Assalam. Hai. Aku rasa terpanggil nak buat confession lepas baca satu confession jatuh bangun dalam belajar. Aku tertarik sangat dengan confession tu sebab lebih kurang macam life aku as an engineering student. Aku anak yang sulung daripada empat beradik. Jadi tugas aku berat, sebab aku kena tunjuk aku contoh teladan yang baik untuk adik-adik aku. Boleh dikatakan dari UPSR sehinggalah SPM keputusan aku cemerlang. Jadi, aku dapat tawaran sambung belajar ke luar negara. Haaa sini lah life aku berubah. Keputusan aku jatuh, aku tak dapat fly so aku study local di salah sebuah universiti di selatan tanah air.
Sedih memang sedih, tengok kawan-kawan lepas fly ke UK aku kat sini tabahkan hati aku. Tengok diorang jalan sana sini kat IG, twitter hahaha membara jugak kekadang aku. Aku tak tahu mana salah dan silap aku. Aku study gila-gila tapi still tak lepas. Sampai aku dah tak tahan dengan engineering ni. Aku macam dah hilang rentak study. Aku tak perform macam zaman sekolah dulu. 1st sem degree, hahaha pointer aku bawah 2 kau tahu! Bawah 2! Masa tu aku rasa dunia aku gelap , bodoh sangat ke aku? Aku ingat kena tendang, Alhamdulillah aku masih ada peluang.
Masuk 2nd sem pon aku dapat jugak pointer bawah 2. Aku memang dah give up nak angkat kaki cabut amik course lain, tapi lecturer aku ni dia percaya aku boleh pergi sebenarnya. Dia pujuk aku sungguh-sunngguh guna peluang terakhir, sebab dia kata kalau aku keluar. Rugilah masa aku tu. Bapak aku dah suruh aku keluar amik tesl. Masa aku sem 1 dengan sem 2 memang aku struggle gila- gila lah, sampai aku tak de life. Serius tak de life, aku banyak baca buku dan aku baca sebijik-sebijik ayat yang ada dalam buku tu, aku buat latihan sebab aku ni slow learner sikit. Orang lain study sekali dah dapat, aku kena 7-8 kali baru aku faham apa sebenarnya yang
aku belajar tu.
So aku macam merajuk jugaklah dengan Allah masa tu. Aku dah study, baca Al-Quran, solat tak tinggal, solat sunat pon aku buat.
Kenapa results aku teruk jugak? Lepastu aku tersedar, bodohnya aku. Boleh pulak aku persoalkan pada Pencipta aku. Aku muhasabah diri, aku ajar diri aku supaya ikhlas dengan setiap benda yang aku buat. Aku still teruskan rentak study aku. Aku buat study group. Struggle betul-betul sebab ni peluang terakhir aku DAN nak jadi engineer pon impian aku dari aku kecil lagi. Alhamdulillah, pointer sem 3 aku dapat 3.3. Menangis aku masa tengok result tu. Aku rasa usaha aku terbalas. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat aku.
Satu benda aku belajar, ikhlas dengan setiap benda yang kita buat.Jangan lupa parents, selalulah call diorang tanya khabar, minta diorang doakan. Berbaik-baiklah dengan lecturer-s, member2. Tanya diorang mana part yang kau tak faham. Jangan mudah mengalah! Doakan aku untuk next sem, aku kena kerja keras supaya cgpa aku naik balik. Mungkin aku kena extend. Tapi apa pon! Jangan mengalah! Aku tahu aku tak pandai mengarang, tapi mungkin dapat bagi sedikit semangat kepada orang lain. hehe peace yoooo!
– Gadis berkaca mata
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit