Solat dan Doa Ibubapa

Assalamualaikum admin dan juga readers IIUMC ni. thank you kalau admin approve.

Aku tersentuh dengan confession ‘Surirumah Ibubapa”. You are not alone, sister. Enjoy the journey dan inshaAllah banyak sangat hikmah yang Allah tunjuk cuma cepat atau lambat je. Jangan peduli cakap cakap orang sekeliling okay cuma bila rasa down (I know the feeling), cakap dekat diri sendiri “aku nak buat mak ayah aku gembira sebab aku yakin Allah tengah nak kurniakan rahmat. Aku nak jadi jalan pada mak ayah aku masuk syurga nanti. Ya Allah permudahkanlah”.

Kisah kita ni lebih kurang sama cuma apa yang bezanya aku nak tambah sedikit perkongsian aku ni dengan keajaiban solat taubat. kita sedia maklum yang solat tahajud tu ada banyak fadhilat yang kadang-kadang di luar logik akal bagaimana pertolongan Allah tu sampai. tapi Allah Maha Berkuasa dan takde yang mustahil bagi Dia cuma kita sebagai hamba jangan pernah putus doa kat Allah.

Solat taubat dan redha mak ayah tu ibarat satu formula yang dahsyat kalau kita betul betul nak kebahagiaan hidup. Susah nak describe macam mana melainkan diri kita sendiri rasa dan tengok sendiri bagaimana Allah atur perjalanan hidup kita. alhamdulillah, aku akui solat tahajud tu banyak bantu aku dalam hidup tapi aku nak share bila kita baiki hubungan kita dgn Allah dgn amalkan solat sunat taubat, automatik dan inshaAllah hubungan kita dgn orang lain pun Allah jaga. pendek kata, apa yg kita mintak kat Allah, Allah akan bagi on the spot atau lambat sikit kalau benda tu baik utk kita. Inshaa Allah.

Aku start tahun lepas amalkan buat solat taubat sebelum tidur. Seolah hati aku dijentik sebab aku sedih, dalam satu hari 24 jam confirm ada dosa yang aku buat, antara sedar dan tak sedar je. Aku rasa berdosa, aku rasa malu dengan Allah. Macam mana aku tanpa segan silu nak tidur lena tapi dalam keadaan berdosa? Macam mana kalau aku dijemput Malaikat Izrail sebelum sempat bertaubat atau tak renew taubat? Aku pernah dengar dalam radio IKIM ustaz cakap, sahabat2 zaman nabi pun tak pernah putus dengan istighfar, selalu istighfar atas istighfar dan kita yg hidup zaman dosa instant ni pun kena selalu ingatkan diri perbaharui istighfar kita. even Rasulullah saw sendiri istighfar 80-100 kali sehari..kita mcm mana? Allahu..

Tahun lepas mak aku sakit dan masa tu aku baru nak start final exam. Aku sedih bila mak aku cakap rasa macam menyusahkan aku kena jaga beliau dan rasa kesian aku tak dapat fokus nak exam. Aku redha dah tak sempat study setiap chapter dan baca mana yang aku rasa nak baca je asalkan mak aku sihat. Aku cuma minta beliau doakan Allah permudahkan urusan exam aku. Malam2 sebelum tidur aku buat solat taubat takut masa aku jaga mak aku, ada rasa tak ikhlas ke, penat ke. lepas tu buat solat hajat minta Allah sembuhkan mak aku.

Macam kita dgn manusia, bila kita dah minta maaf lepas buat salah baru la tak berapa segan nak minta tolong kan. Inikan pulak dgn Allah. Allah suka sangat kita mintak dengan Dia. subhanallah, kuasa Allah, result semester tu aku dapat kurang 0.1 untuk 4 flat. Mashaa Allah memang tak boleh nak describe betapa hebatnya kesan solat taubat dgn keberkatan doa seorang ibu. rasa nak menangis bila ingat detik tu..

Aku berhenti buat full time study dulu sebab aku tak boleh nak adapt dgn silibus dan aku tukar course buat part time study. Aku ada apply keje tapi tak dapat. Aku just fikir “maybe ni masanya aku bahagiakan parents aku dulu dgn cara luangkan masa dgn diorang”. Walaupun perjalanan hidup aku berbeza dengan kawan2 aku, tapi jauh di sudut hati aku sangat bersyukur dan gembira sebab aku dapat duduk dengan mak ayah aku.

Boleh pergi breakfast sama2 kat luar kalau semua nak pekena Kopi O atau teh tarik, aku belajar masak dengan mak aku, teman mak aku pergi kelas agama walaupun aku paling muda, teman ayah aku beli sayur dan barang dapur, pergi masjid sama2 dgn diorang, ingatkan diorang “dah makan ubåt?”. aku selalu ingatkan diri aku ini adalah jawapan kepada doa aku supaya Allah bantu aku persiapkan diri untuk jadi seorang isteri dari segi ilmu agama dan asas rumah tangga. Aku tak minta jadi serba boleh, jauh sekali nak jadi sempurna sebab hidup adalah learning process.

the most unexpected part is ayah aku suruh aku trim rambut ayah aku guna mesin cukur rambut tu. Bagi aku yg ni cara paling rare ayah aku train aku nak jadi isteri orang. Nampak senang tapi berpeluh dahi, terketar ketar tangan aku nak bagi rata dan simetri kiri kanan tapi takpelah janji ayah aku hepi tak payah pergi tunggu kat kedai. Gembira seorang ibu senang nak trace, bila seorang ayah hepi susah skit nak detect tapi aku yakin ayah aku rasa tak sia-sia ayah aku bagi duit belanja aku beli mekap sekali sekala hehe.

masa nak exam baru2 ni, mak aku ajak pergi teman pergi rumah sedara mara sampai dalam hati risau jugak banyak lagi tak cover. Dalam hati niat ‘kalau ni yang boleh gembirakan mak aku, takpelah ya Allah kalau tak sempat nak cover semua.” Subhanallah alhamdulillah result exam aku kali ni lebih kurang yang semester lepas. Aku percaya, kalau nak kata atas asbab usaha aku 100% memang mustahil dan syukur sangat Allah bagi lebih daripada yang aku mintak “lulus saja pun syukur dah”. Aku selalu mintak mak ayah aku doakan aku dapat buat fast track phd kalau itu yg terbaik utk aku sebab mak ayah aku nak tengok aku jadi doktor sejak sekolah lagi tapi takde rezeki lepas SPM nak apply medic. diorang tak mention secara specific pulak dulu nak doktor medical ke doktor falsafah.

Susah dapat kerja sebab takde pengalaman ke, pointer overqualified ke, aku letak tepi dulu buat masa sekarang. Aku tak nak stres fikir dan buat kerja Tuhan. Aku niatkan setiap ilmu yg aku dapat tu, aku sedekah jugak utk diorang. Aku usaha yg terbaik selebihnya tawakal. inshaAllah aku yakin Allah dah susun cantik perjalanan hidup kita cuma kita berbeza dari segi time zone je. sabar itu kan indah?

solat sunat taubat tu kalau nak buat lepas solat tahajud takde masalah. Lagi seronok sebab waktu sunyi kita mengadu kat Allah tapi yela kadang2 terlepas jugak waktu tahajud. Lagipun kalau tak silap, solat sunat taubat ni boleh buat bila2 masa je (betulkan aku ye kalau silap info) dan nampak sangat Allah sentiasa tunggu kita mintak ampun pada Dia. Hubungan aku dengan mak ayah pun alhamdulillah rapat sangat berbanding dulu. Dulu aku takut nak sembang dgn ayah aku, sekarang gosip artis pun ayah aku boleh join sekali hehe. Nikmat yang manakah perlu didustakan?

inshaaAllah keberkatan ibu bapa ada dengan kita selagi kita usaha buat baik kat mak ayah kerana Allah. mana yang dah takde mak ayah, setiap kebaikan yang kita buat kita sedekah pada mereka, mintak ampun untuk mereka sebab amal jariah anak soleh/solehah yang boleh bantu mereka. Inshaa Allah. Takpe, Allah tahu niat kita. okay? Pada yang ada pengalaman dgn solat sunat taubat, please share kat komen (kalau admin approve entri ni) supaya jadi semangat untuk aku dan yang lain beramal dan istiqamah untuk lebih dekat dgn Allah.

yang balk tu drpd Allah, yg kurang tu adalah drpd kelemahan kita. Sentiasa husnudzon kat Allah, bercakap dgn Allah dan jangan malu minta kat Allah sebab Allah sangat2 sayangkan kita lebih drpd kasih seorang ibu pada anaknya. Allah Maha Penyayang dan Allah Maha Penerima Taubat. Sabda Nabi SAW yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah SWT sangat gembira dengan taubat hambaNya melebihi kegembiraan salah seorang di antara kamu yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian menemukannya kembali”. ( Hadis Riwayat Muslim)

“Dan bertaubatlah kamu semua wahai orang-orang yang beriman supaya kamu memperolehi keuntungan.” (Surah al-Nur ayat 31)

– Sungai Nil

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit