Assalamualaikum semua. Aku terdetik nak tulis tentang kisah ni lepas keputusan spm keluar tempoh hari, tapi tertangguh, sehinggalah aku terbaca kisah “Mimi” pelajar miskin yang dapat keputusan cemerlang dalam spm, tapi tak nak sambung pengajian.
….
Kisah pertama, lebih kurang 12 tahun lepas, aku masa tu menumpang rumah mak ayah aku, jiran mak aku baru dapat menantu, jadi petang2 ada lah aku borak2 dengan menantu jiran aku tu, aku namakan budak ni Mira.
Mira ni lawa, aku nampak dia ni macam budak yang baik, tapi bila risik2, rupanya Mira ni kawin lepas kena tangkap basah dengan anak jiran aku.
Jadi Mira ni cuba lah sesuaikan diri duduk rumah mak mertua dia, dia ada bagitahu aku, dia tak habis sekolah, umur pun tak sampai lagi 17 tahun.
Aku terkejut jugak masa tu, tapi aku tetap je layan dia macam adik. Layan je semua cerita dan luahan hati dia, suatu hari tu dia cakap, dia sebenarnya minat nak berniaga. Dia bagitahu aku, plan perniagaan dia, aku cakap jual lah, nanti akak beli.
Jadi langkah pertama dia, dia jual baju baby, mungkin sebab aku ada baby kot. Aku tunaikan janji aku, aku beli baju2 yang dia jual, seronok lah Mira bila aku selalu beli baju yang dia jual, dia beranikan diri pergi jual dari rumah ke rumah dalam kampung tu.
Lepas tu dia tanya aku, macam mana nak jual online, aku masa tu dah biasa guna perbankan online sebab buat beli tiket flight masa aku belajar, jadi aku ajar dia cara buat perbankan online.
Mira ni, walaupun dia tak habis sekolah, tapi dia cepat faham apa yang aku ajar. Jadi bermula lah dia menjual secara online guna fb. Dia pos barang yang orang nak, orang bayar dia melalui online.
Aku ada puji dia pandai makeup, lepas aku puji dia, eh, dia boleh jual barang makeup lah pulak, dia buat bisnes secara konsisten, tak berhenti..
Pernah satu hari, Mira kena marah dengan orang kampung, sebab pergi jual makeup dekat kedai kosmetik orang, dia mengadu kat aku, aku cakap, tu lah dugaan orang berniaga, kalau nak berniaga kat kedai, buka kedai sendiri, jangan kacau kedai orang.
Aku yakinkan dia buka kedai. Lepas tu aku pindah duduk daerah lain, tak lama lepas tu, aku balik kampung, Mira cakap dia dah buka kedai.
Sekarang dah 12 tahun berlalu, dia dah ada 2 cawangan kedai kosmetik dan masih berniaga online. Aku tumpang gembira.
Jadi adik2 yang “tergelincir” seperti Mira, jangan putus harapan.
….
Kisah ke dua, aku kerja gov, di tempat keje aku ada seorang Adik yang hanya ada spm, bekerja sebagai tukang masak, aku namakan adik ni Mimi.
Mimi masuk keje masa umur 20 tahun, aku tengok result spm Mimi ni ok, lebih kurang result spm aku jugak, cuma aliran berbeza. Aku sembang sembang kosong dengan Mimi, aku cakap, akak tengok result spm awak ok, kenapa tak sambung belajar.
Dia terkejut, dia tanya aku balik, ok ke kalau result macam tu. Aku cakap ok lah tu, boleh lagi kalau nak sambung.
Dia cakap umur dia dah tua, dah terlambat nak sambung belajar, lagipun mak ayah dia tak bagi dia sambung belajar, keluarga dia susah, adik- adik ramai lagi, kakak pun dah kawin, kakak dia pun tak keje, abang ipar keje biasa2 je. Banyak lah alasan dia bagi.
Aku tanya, Mimi nak tak sambung belajar. Dia kata nak. Itu impian dia sebenarnya, tapi tak pernah ada orang tanya apa dia nak, saudara mara dia semua suruh mak dia kawin kan dia dengan orang tua yang kaya, sebab Mimi ni kategori cantik.
Dia cakap dia tak nak kawin dengan orang yang dia tak kenal, dia nak keje cari duit sendiri.
Aku cakap dengan dia, peluang dia masih ada, aku buka laman web kolej, aku tunjuk syarat kemasukan, aku bandingkan dengan result spm dia, dan aku cakap, Mimi layak, dan Mimi boleh masuk sini.
Aku cadangkan dia ambik jurusan pendidikan awal kanak-kanak, aku cakap, kalau tak de rezeki Mimi nak keje, sekurang-kurangnya Mimi dapat guna ilmu ni untuk anak2 Mimi. Sebab Mimi nak belajar kan.
Dia hangguk, aku cakap, aku akan daftarkan dia dekat kolej yang paling dekat dengan rumah dia, jadi senang untuk dia ke kolej, mengenai yuran, aku cakap sekarang ada ptptn, aku kata takpe, aku tolong, sebab dia nak.
Jadi bermula lah kisah Mimi bagitahu mak dia, mujur lah ayah nya menyokong, aku cakap Mimi kena pastikan pointer Mimi 3.5 ke atas setiap sem, senang nak minta keje. Dia cakap ok, dia akan usaha.
Bermodalkan duit sumbangan kawan2 di tempat keje aku, pinjaman PTPTN, simpanan peribadi Mimi sendiri, Mimi sambung pelajaran selama 2 setengah tahun.
Kebetulan masa Mimi sambung belajar, covid melanda negara betul2 masa Mimi sambung belajar, jadi Mimi dapat belajar dari rumah dah jimat yuran penginapan dan makan.
Mimi jugak buat part time pergi rumah orang jadi pengasuh, sebab masa covid, taska dan tabika banyak tutup. Jadi ramai ibu bapa perlukan pengasuh untuk tengokkan anak mereka di rumah.
Lepas habis je belajar, Mimi dapat tawaran untuk mengajar di tabika tepat dia buat latihan industri, tapi dia tolak, sebab dia terima tawaran aku yang minta dia jadi tukang masak kat tempat aku balik.
Kali ni Mimi masuk dengan yakin, cara bercakap dengan ibubapa di tempat keje aku pun agak berbeza, nampak keyakinan diri dia mula ada bila dia dah sambung belajar.
Tak lama lepas tu, jabatan aku kerja ada buka kekosongan untuk jawatan pendidik bermgrade S5. Mimi cuba mintak, dan akhirnya Mimi dapat.
Sekarang Mimi dah memecahkan tembok keluarganya dengan pendidikan. Walaupun hanya bekerja dengan gov bergrade S5, aku yakin Mimi boleh membantu keluarganya keluar dari circle perkahwinan awal tanpa pendidikan.
Sebenarnya, tiap2 manusia ada keinginan untuk buat sesuatu yang hebat, dan mereka hanya perlukan sokongan dari orang sekeliling. Itu je yang aku nak cerita.
Terima kasih sudi baca kisah aku yang tak seberapa ni.
– Penasihat jalanan. (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ini catatan yang saya gemar baca. Sokongan moral, harapan yang dibarakan dengan semangat dan lonjakan moral, manusia yang mulanya diuji kedudukan semangat di paras terbawah pasti akan meluncur naik ke puncak. Tahniah penulis. Pahala anda pasti Allah ganjarkan kerana membuka pintu kehidupan yang membahagiakan mereka-mereka yang mulanya tidak ada keyakinan untuk meniti tangga kejayaan. Teruskan sikap ini. Moga Allah memberkati kehidupan kita semua.