Hai semua pembaca. Aku Tia (bukan nama sebenar). 20-an. Baru habis study. Masih belum ada rezeki untuk bekerja. Aku ni boleh dikatakan tak ramai kawan. Kalau kawan baik zaman sekolah tu ada 2 orang kot yang aku rasa ikhlas berkawan dengan aku. Aku bersyukur dyorg still contact aku walaupun aku ni annoying & emotional selalu.
Perlu ke ramai kawan? Nak jaga hati sorang²? Tapi hati sendiri tak terjaga. Aku rasa aku ada ciri² sociophobia mungkin orang lebih suka gelar anti sosial. Aku tak pernah ikhlas kot dalam berkawan. Yeah, I know no one is perfect. Rata² dari zaman aku sekolah sampai masuk universiti semua orang yang aku jumpa fake lah sangat dalam persahabatan.
Setiap orang mesti mengata belakang kan? Tu sebab aku takut untuk kongsi masalah atau cerita benda personal. Sebab aku pernah rasa tikam belakang. Kau cerita masalah/aib kau, ‘kawan’ kau menjaja cerita walaupun dah janji akan simpan rahsia. Kononnya. Bodohnya aku percayakan orang. Aku rasa tiada siapa² kat dunia ni boleh dipercayai termasuk family kau sendiri. I guess that’s normal kot.
Entahlah wei, aku ni sensitif sangat kot tapi aku dah banyak sangat bersabar sampai aku rasa cukuplah. Rasa suicidal pun ada. Aku dah delete macam² socmed account (Facebook, Twitter, Whatapps pun) sebab aku nak take a break from people. Aku rasa aku tak boleh nak bersosial dengan manusia secara reality & virtual. Hati aku rasa resah. Aku rasa semua orang benci aku sampai aku rasa nak lenyap je. Maybe that’s make the world a better place. Tapi aku hold dulu sebab aku ada adik yang special needs. Lagi² bila kes Ziqri aku lagi emotional.
Ya aku kalau boleh nak kurung je adik aku. Tak payah bawak keluar bak kata netizen Malaysia. Pernah gila aku fikir nak bunuh adik aku pastu bunuh diri aku. Ya Allah, aku bukan tak ingat tuhan dosa semua. But sometimes you wanna to stop it all. Cukuplah aku dengar nasihat suruh zikir solat sunat baca al-Quran semua. Aku buat tapi hati rasa kosong. Mungkin aku belum cukup ikhlas kot.
Aku tak nak jumpa psychiatrist sebab aku ada pengalaman macam confession sebelum ni. Ya orang yang belajar atau pakar dalam kesihatan ni tak semuanya ada empathy. I don’t know why they even choose to be one. Maybe jadi doktor sebab duit agaknya. Aku lagi sedih bila orang yang terlibat dengan bidang perubatan pun cakap suicidal ni sebab lemah iman. Yalah, aku memang ahli neraka pun.
Maybe the only person that can save me is myself. :)
To those who are struggling, hope you guys will always be strong.
– Tia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit