Assalamualaikum… Ni kali ke 3 aku menulis disini… Harap pembaca tak jemu baca luahan hati aku ye..
Confession Pertama, Penting Nya Takruf Sebelum Nikah, (https://iiumc.com/pentingnya-taaruf-sebelum-nikah/).
Confession ke Dua, Bebas Dari Neraka Suami, (https://iiumc.com/bebas-dari-neraka-suami/).
Sepanjang proses penceraian dari mahkamah syariah dan ke pejabat agama bukan sesuatu yang mudah untuk aku lalui… Syukur aku masih ada keluarga yang sentiasa menyokong dan membantu…
Selepas bercerai aku jadi down sekejap… Aku nampak ok di luaran tapi dalam hati aku sakit… Hampir tiap hari aku menangis..
Tapi aku tak mahu biarkan keadaan ni berterusan… Rosak hidup nanti…
Apa yang aku perjuangkan aku kene teruskan… Aku banyak mendekat kan diri pada Allah… Mengadu pada yang khalil adalah yang paling baik..
Di tempat kerja ramai kawan2 yang tak tahu aku telah bercerai.. .Memang aku sengaja rahsiakan untuk maruah aku… Walaupun jadi janda tak berdosa..
Apa yang aku nak luah kan disini… Aku sedih dengan keadaan di tempat kerja aku sekarang dengan skandal isteri orang dengan lelaki bujang yang terjadi depan mata…
Si isteri orang ni pada aku die beruntung sebab ada suami yang baik.. Hensem.. Ada anak2..
Kenapa aku cakap suami die baik… Sebab kami satu tempat kerja jugak… Suami die solat tak tinggal… Kalau jumpa perempuan jalan nya tunduk… Family man… Berdasar kan dari status wasap isteri dia lah…
Tapi isteri nya ni tak tahu bersyukur dapat suami yang macam tu.. Buat perangai pulak berskandal dengan lelaki bujang… Hari2 bergurau senda depan kawan2 yang lain tanpa rasa malu…
Bff die pun menyokong jugak… Bila ada yang tegur melenting bukan main cakap mereka hanya kawan…
Aku sedih dengan keadaan macam ni… Aku yang baru lepas bercerai ni makin depression dengan keadaan macam ni…
Aku bersungguh berjuang untuk rumah tangga aku tapi gagal… Tapi yang Allah dah bagi suami yang baik tak tahu bersyukur…
Bukan aku nak menyibuk hal mereka tapi si isteri tu tadi tak takut azab Allah ke…
Aku tak pasti sama ada suami die tahu ke tidak tentang ni… Tak kesian kat anak2 ke kalau sesuatu terjadi..
Si bujang tu die tak rugi ape2… Bile2 mase die bole pergi… Bole kawen dengan perempuan lain..
Wahai isteri2 di luar sana… Bersyukur lah bila dapat suami yang baik… Yang sayang kan awk.. Hargailah…
Ramai perempuan yang mangsa rumahtangga mendambakan suami seperti suami awak yang baik itu…
Jagalah maruah diri… Jagalah kebebesan izin dari suami bagi awak bekerja… Jangan menyesal nanti kehilangan permata dalam tangan, demi batu kerikil yang bersepah tepi jalan…
Lelaki yang skandal dengan isteri orang ni bukan type lelaki yang baik…
Semoga kawan saya itu insaf dan sedar sebelum terlambat…
– Awan yang terpilu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit