Siapa sangka bumi Palestin yang teruk diserang oleh Zionist menjadi asbab dapatnya taufik dan Hidayah.
Walaupun mereka teruk dihentam dan di serang dan dunia pula seolah olah buta dan bisu namun iman mereka masih kukuh.
Di saat anak anak di tanah air sendiri seronok bermain hujan, anak anak di bumi bertuah seronok membaca lantunan ayat suci AL-QURAN dan menunggu datangnya syahid lantaran dihujani bom.
Aku lahir di bumi bertuah, yang pada zahirnya nampak merdeka rupa rupa jiwa yang dijajah.
Aku bukanlah orang yang tak solat, namun aku akui solat aku tidak berapa sempurna, nak belajar balik kononya malu. Tumakninah tidak aku jaga dengan baik, tahiyat akhir aku ada sedikit kekurangan.
Namun atas asbab selalu melihat video -video kematian rakyat Gaza dengan kejam, hati aku terdetik aku kena berubah, nanti aku mati nak jawab apa?.
Lagi pula mereka di sana sangat kukuh imannya walaupun keadaan di sana tidaklah selesa seperti di sini.
Nak bawa kereta aku tidak pandai bawa, dengan penuh rasa malu aku minta tolong kawan ajak keluar cakap nak beli buku solat.
Balik rumah aku study buka video video ustaz, lepastu aku suruh mak aku semak bacaan aku. Malu memang malu, tapi malu lagi kalau kita yang hidup selesa masih lupa nak cari akhirat.
Aku minta juga kenalan rapat betulkan apa yang salah, yelah tak kan nak study sorang sorang tengok youtube je, nanti makin sesat pula, ah ghisau.
Tak perlu nak belajar sampai apa yang kita belajar pun kita tak faham, untuk permulaan cukup back to basic.
Yang aku perasan bila aku dah mula betulkan solat, aku jadi excited bila masuk waktu solat.
Aku dah jarang lupa rakaat atau lupa bacaan, masa solat pun dah tak kalut, rasa tenang saja.
Tanpa diduga, dengan perasaan malu cerita kat sahabat sendiri aku dalam proses betulkan solat, diorang pun sama sama cari buku panduan solat juga.
Jadi aku harap dengan penulisan aku kali ini, untuk siapa yang nak betulkan solat tapi malu atau baru nak belajar solat, belajar tutup aurat, teruskan sebenarnya malu tu sehari dua sahaja.
Kembali kepada asas, ingat rukun iman, rukun islam, Ilmu fardu Ain, dan solat, kalau boleh yang tiada kekangan jagalah solat di awal waktu.
Jangan lupa doa kan saudara kita di sana.
– KELABU (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Nice Sharing.