Hai semua, saya berumur pertengahan 30 an, saya juga seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak, umur anak2 bermula 2 hingga 7 tahun.
Asal dari negeri selatan dan tinggal menetap di ibu kota bersama suami dan anak2 kerana suami berkerja di sana.
Saya tak pasti saya ni mempuanyai masalah atau ini adalah sifat semula jadi saya. Minggu lepas turn saya balik beraya di kampung halaman (negeri selatan).
Jadi biasalah akan mengunjungi sanak saudara lepas tu saudara pulak mengunjungi rumah ibu bapa saya.
Nak dijadikan cerita ada buat open house jemput la ramai orang, Ada bukak canopy untuk para tetamu menjamu selera di hadapan rumah.
Saya pulak sejenis tak pandai berborak dengan orang tak rapat mungkin kerana saya tidak pandai nak hipokrit dan jenis straight forward.
Saya banyak habiskan masa di dalam rumah melayan anak2 dan anak buah. Sedangkan ramai orang/sedara-mara yang lama tidak berjumpa sedang menikmati juadah di tempat yang disediakan (canopy).
Saya sedar sepatutnya saya keluar melayan tetamu. Ibu bapa, adik beradik ipar dan suami yang melayan mereka.
Saya rasa perbuatan saya ini agak kurang sopan, haha. Saya tak pasti ada yang kecil hati ke dengan saya.
Saya jenis cepat rimas bila duduk dikelilingi orang ramai yang tak berapa rapat sebab saya jarang balik negeri asal saya ni kerana tinggal di ibu kota sibuk membesarkan anak2.
Tapi bila ada makcik2 yang ingin bertanya khabar saya melayan setiap soalan yang diberikan dengan sopan, tidaklah menjawab dengan kurang sopan atau melarikan diri.
Cuma saya perasan saya akan menjawab kemudian lari ke tempat yang tiada orang semula kerana berasa rimas.
Saya nak tanya pendapat korang, adakah ini normal? Ada tak yang mempunyai masalah macam saya? Adakah saya perlu mengubah sikap cepat rimas saya ni.
Kalau boleh berikan tips-tips yang saya boleh ikut. Terima kasih..
– ORCHID UNGGU (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit