Confession ini ialah tentang learning disability iaitu dyslexia dan juga ADHD. Minta maaf kerana confessionnya agak panjang.
Aku mempunyai dyslexia dan berkemungkinan ada ADHD (disebabkan mempunyai beberapa symptom tertentu). Aku membaca beberapa confession tentang mempunyai pasangan dyslexia.
Saya faham perasaan anda. Sebab dimata aku juga, aku telah banyak menyaksikan ramai orang yang sangat kecewa dengan diri aku ini.
Akan tetapi, aku berasa bertuah kerana maklong merupakan insan pertama yang mengesan masalah aku ketika waktu tadika. Dia berjaya mengesan bila dimana aku selalu pakai selipar terbalik.
Aku ingat lagi masa tadika aku seorang sahaja yang tidak reti membaca di dalam kelas tersebut. Minta maaf, cikgu. Selain itu, aku sudah lali mendapat panggilan lembab dan lambat tangkap dari tadika sampailah intern.
Bila aku menjejaki sekolah rendah, aku sangat kagum dengan semua orang kerana dapat mengenal pasti mana satu tangan kanan dan mana satu tangan kiri.
Aku dapat tahu aku ini kidal sebab ada orang yang memberitahu. Yang lagi kelakar, pernah takat-takat lulus dalam geografi, sebab mempunyai kesukaran dalam membezakan barat dan timur.
Kalau ditanya tentang pelajaran, aku merupakan seorang pelajar yang mukanya sememangnya “blur” ketika guru mengajar. Istilahnya “slow learner”. Adakah aku selalu gagal dalam mata pelajaran? Jarang sama sekali. Range skor aku dalam A+ ke B. Itu sahaja.
Ada guru pernah memberitahu ibuku yang aku ni lambat tangkap dalam subjek matematik tambahan. Alhamdulillah, sewaktu SPM aku skor A untuk mata pelajaran tersebut dan tidak pernah sesekali mendapat B ketika di universiti.
Ketika aku berumur 24 tahun, aku selalu bertanya kepada diri aku. Kenapa aku tak mampu memahami sesuatu dengan cepat seperti orang lain?
Kalau diri aku ni sememangnya lembab, kenapa aku boleh cemerlang dalam pelajaran? Bukan orang yang skor akademik tu dipanggil bijak atau cepat tangkap.
Bila aku fikir balik, faktor yang membuat aku berjaya dalam pelajaran atau untuk memahami sesuatu ialah strategi belajar, kerajinan dan perseverance.
Sebagai contoh, aku berjaya memahami matematik tambahan melalui buat terlampau banyak mistake. Dari mistake itu, aku trace balik kenapa boleh jauh lari daripada jawapan. Dan disitu aku menjumpai pemahaman aku.
Begitu juga dengan kerja. Adakah cara ini menjadi competitive disadvantage? Haha, ya kerana mana ada majikan mahukan pekerja yang selalu membuat kesalahan.
Apa yang bagus tentang taktik ini? Kalau dicampak apa-apa masalah sekali pun, aku mampu selesaikannya kerana itulah cara aku belajar.
Aku google sedikit berkenaan dyslexia dan ADHD. Mereka mempunyai pesamaan dalam kekurangan seperti time management, financial management dan attention deficit. Mereka juga berkongsi kekuatan yang sama iaitu creative dan boleh fikir diluar kotak.
Akan tetapi bukan semua dyslexia dan ADHD akan mendapat semua strength dan weakness ini. Seperti aku, time management aku ke laut dan juga fokus.
Manage duit merupakan kekuatan aku. Aku listkan kekuatan dan kekurangan dyslexia dan ADHD. (Noted: setiap insan dyslexia dan ADHD mempunyai weaknesses dan strength yang berbeza)
Kekuatan Dyslexia; creative, vivid imagination, boleh trace pattern dengan mudah, boleh connect antara past event, present dan future event.
Kelemahan Dyslexia; ada “setback” dalam membaca, mengeja dan menulis. Keliru dengan direction kiri atau kanan (kecuali dia dah ada strategy).
Kekuatan ADHD; sebenarnya banyak dan boleh google. Yang paling prestigious, mereka ini perseverance, problem-solver, hyperfocus (untuk tidak keliru, sila google) dan risk-taker.
Kekurangan ADHD; poor executive functioning, poor emotional dysregulation, cepat distracted, poor time management dan pelupa (otak short-circuit. Contoh; aku nak masuk bilik untuk ambil kunci tetapi bila aku dah masuk bilik itu, aku lupa nak ambik apa.)
Apa yang aku realize dalam memahami ADHD dan dyslexia ini sebenarnya mereka bukannya satu kekurangan akan tetapi dalam istilahnya “our brains are wired differently from others”.
Maksudnya, cara kita belajar, memahami dan berfikir sememangnya lain daripada insan yang tiada learning disability.
Kalau ada sesetengah orang mengatakannya sebagai gifted dengan memberi contoh cliche Albert Einstein. Aku tak menafikan dia sangat bijak tetapi ramai orang telah meletakkan dyslexia sebagai learning disability. Tidak ke pelik tu?
Bagi insan dyslexia dan ADHD diluar sana, you are not a failure, broken or stupid. Tuhan ciptakan semua manusia dimuka bumi ini dengan kebijaksanaan yang berbeza.
Kalau ada orang kata kau lembab, always remind diri yang kau belum lagi jumpa strategi yang betul untuk belajar. Dan bagi pembaca, minta maaf atas kasar bahasa, tatabahasa (dan juga bahasa pasar) dan struktur ayat.
– Dyslexian (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit