Skip Baca Al-Quran

Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab approve. Ni kali 2 aku buat confession. Alhamdulillah, kali pertama aku confess, admin approve.

Aku nak confess yang aku dah umur sekian2 masih lagi tak khatam al-Quran. Maaf aku tak bagitau umur aku. Sebab aku malu.

Aku skip baca Al-Quran dengan berguru masa nak dekat akhir tahun 2014. Tapi aku still baca al-Quran dekat rumah. Selalu aku baca surah Al-Mulk ja. Surah2 lain aku tak baca sangat dan ada yang tak baca langsung. Sebab aku takut jika aku tak baca dengan tartil dan tajwid. Dosa kan.

Sebenarnya, dah 2 kali (kut) aku masuk kelas mengaji. Pertama aku skip dan kedua juga aku skip sampailah sekarang. Alasan aku macam tak munasabah sangat. Huhu.

Alasan dia sebab aku nak belajar, dan aku kena tumpukan dekat pembelajaran. Kelas mengaji tu mula lepas Maghrib.

Aku ni dulu suka remehkan benda wajib. Ya, solat. Dalam 5-10 minit lepas azan Maghrib je aku terus pergi ke tempat mengaji. Solat tidak. Padahal, tu yang wajib. Haih…

Sampailah satu hari, aku orang pertama kut datang situ, dengan pagar berkunci. Ustazah tu baru je nak solat, sebab nampak dia sudah bertelekung.

Dia pun bukaklah pagar, dan sambil tu, dia cakap, “kamu semua ni tak solat ke apa? Tau tak solat tu wajib?” Lebih kurang gitu la.

Waktu tu aku dah terasa. Tapi, tak lama selepas tu, aku endahkan juga kata2 ustazah tu. Hati dah hitamkan.

Dan alasan aku datang awal sebab? sebab nanti ramai datang mengaji, bila ramai datang, maka lambatlah habis.

Ustazah kat situ, tak silap aku ada 2-3 orang. Ramai orang, nak2 tunggu dorang mengaji lagilah lambat. Dengan yang baca tersekat2, tergagap2. sebab tu aku datang awal.

Tapi, bila aku datang awal, mestilah habis awal. Masalahnya, bila dah habis mengaji, aku kena tunggu jiran aku habis ngaji juga.

Lepas dorang dah habis, kiteorang akan main dekat situ. Main kejar2, menjerit sana sini. Bising wei, mengganggu orang lain mengaji. Tapi aku apa kesah.

Dan banyak lagilah alasan2 aku. Tapi takkan aku nak jadi macam ni sampai mati? Malu bila kawan2 aku dah sampai juzuk 29. Malu bila kawan aku dah khatam 2-3 kali. Malu, aku malu. Tujuan utama aku pun bukan nak khatam al-Quran tapi nak belajar tajwid dia.

Aku tengok ramai je yang dah khatam al-Quran belagak tak nak baca setiap hari. Yela, dah khatamkan? Huhuhu. Baca al-Quran semata2 nak khatam, aku tak nak mcm tu. Aku nak istiqamah baca al-Quran setiap hari.

Eh boleh je aku baca, cuma aku takut tajwid aku salah. Belajar tajwid bukan dengan buku tajwid, tapi dengan guru.

Ni 2016 dah nak dekat, aku ada azam yang aku nak masuk balik kelas mengaji. Aku nak mula mengaji dari surah Al-Fatihah. ‘aik kemain jauhnya kau pergi?’ Hahaha.

Aku pun dah tak ingat m/s, juzuk, surah mana aku berhenti. Teruk an? :’) so, sebab tu aku nak mula balik dari awal.

Ada lagi 1 sebab aku nak mula dari awal. Sebab? sebab waktu aku tengah baca or tengah tunggu giliran, waktu tulah kentut nak datang. Pfft.

Aku malas nak ambil air wuduk, so, aku pegang je al-quran tu, siap baca lagi tanpa rasa bersalah. So, sebab tu aku nak mula dari awal. Teruk, teruk.

Tapi ada satu masalah besar bagi aku. Aku dah azam nak mula mengaji dekat situ, tapi… tapi aku malu. Aku malu. Kawan2 aku ada kat situ. Dan mungkin dorang dah nak khatam. Dahlah kalau aku masuk, maknanya ini dah kali ketiga. Takut pula kalau aku skip lagi.

Tolong aku wei. Bagilah kata2 semangat dekat aku nih. Selalu jugak aku pujuk diri aku, tapi setan ni goda aku supaya down. Huhuhu. Tolonglah, tolonglah.

Btw, thanks sebab baca tulisan aku yang panjang berjela ni. Moga Allah rahmati kau.

– baymax (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Boleh baca. Beli terjemahan. Bersih tumbuh badan pakaian boleh baca x wuduq. Baca salah lebih baik dr x baca. Baca terjemahan untuk menarik minat membaca. Dh khatam x makna berhenti baca. Bc AlQuran sepanjang masa. Sbb Al Quran ini manusia user manual

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *