Small the Circle

Salam pembaca, nama aku Abita, bukan nama sebenar. Umur 38 tahun ni, pekerja eksekutif swasta. Dah berkahwin & ada anak sepasang cahaya mata.

“Small the circle” untuk kawan-kawan dalam hidup aku dah lama aku praktiskan, aku hanya rapat dengan beberapa kawan yang sentiasa bagi “positive vibes”, & yang suka berkongsi ilmu, idea, & teknologi.

Circle aku, aku elakkan orang-orang yang suka bercerita perihal manusia. Alhamdulillah circle ni sangat serasi dengan aku, aku bangun tiap hari dengan “positive vibes”.

Tapi masalah aku bila circle tu melibatkan keluarga. Aku adik beradik 9 orang, alhamdulillah 7 lepasan universiti, 2 masuk badan beruniform tanpa melanjutkan pelajaran. Semua ada keje yang baik, alhamdulillah.

Ibu aku ibu tunggal, ayah aku meninggal ketika aku umur 17 tahun, & aku anak nombor 6. Mak aku duduk Felda, strok selama 2 tahun selepas ayah meninggal.

Jadi dalam masa 2 tahun mak aku strok tu, memang mak duduk kampung, aku selaku anak paling dewasa di rumah yang uruskan belanja dapur, makan minum adik-adik (Abuya, Siti, Nurul) selama setahun.

Tahun ke 2, aku dapat tawaran matrix, jadi adik yang no 7, Abuya (adik perempuan, 15 tahun) teruskan urusan rumah. Tahun 2003 ye umur ni.

Masalah aku bila baru2 ni, dalam group keluarga, adik nombor 9, Nurul mengamuk sebab dia cakap aku cuba merendah-rendahkan dia sebab dia tiada anak (kat rumah mak, siap baling-baling barang, menjerit-jerit),

Punca sebab aku cakap biar aku naik transport sendiri senang nak uruskan anak, tak naik bas untuk family vacation.

Si Abuya pulak tambah perisa cakap aku memang banyak bawak masalah & semua adik beradik tahu perangai aku selalu rasa betul. Fyi, Si Abuya pon belum ade rezeki anak

Aku pun terkejut beruk la, tiba-tiba kena aim siap ade backup pulak. Aku tanya la, masalah apa yang aku buat, tapi si Abuya suruh aku fikir sendiri.

Aku pun jawab, boleh la pm aku kalau ade isu berbangkit. Tapi, dia cakap pulak aku pergi sekolah tapi tak boleh fikir, tapi serius aku tak tahu apa dosa aku pada dia.

Aku malas nak panjang cerita, aku mintak maaf la jika aku ada bawa masalah pada keluarga. So lastly si Nurul nie mintak maaf sebab katenya dia beremosi sebab depression sebab tiada anak, dia cakap Abuya tak bersalah sebab dia puncanya.

Jadi soalan aku, patutkah aku kecikkan cycle aku (exclude Abuya & Nurul), kurangkan interaksi dengan mereka. Aku takut sebab aku share pasal anak, dia trigger kat aku?

Memang adik beradik, tapi tak nak negative vibes dalam hidup aku, patutkah aku exclude mereka?

– Abita yang confius (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Anon cerita tak habis.. mcm nak play victim pun ada.. takkan la adik tu nak mengamuk tetiba kan.. kalau setakat ckp nak naik transport sendiri senang nak urus anak, tak mungkin la adik tu mengamuk sampai tahap camtu.. si Abuya tu dah ckp yg anon ni sentiasa rasa dia betul je.. dan hanya sebab ni anon nak exclude kan adik kandung sndiri hanya semata2 dia rasa negative vibes? aku nampak yg anon ni yg toxic dlm family sebenarnya

  2. hmm anon cakap nak avoid “orang – orang yang suka bercerita tentang perihal manusia” tapi anon sendiri duk sembang dalam ni…hmmm anon2 cakap tak serupa bikin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *