Soalan Kepada Wanita

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Di pagi yang berjerebu ini saya membuat keputusan untuk menghantar apa yang terbuku di hati ini.

Saya nak bertanya kepada para wanita terutama sekali yang telah bergelar isteri, apa faedahnya post gambar selfie di media sosial dengan senyuman, lirikan manja dan wajah disaluti mekap walaupun menutup aurat??
Untuk keyakinan diri?
Sekadar suka-suka?
Menagih ‘like’?
Menarik perhatian kaum lelaki?

Bukan saya cemburu cuma SERIBU KALI SAYANG rasanya bila kita menutup aurat tapi tergamak berkongsi post segedik itu. Menutup aurat bukan sahaja dengan menjaga pemakaian tetapi juga adab dan pembawaan diri. Bagi yang sudah berkahwin, walaupun suami tidak menegur perbuatan itu tetapi takkanlah tidak mampu berfikir tentang perbuatan yang jelas sekali seperti menjentik nafsu kaum adam?

Yang lebih teruk apabila kaum yang sama ini mula berkongsi berat badan, bayangan rupa rambut, rambut baru dipotong, ukuran badan & jumlah susu badan di pihak umum yang mana kaum adam juga mampu membacanya. Untuk apa berusaha menutup aurat jika semuanya terhidang untuk menjadi santapan imaginasi lelaki?

Jangan salah sangka, saya memang menyokong 100% penyusuan susu ibu & menyusukan semua anak saya tetapi apabila kita berkongsi secara umum status susu badan yang berjaya dihasilkan dengan sekali pam sama seperti memberi bayangan tentang fizikal tubuh sendiri. Begitu juga tentang saiz baju, kulit makin putih atau gelap dan sebagainya.

Sekian pertanyaan saya.

Terima kasih

– Mama S

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit