Sedikit pengenalan disini. Aku ni bujang lagi. Belum pernah kahwin. Umur aku dah nak masuk 50, tapi tolong jangan panggil aku Pakcik. Serius aku tak suka yakmat.
Okay cerita dia macam ni. Aku rasa di umur aku sekarang, aku rasa life aku ni amat menyedihkan.
Aku rasa rugi dalam banyak benda dan benda ni lama tersimpan sampai aku rasa perlu untuk aku luahkan!
Pertama berkenaan pekerjaan. Rezeki aku dalam bidang pekerjaan ni tak secerah orang lain.
Orang lain, kerja kerajaan, pegawai swasta, bisnesman atau pun bidang yang diaorang minat. Aku? Aku ni kerja sendiri. Orang kata freelancer lah. Bekerja bebas.
Jadi aku cuma ada client je dalam rutin harian aku. Aku tak ada rakan sekerja. Hidup aku keliling aku cuma diri aku sendiri je. Rutin yang sama aku buat every single day.
Dulu 30 tahun dulu, memang ada lah rakan ofis. Aku pernah bekerja sebagai sales dulu. Ada lah rakan sekerja, pergi makan sama sama semua tu.
Tapi tu pun dah lama tak contact lepas aku resign. Kawan lost contact pun banyak. Boleh kata list kawan-kawan dalam phone aku tak sampai 30 orang pun.
Pathetic kan? Kawan facebook ada tapi zaman belajar yang mana masing-masing ada keluarga dia sendiri.
Berkenaan kawan atau surrounding aku pula. Kauorang percaya tak kawan aku untuk aku hangout ajak minum, jalan-jalan cuma dua orang je dalam hidup aku sekarang ni. Ni pun diaorang yang satu perumahan dengan aku.
Dan seorang tu je single. Seorang lagi in relation. Kalau ditakdirkan tuhan ambik nyawa diaorang, memang aku seorang jelah dalam dunia ni tanpa ada orang lain yang aku boleh ajak berborak dah.
Aku rahsiakan pathetic sosial life aku ni dari mereka. Sebab macam menagih simpati pulak.
Kalau cakap pasal keluarga pula. Aku cuma ada ibu ayah je yang dah lanjut umur tinggal dengan aku. Aku memang ada adik tapi adik aku ni ada kehidupan sosial dia sendiri.
Dan aku tak tahu kenapa, perasaan akward tu ada dari kecil lagi untuk nak bergurau dan borak panjang dengan dia. Tak boleh nak jadi rapat. Hanya berbual sepatah dua je. Lepastu confirm akan krik krik untuk apa apa topik pun.
Life aku bagi aku sangat menyedihkan dari aspek sosial.
Kalau ikut, aku ni seorang insan yang impikan ada kawan yang ramai. Ada teman untuk melepak, teman rapat yang orang boleh gelarkan bff. Atau ada kumpulan yang boleh letak sebagai kawan aku.
Mungkin macam kawan memancing.. Tapi dalam mimpi je lah. Mungkin silap aku, tak pandai bergaul sejak dari kecil.
Lagi satu, aku ni sejenis yang tak pandai bawa kereta dan motor. Transport memang takde. Knowledge pasal automotif, pasal sukan, pasal hobi semua zero pasal aku memang tak minat.
Aku, tak pandai main bola, sembang pasal bola pun kelaut. Semua benda ni antara yang menyumbang kepada circle friend aku yang kecil sekarang ni.
Sumpah kalau aku boleh putar balik masa, aku nak buat ramai kawan dari sekolah dan universiti, dan aku nak belajar banyak benda. Nak enjoy life as a teenager to the fullest.
Sebab life aku as a teenager pun menyedihkan. Aku pendiam. Sebenarnya kepala aku ligat nak berborak tapi my action macam ignored the messages.
Aku tak ramai kawan since sekolah lagi. Masa belajar di university, tambah lah 3, 4 orang kawan rapat. Tapi lost contact lah bila mereka dah berkeluarga. Aku pernah bercinta, tapi end up aku jaga jodoh orang je.
Semua ni buatkan aku jadi low self esteem, takde konfiden nak buat kawan baru apatah lagi nak ada so called best friend forever, tambah pula diumur sekarang ni.
Cemburu? Memang ada bila keluar makan seorang, tengok ada kumpulan orang makan ramai -ramai. Hati aku jadi sebak.
Sekarang ni, aku hanya menerus hidup macam biasa dan menunggu pengakhiran hidup aku sambil banyakkan amalan.
Cuma sesalan aku, tak banyak kawan aku dalam hidup ni, tak banyak enjoyment of life masa muda aku. Dan tak ada apa untuk aku banggakan ni. Nak buat tindakan pun aku rasa dah terlambat. Aku redha.
Moga pembaca doakan aku dapat sentiasa positif diri aku. Aamiin…
– Kapitan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit