Soal Jawab Isu Harta Pusaka

Soal jawab isu Harta Pusaka :

Soalan :

Sebelum arwah meninggal dunia, sewaktu hayat arwah, beliau menanggung abang kandung beliau. Beliau beri wang saku sebulan RM500.

Sekarang saya sebagai balu tidak mampu untuk menanggung arwah kerana saya mempunyai tanggungan 2 orang anak lelaki, seorang anak perempuan yang masih kecil.

Hutang arwah juga banyak. Saya tidak bekerja. Ibu bapa arwah dah meninggal sebelum arwah. Apa perlu saya lakukan?

Jawapan :

Simati (suami) meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu (isteri), 2 orang anak lelaki, 1 orang anak perempuan, tiada ibu bapa.

Adik beradik adalah terhalang dari mempusakai Harta simati.

Isteri (balu) tidak bertanggungjawab untuk memberi wang saku bulanan kepada abang kandung simati lebih lebih lagi keadaan balu yang tidak bekerja, dan simati juga ada meninggalkan hutang (liabiliti).

Kebajikan anak anak yang masih kecil yang merupakan waris harta pusaka adalah keutamaan dan kewajiban.

Menyelesaikan hutang sinati menggunakan harta harta simati juga adalah keutamaan dan kewajiban.
Hutang wajib dibayar walau tidak dituntut.

Sekiranya setelah si isteri mengambil Geran Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka simati samada dari Unit Pusaka Kecil, JKPTG atau Mahkamah Tinggi,

Dan setelah mentadbir harta tersebut termasuklah menyelesaikan segala hutang simati dengan bank, terdapat lebihan harta setelah dibahagikan secara Faraid / sama rata / sepakat keluarga,

Bergantung kepada budi bicara dan ihsan si isteri jika ingin memberi sagu hati atau berkongsi harta tersebut dengan abang kandung simati sebagai mengenang jasa beliau dan hubungan silaturrahim yang ada.

Sebaik-baiknya kedua-dua belah pihak berbincang dengan baik tanpa berlaku sebarang persengketaan, atau tanpa perlu memutuskan hubungan silaturrahim antara bapa saudara dengan anak-anak saudara.

Perlu ingat, kebajikan anak anak yang masih kecil dan penyelesaian hutang piutang simati adalah keutamaan.

Jika mempunyai sebarang kemunsykilan atau keraguan, rujuklah mereka yang arif.

Semoga bermanfaat. Sekian…

Penguam,

– Nur Shuhadah Binti Mahzan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *