Solat dan Kehidupan

Assalamualaikum semua pembaca setia. Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Bila bercakap pasal solat kita akan membayangkan 5 waktu sehari. Kadang-kadang tak dinafikan ada masa kita rasa liat, malas nak solat terutamanya nak bangun awal subuh.

Aku tak terkecuali hadapi masalah sedemikian. Ada satu ketika dulu Aku solat jarang- jarang. Bermula aku skip solat satu waktu, dua waktu dan akhirnya aku pernah tak solat langsung. Solat hanya depan orang sebab malu kalau tak solat. (Nauzubillah. Semoga Allah ampunkan kesalahan Aku).

Kalau korang nak tahu, kehidupan kita bila bersolat dengan tidak bersolat sangat sangat berbeza. Aku dah rasai dua perkara yang aku rasa berbeza sangat. Bila tak solat, rasa sebak, stress, nak nangis, tak dapat nak berfikir elok-elok, serba tak kena. Pendek kata, tak tenang langsung. Tapi bila kita solat, setiap inci yang berlaku dapat difikir dengan cara yang baik, hati rasa lapang dan kita akan rasa berbaik sangka dengan hidup sendiri walau sukar macam mana sekalipun.

Apa yang aku nak gariskan sekarang ni SOLAT ITU WAJIB bagi seorang Muslim. Apa pun latar belakang kita, solat lah. Baik atau jahat, malang atau untung, miskin atau kaya jangan tinggal solat. Kerana solat itu komitmen kita sebagai hamba Allah. Aku pun bukan orang yang kategori baik tapi aku rasa solat tu sangat diperlukan dalam kehidupan.

Kalau sebelum ni pernah ada skip skip solat cubalah istiqamah dan penuhkan solat yang wajib. Bila dah konsisten baru lah topap dengan solat sunat yang lain. Aku jadi terkesan bab solat ni bila aku tengok video dakwah seorang ustaz mualaf ni iaitu Ebit Lew.

Kata – kata beliau sangat memberikan kesan dan inspirasi buat Aku. Antara kata kata beliau adalah :

1. Apabila kita bercakap pekara yang baik, mendengar pekara yang baik, berkahwan dengan orang yang baik-baik insha Allah semuanya akan datang pekara yang baik-baik dalam hidup kita.

2. Setiap ujian dan musibah yang Allah hadirkan untuk kita, kadang kala buatkan kita merungut dan marah pada Allah. Tetapi kita tak ketahui bahawa di sebalik musibah itu Allah mahu berikan nikmat kepada kepada kita.

3. Kita manusia selalu membuat sesuatu mengharapkan balasan dan berharap pada manusia, dan apabila apa yang kita harapkan kita tidak dapat maka kita pun kecewa. Sedangkan kita seharusnya selalu berharap pada Allah dan pasti kita tak akan pernah kecewa.

4. Dalam hidupkan kita ini perlulah selalu muhasabah diri dan selalulah menangis berdoa kepada Allah. Kita bermohonlah kepadanya kerana Allah sangat simpati umatnya merintih kepadanya ,berdoa kepadanya.

5. Orang yang hatinya ikhlas kerana Allah, katanya mudah untuk sampai kepada orang yang hatinya bersih dan ikhlas juga.

So untuk sesiapa yang masih tak solat, ada skip waktu solat bertindaklah sekarang. Masih belum terlewat untuk kita semua memohon ampun kepada Allah. Berdoalah kepada Allah semoga kita semua terus beristiqamah di jalan kebenaran.

Kita cuma insan menumpang diatas dunia, berbekalkan susuk tubuh pinjaman Allah yang akan dikembalikan pada bila -bila masa. Nafas yang sedang kita guna ni pun berfungsi dengan izin Allah. Keupayaan yang kita miliki ini pun dengan izin Allah. Sentiasa lah bersyukur. Jangan tinggal solat. Jangan tinggal solat kerana Allah sayang Kita.

– Allah sayang kita

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *