Skincare

Assalamualaikum. Boleh panggil saya N. Seorang surirumah dengan tiga anak yang comel.

Rentetan Konfesi Dark Side Rawatan Kecantikan (https://iiumc.com/dark-side-rawatan-kecantikan/), saya terpanggil untuk menulis konfesi berkaitan Skincare. Harap membantu bagi yang berminat.

Saya mula terjebak dengan k-beauty beberapa tahun yang lepas. Banyak juga try and error untuk dapatkan result yang ok untuk kulit muka.

Saya kongsikan step yang berkesan hasil pengalaman beberapa tahun ni.

Yang pertama kena konsisten.

Memang kena selalu buat dan takda istilah instant result. Memang ambil masa untuk kulit jadi ok. Dan bila dah pakai satu produk tu cuba habiskan jika tiada komplikasi. Baru nampak efek dia.

Step kedua adalah double cleansing.

Memang membantu sebab ada pelbagai jenis kotoran kat muka walaupun duduk rumah.

Jadi bermula dengan oil cleansing bilas lepastu bersihkan muka sekali lagi pakai pencuci muka yang biasa kita guna tu.

Kalau boleh jangan terlebih bersihkan muka sebab nanti dia strip natural oil yang ada kat muka kita.

Kalau boleh pagi guna pencuci muka biasa lepastu malam buat double cleansing. In between pakai wipes je jika rasa kulit muka kotor.

Step ketiga adalah lembapkan muka pakai pelembap muka.

Pilih yang bersesuaian dengan kulit muka. Kalau kulit muka jenis kering cari pelembap muka untuk kulit kering sebab dia akan extra lembap untuk tampung kekeringan kulit tu nanti.

Dan kalau pakai actives memang kena topup dengan oil atau serum pelembap yang bersesuaian kalau tak kulit senang breakout.

Step keempat actives.

Actives ni la yang paling berkesan untuk perbaiki kulit kita ikut masalah kulit. Actives ni juga memang ada kat serum cuma mungkin kita tak familiar dengan nama dia.

Contoh kulit kita kusam boleh pakai vitamin c.

Vitamin c ni selain berkesan untuk combat kulit kusam (tak mampu putihkan muka cuma serikan wajah sahaja), vitamin c sesuai digandingkan dengan sunblock.

Maknanya pakai waktu siang diikuti sunblock. Vitamin c pula yang paling berkesan adalah ascorbic acid dan ada concentration dia untuk jadikan tahap kebersanan dia.

Untuk actives boleh mulakan dengan low concentration dulu. Kalau ok boleh increase concentration dia.

Ada beberapa jenis actives untuk combat skin problem. Contoh AHA; untuk combat kulit kering, masalah kulit kusam dan anti-penuaan.

AHA ni kategori chemical exfoliation. Makna sapu je AHA ni untuk exfoliate tak perlu tonyoh muka macam pakai scrub biasa. AHA ni die exfoliate outer skin. Sesuai untuk kulit normal tu kering.

Selain AHA, BHA pun kategori chemical exfoliation. BHA exfoliate ke kulit dalam lubang pori. BHA sesuai untuk kulit normal to oily acne prone skin. Jadi kalau nak combat jerawat boleh try BHA.

Ada banyak lagi actives tapi cukup dengan basic ni dulu. Tolong jangan combine actives. Pakai satu untuk satu masa.

Contoh pagi pakai vitamin c dan malam pakai AHA (untuk kulit kusam/anti-penuaan). Dan tolong pastikan anda lembapkan muka secukupnya takut nanti jadi breakout (dah 2 kali pesan ni).

Dan step yang paling penting Penapis Suria (Sunscreen). Sangat-sangat penting sebab tak pakai sunscreen boleh reverse semua step kita.

Dan suncreen ni kira anti-penuaan sebab sinaran suria yang tak bertapis boleh menyebabkan kulit muka jadi tua (photoaging). Kena pakai bila keluar rumah mengikut kata doktor.

Tapi saya pakai je kat rumah bila rasa sinaran terik kuat. Dan bila keluar rumah memang wajib pakai.

Setakat ni je konfesi untuk skincare. Ni yang saya rasakan paling berkesan dalam mengubah kondisi kulit saya.

Memang ada banyak jenis skincare tapi tak semestinya kita perlukan. Kulit lain-lain dan bajet juga lain-lain. Dan untuk actives saya campur-campur, ada western ada k-beauty.

Last dan yang paling penting, maafkan jika anda tersalah kata/info dan juga bahasa rojak.

Terima kasih sebab sudi baca.

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *