buntu sampai solat istikharah untuk meminta petunjuk. Selang beberapa hari, akhirnya persoalan ku sudah terjawab.
Rupanya Rozie dan Imran bercinta dibelakang ku tanpa aku sedar setelah 2 bulan berkawan dengan Rozie.
Tak tipu, masa ni hati aku hancur, rasa dipergunakan ada, paling sedih rasa dikhianati kawan sendiri sedangkan dia yang paling banyak bantu ku dalam memberi nasihat cinta.
Aku hampir tidak dapat kawal perasaan ku, tapi mujur rakan perempuan yang lain di office ku menahanku.
Hati aku berkecai, aku menangis kerana kenapa aku pernah jatuh cinta dengannya, menyalahkan diriku dan tanpa sedar, aku pernah menoreh tanganku sendiri.
Aku mula rasa benci pada diriku, atas kesilapanku pernah melayan dan kebodohan kusendiri, aku susah nak melupakan Imran dan perbuatan Rozie.
Aku tak dapat maafkan perbuatan mereka, tambahan pula Rozie serumah denganku dan sering kali aku melihat dia keluar dating dengan Imran.
Bukan tu je, Rozie pernah bawak Imran ke kampung halaman nya untuk berjumpa dengan family, dan tengok di status, Imran nampak ceria dan rasa disambut dengan baik sedangkan masa aku bawa dia dulu dia hanya berdiam dan tak pernah pon post gambar denganku.
Tu belum lagi layanan Imran kepada Rozie, sama seperti layanan nya denganku. Siapa tak sedih, orang yang pernah kita rapat dan suka telah diambil kawan sendiri.
Rozie nampak kemarahan ku, tetapi dia buat tak tahu dan menganggap aku ni cemburu dengan hubungan nya.
Bagi mengapi-apikan kemarahanku, dia sengaja bercakap kuat tentang kebaikan Imran memberi kemewahan kepadanya serta janji Imran menghalalkan nya sedangkan perkenalan mereka singkat, terus bercinta dan bercadang untuk menikah.
Bagi aku yang pernah tinggal serumah dengan Rozie, aku kenal perangainya.
Nampak terdesak sangat si Imran nak Rozie ni jadi isterinya sedangkan Rozie ni, perangai nya di rumah pon macam tak terurus.
Masak pon jarang, pengotor jangan cakaplah tapi aku memilih tidak membuka aib Rozie kepada sesiapa demi menjaga maruahnya.
Rozie juga cuba mempertahankan dirinya, mengatakan silap aku kerana lambat bagitahu perasaan sebenarku terhadap Imran.
Hubungan kami semakin keruh, apatah lagi aku dengan Imran yang langsung tak bertegur terlalu lama.
Ramai je colleague yang lain mula mengesyaki kami dan cuba tanya tetapi aku mengelak. Hanya rakan perempuan sahaja yang tahu tetapi mereka memilih untuk tidak masuk campur.
Aku pernah cuba berbaik dengan Rozie tetapi dia masih menganggap aku ni cuba merosakkan hubungannya dengan Imran.
Sampai la satu masa, ada rakan office ku pernah bagitahu, Imran menolak cinta aku kerana satu situasi yang paling aku tak boleh brain.
“Status aku tak setaraf dengan Bulan. Aku prefer perempuan yang biasa-biasa macam Rozie”
Wow. Masa ni aku terdiam seketika.
Kalau tengok dalam drama, selalu kita perasan orang kaya taknak orang tidak setaraf dengannya. Yang aku hadap, lain pulak situasi. Aku terkejut, tapi pada sama aku bersyukur bila dapat tahu jawapan.
Dan alhamdulillah istikharah ku terjawab. Atas bantuan sahabat office ku yang lain agar sedihku tidak berterusan, mereka tidak membiarkan aku keseorangan dalam menyiapkan kerja yang lama bertangguh akibat depresi ku.
Mereka sentiasa ada denganku, dan sebenarnya mereka dah nampak red flag cuma aku je yang tak ambil nasihat mereka.
Ye la cinta kan butakan hati jadi mana nak nampak kan? Si Rozie tu pula. pernah je diberi nasihat oleh mereka tapi dia dengan ego nya, mengatakan aku yang menghasut semua orang supaya benci dia dan Imran.
Tapi apa aku peduli, aku menempel dengan sahabat office ku yang lebih menghargai ku berbanding orang yang mengkhianati dan meninggalkan ku.
Sampai la hampir setahun berkhidmat disitu, alhamdulillah aku mengambil keputusan untuk resign kerana dapat tawaran sambung belajar di London.
Berat hati ku untuk meninggalkan tempat kerja ku, tetapi berat lagi memikul beban yang aku hadap melihat Rozie dan Imran yang mesra nya menjadi-jadi.
Tapi apa yang aku peduli sekarang, kesihatan mental ku serta masa depan ku untuk mengejar cita-citaku. Ramai sahabat sedih, mereka sempat mengusik, dah sampai London cari la jodoh lelaki mat salleh, jangan cari lelaki melayu macam Imran.
Aku ketawa, pada hari terakhir tu semua mengucap tahniah dan lambai kepada ku kecuali Imran dan Rozie.
Yang paling sedih, dua sahabat yang pernah aku rapat, kami putus kawan macam tu sahaja. Imran sikit pon tiada beri kata-kata terakhir, tetap dengan ego nya dan bahagia bersama Rozie, pengganti diriku.
Sekarang dah dua bulan aku melanjutkan pelajaran ku di London, dan aku menjalankan kehidupan baru ku disini.
Walaupun tenang dan tiada contact bersama pasangan tu, hatiku masih berbekas lagi perasaan sedih. Lagi-lagi si Imran.
Sering kali aku berangan dan berdoa agar persahabatan kami terjalin semula, bukan sebab aku berharap cinta darinya, aku penat menanggung beban sakitku kerana putus kawan.
Aku sayang dan hargai dia sebagai seorang sahabat yang paling baik, semua memori aku dengan nya tak pernah sekali terpadam walaupun jauh dimataku.
Aku berdoa, agar hati aku dapat lepaskan Imran sepenuhnya kerana aku tahu tuhan nak tunjukkan dia bukan orang yang terbaik disisiku.
Dan beberpa hari lepas, aku mendapat tahu bahawa Imran dan Rozie akan berkahwin tak lama lagi.
Aku tersenyum pahit, pada masa sama aku bersyukur kerana Imran ingin menghalalkan orang yang dia sayang walaupun bukan aku. Tak apalah, aku redha dengan ketentuan ilahi. Apa yang berlaku sentiasa ada hikmah,.
Terima kasih korang, aku dah maafkan semua. Kepada Imran, yang pernah seketika datang dalam hidupku, kau banyak mengajar hidupku untuk terus kuat, dan kepada Rozie, terima kasih kerana kau, aku jadi lebih berhati-hati dalam persahabatan.
Aku berdoa, agar Imran dan Rozie bahagia dan kekal ke jannah serta bahagia sampai bila-bila.
With Love,
– Bulan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit