Social Anxiety

Assalamualaikum, pertama sekali terima kasih kepada admin sekiranya confession saya diterima aku wanita berumur 23 tahun yang masih lagi belajar di salah satu ipts.

Aku tidaklah begitu menarik yang selalu dipandang oleh para lelaki di luar sana.

Aku selalu menjadi pilihan kedua sekiranya aku bergaul dengan lelaki kerana mereka memilih yang cantik dulu untuk meramah mesra.

Aku juga mempunyai RBF (resting bitchy face), hal in menyebabkan orang takut untuk rapat dengan aku, selalunya first impression mereka terhadap aku mestilah sesuatu yang tidak sedap didengari.

Aku pernah menerima teguran berkali kali jugak tentang rupa dan expression aku, ada yang menegur depan2 sehingga confident ku jatuh teruk, aku tidak meminta untuk jadi begini.

Kekadang aku tertanya salahkah aku berwajah begini, disebabkan itu jugak aku terpaksa menjadi fake dan senyum sepanjang masa.

Ada yang berkata susah sangat ke nak senyum muka tu asyik ketat saja. Bila terpikir balik takkan la aku nak kene senyum even tengah makan atau membaca buku.

Disebabkan itu jugak aku teringat aku sering dibuli di sekolah dari kecik hinggalah masuk ke sekolah menengah.

Budak2 yang dari kelas lain pon ade saja yang mengejek aku mcm2 even diorang tak kenal aku LOL. Pelikkan. Budak lelaki pon selalu aja mencuri barang2 aku menengking aku tanpa sebab.

Semuanya disebabkan muka aku yang tidak mesra alam. Begitu bencinya mereka dekat aku. Disebabkan itulah aku takut untuk dekat dengan budak lelaki, aku rasa mereka begitu kasar dan rude.

Selepas habis SPM, aku mengalami anxiety yang teruk, result SPM aku sangatlah cemerlang. Tetapi aku terpaksa masuk ke STPM dan menolak tawaran dari UITM disebabkan oleh sebab2 tertentu.

Sepanjang aku belajar STPM aku mengalami social anxiety sehingga aku mengigil sepanjang masa.

Setahu aku masa dekat sekolah menengah aku cuma ade sifat malu dan takut untuk rapat dengan orang tetapi aku masih boleh bergaul dan mempunyai teman.

Tetapi semasa STPM aku tidak mempunyai kawan rapat dan selalu memonteng sekolah disebabkan rasa takut yang terlampau.

Selepas habis STPM, aku menyambung degree di sebuah IPTS dalam course penerbangan, aku sempat belajar f2f selama beberapa bulan sahaja dan lockdown disebabkan covid.

Sepanjang aku duduk di hostel, aku tidak happy disebabkan layanan yang teruk dari roommate aku.

Mereka tidak dapat menerima perangai pelik ku disebabkan aku jarang keluar bilik kerana anxiety yang teruk.

Roommate aku mengutuk aku di twitte . Bila terbaca tweet dia. Aku rasa makin down seolah olah teruk sangat ke aku ni.

Mereka tidak tahu betapa struggle nye aku untuk pegi ke kelas setiap hari dalam keadaan mengigil dan ketakutan sepanjang masa.

Mostly classmate ku ialah extrovert. Sangat rare untuk mencari introvert seperti ku didalam kelas. Mereka kerap menganjing atau bercakap lepas.

Hina sangat ke introvert ini. Mereka suka mention yang aku ini terlampau pendiam dan anti sosial.

Aku boleh menerima sekiranya mereka teman rapatku. Tetapi mereka tidak pernah bercakap dengan ku dan suka bercakap lepas atau judge sesuatu sehingga aku mempunyai trust issue didalam kelas.

Mujurlah lockdown so aku tak payahlah hadap diorang kerana kelas pon online dirumah.

Sepanjang dirumah anxiety bertambah baik selepas aku berjumpa dengan doktor phychitiaric. Mereka memberi aku ubat.

Disebabkan anxiety juga aku selalu overthinking jika mereka berkata kata sesuatu yang harsh kepadaku.

Aku tertanya betul ke ape yang diorang maksudkan. Adakah aku yang sensitif atau mereka membenci ku.

Kekadang aku try nak masuk dengan mereka. Aku dah cuba tapi setiap kali aku buka mulut diorang selalu matikan kata kataku untuk tidak bercakap seperti bila aku bercakap sesuatu mereka akan cakap,

‘Ade aku bercakap dengan ko ke atau tu masalah ko bukan masalah aku’.

Hal ini menyebabkan aku triggered setiap kali berjumpa mereka dan tidak banyak bercakap.

Kini aku ditahun ketiga, university aku akan dibuka untuk next semester. Semua student diwajibkan balik dan study di U. Aku punya anxiety menjadi teruk balik. Ape yang perlu aku lakukan?

Sekian,

Hamba Allah

– Wanita Introvert (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *