Assalamualaikum semua. Perkenalkan nama saya Happy Mother. Saya ada sepasang anak berumur antara setahun hingga 4 tahun. Cukuplah itu sebagai intro dan jutaan terima kasih untuk admin sekiranya luahan saya dikeudarakan. Sebelum tu saya nak tegaskan saya bukanlah antivaksin atau provaksin tapi saya adalah neutral. Saya ada beberapa soalan kepada provaksin dan antivaksin.
Soalan kepada provaksin :
1) Adakah vaksin yang diberi kepada anak2 adalah dijamin halalnya? Sebab setahu saya vaksin dikatakan mengandungi bahan yang terlarang. Ok mungkin ada orang kata babi jika melalui proses di lab, yang haram akan jadi halal jika melalui proses tertentu. Saya penah dengar ceramah dari ustaz akli ahmad. Kalau tak silap saya mcm ni ceramah dia. Kalau darurat, boleh kita ambil penawar yg haram. Tetapi tu kes darurat. Contohnya kalau tak vaksin, akan meninggal lah siapa yang vaksin.
2) Adakah vaksin benar2 selamat? Contohnya kesan aefi. Menurut Garis Panduan Farmakovigilan yg dikeluarkan sendiri oleh KKM, kesan aefi mmg wujud. Gpfk tu diwujudkan sebagai garis panduan jika sesiapa yg divaksin mengalami kesan advers. Tp saya agak kecewa kerana ada doktor terpinga2 semasa saya sebut perkataan GPFK sebab tak pernah dengar.
3) Bahan logam yg terkandung di dalam vaksin seperti aluminium dan merkuri adakah tidak mendatangkan bahaya? Memang ada orang medikal yang memberitahu dalam susu ibu pun ada aluminium tetapi saya dengar dari segi serapan tu, aluminium dalam susu ibu akan dikeluarkan dari badan tidak sepertimana vaksin. Selain itu bahan yg kurang bersih seperti sel janin dalam vaksin MMR. Adakah benar?
4) Setahu saya vaksin ni bukannya dari zaman tok nenek kita. Jadinya kalu ibu bapa yg provaksin hendaklah memastikan pengasuh tua atau ibu bapa mereka yg tua dapatkan booster vaksin dulu baru buleh pegang cucu mereka. Setuju?
5) Vaksin bcg adalah utk mencegah penyakit tibi. Memang secara umumnya baby lepas lahir terus kena vaksin bcg tetapi kenapa di hospital ramai je kena penyakit tibi?
6) Maksud vaksin itu sendiri. Vaksin adalah bakteria atau virus yg mati, hidup atau dilemahkan dan dimasukkan secara oral atau suntikan dalam tubuh. Jadi ada kemungkinan tak bakteria itu plak yg bawak penyakit kepada baby tersebut? Sebagai contoh, anak seorang kenalan saya kena cucuk dtp (diphtheria, tetanus, pertussis) masa umur 3 bulan. Tak lama lepas tu baby tu masuk wad sebab pertussis padahal budak tu tak pegi mane2 pun dan org sekeliling dia divaksin.
Sekarang persoalan untuk antivaksin :
1) Penyakit tibi, polio, pertussis,
2) Macamana untuk bayi yang tidak diberi vaksin meminimakan pergaulan dengan budak2 lain?
3) Sekiranya kerajaan mewajibkan semua2 kanak2 divaksinkan, apakah tindakan anda?
4) Apa yang mendorong anda untuk menjadi golongan antivaksin?
Biarlah siapa2 yang membaca luahan ni mengecam saya untuk bertanyakan soalan di atas. Saya tengok masyarakat sekarang agak dahsyat dalam marah antara satu sama lain. Sekali lagi saya bukan provaksin dan bukan juga antivaksin. Cuma saya perhatikan kebanyakan ibu bapa yg antivaksin bukanlah nak benci sangat pada vaksin atau nak sengaja sebar penyakit kpada budak2 lain tetapi anak2 mereka terkena aefi.
Bagi saya, ibu bapa yg provaksin atau antivaksin masing2 sayangkan anak. Cuma yg berbeza dari segi pemahaman. Yang provaksin bimbang anak kena penyakit cegahan vaksin. Yang antivaksin plak bimbang anak2 kena aefi dan bimbang benda haram masuk dalam tubuh. Saya harap kalu betul la kerajaan nak wajibkan vaksin, beri penerangan secara jelas mengenai kandungan Garis Panduan Farmakovigilan terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya ibu bapa buleh berwaspada sekiranya berlaku apa2 kepada anak selepas di vaksin.
Saya memohon maaf sekiranya luahan saya ada menyebabkan ada orang terguris hati. Kalau ada salah silap maklumat, mohon jangan saman saya sebab saya bukan org kaya. Segala luahan ni adalah pertanyaan semata2 bukannya tuduhan.
Akhir kata, semua penyakit datangnya dari Allah. Kalau Allah nak uji, orang kena vaksin pun kena penyakit juga. Orang tak vaksin pun kena penyakit juga. Semoga Allah mengurniakan kita semua kesihatan yang baik. Sekian…
Sebarkan kasih sayang…
#neutral
#antiflatearth
#antihomebirth
– Happy Mother
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit