Kena tindih jin dalam bahasa Melayunya. Saya saja share mana tau ada yang kena pengalaman yang sama.
Saya Anabel. Saya dah kena benda ni lama sangat sejak kecil. Ini gara-gara tegur satu bunga tepi telaga kat tengah hutan. Ada kejadian mistik juga masa tu.
Kat telaga tu kita orang nampak nenek kita orang yang memang sah-sah ada kat rumah pun tadi. Apalagi, semua berhambur lari balik. Takut. Kita kecil lagi masa tu. Budak-budak katakan. Saya dan nenek tak sama rumah.
Selang berapa hari lepas tu, kat rumah saya tertidur siang. Dalam mata masih antara nak tidur dan tak tiba-tiba saya ternampak satu kertas kecil warna putih laju je menuju saya. Dalam takut tu saya rasa tak boleh bergerak, nak jerit semua tak boleh. Kaku.
Sayup-dengar satu suara cakap “ada perempuan rambut panjang sedang tunggu” terus saya seperti kena lepas dari benda tu. Itulah pertama kali saya kena dan memang saya ingat sampai sekarang.
Selepas kejadian tu, tak lama kemudian nenek saya meninggal. Ketika hari berpantang lepas dia dikuburkan saya ternampak jelmaan dia sedang berjalan di tanah. Saya pelik tapi abaikan takut fikiran saja. Budak-budak masih. Benda tu tak fikir sangat.
Kena tindih jin ni berterusan sehingga saya abis tingkatan 5. Ada kena tapi tak selalu. Dia muncul dalam jelmaan macam-macam dan kita auto jadi kaku tak bergerak.
Lepas habis sekolah saya memeluk Islam. Atas keinginan diri sendiri. Tak da kaitan dengan tindih jin tu tadi. Saya kerja di bandar S. Jauh dari kampung halaman. Kerja biasa saja untuk menampung kehidupan. Saya tumpang tidur di rumah sewa kakak.
Dekat sinilah mulanya gangguan yang cukup extreme. Mungkin si Jin tu fikir saya masuk Islam dia upgradekan jurus-jurus yang ada kat dia.. (melawak je ya).
Paling saya tak boleh lupa satu masa tu. Balik kerja siap mandi apa semua. Dalam mata nak tertidur, tiba-tiba benda tu datang. Saya jadi kaku. Ada dua orang muka muncul kat syiling. Sambil tersenyum kat saya. Puas saya gerakkan diri tak dapat.
Saya baca surah ringkas semua berterabur. Seperti biasa dia akan lepas sendiri. Dan muka tu pun hilang. Dan saya terasa sakit di bahagian “situ”. Sehari juga lah saya rasa sakit.
Sebenarnya, itulah kali pertama kena ganggu selepas saya convert. Saya ketakutan. Saya buka lampu bilik dan ambil wudhu. Saya sambung tidur. Tidur dalam terang.
Episod gangguan tu berterusan diserta dengan kejadian mistik juga.
Saya pendekkan cerita, malas nak taip panjang-panjang. Saya pergi berubat cara perawatan Islam takut terkena saka ke apa masa kecil tu (sebab selalu nampak jelmaan nenek masa tu) semua kata tak da. Saya puas berubat tau. Dia ok sekejap je lepas berubat lepas tu datang balik.
Jelmaan dia memang seram. Ada penampakan lembaga putih, pahlawan baju hitam ikat kepala tali merah, tali panjang, tongkat, ular, akar akar kayu tiba-tiba keluar dari tingkap, spider web tiba-tiba datang menuju ke muka. Macam-macam dan ada yang terbawa ke nyata. Tapi itu sekali je terjadi.
Lepas balik kerja malam, saya mandi- mandi dulu, lepas tu buat air kopi layan cerita. Entah kenapa rasa sangat mengantuk. Saya baringlah atas tilam sambil mata tengok cerita (kdrama). Peminat drama korea tau lah semangat nak abiskan macam mana.
Tiba-tiba badan kaku balik. Ternampak seperti kala jengking merayap atas badan saya menuju ke muka. Nak bergerak tak dapat kaku. Sekuat tenaga saya cuba gerakkan tangan untuk halau kala jengking tu dan akhir nya berjaya. Dan teka apa??? Ia nyata.
Terkejutnya saya masa tu hanya Allah yang tau. Kala jengking yang jelmaan tadi ada kat lantai. Hidup lagi. Ya Allah. Apa yang berlaku pun saya tak tau. Saya bunuh dia dan baling keluar tingkap. Terus saya buka surah al-Quran.
Dan hingga sekarang masih ada tau gangguan seperti itu, kerap sangat kena sekali dengan mistiknya sekali. Dah puas berubat tapi itulah. Ok kejap datang balik.
Ada perawat yang kaitkan dengan bunga kat tepi telaga tu. Tapi bunga kat tepi telaga tu saya tak pernah cerita kat sapa-sapa sebab bagi saya tak da kaitan cuma gangguan kena lepas kes telaga tu lah, tapi entah macam mana perawat ni tau. Mungkin dia dapat baca ke alam silam saya kot.
Pembaca ada ke yang kena macam saya juga? Kena tindih jin aka sleep paralysed ni, kalau ada kena bagaimana cara mengatasinya sebab pola tidur kita terganggu kena.
Sekarang saya just amalkan bismillah 5, selepas solat pun saya rajin baca tu. Untuk perlindungan diri. Ada pembaca yang kena tindih jin juga ke, yang berterusan or sekali sekala datang.
Minta maaf sebab cerita lain sikit, just nak share saja.. kadang-kadang stress tau sebab ganggu tidur. Terima kasih sudi membaca.
– Minah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit