Assalamualaikum semua. Saya ucapkan terima kasih kalau confession ni dipost kan. Walaumacam manapun saya sekadar ingin berkongsi.
Beberapa bulan lepas saya tamat Internship dan kini sedang menunggu Hari Graduasi dalam bulan November akan datang.
Jadi sementara menunggu beberapa bulan ni saya mencari peluang pekerjaan sekitar kawasan tempat tinggal saya apabila memikirkan kos yang perlu ditanggung bulanan seperti bayaran kereta, ptptn dsb. Paling hampir saya nak cari duit sebelum menjelang Hari Graduasi.
Alhamdulillah saya dapat kerja sebagai Part Time promoter di salah sebuah shopping mall di kawasan tempat tinggal saya. Kini hampir 2 bulan bekerja.
Perlu diketahui apabila bekerja di mall anda takkan ada masa untuk bercuti pada hari minggu. Malahan dalam seminggu hanya dapat cuti sehari. Waktu kerja adalah dari 11 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Apa yang saya cuba nak sampaikan dekat sini dalam masa saya bekerja waktu solat adalah perkara yang paling sukar untuk dijaga dan diatur. Kebanyakkan dari kalangan rakan2 sekerja saya adalah Muslim walhal Naudzubillah min zalik mereka tak pernah solat sepanjang waktu bekerja.
Tapi saya masih bersyukur supervisor saya jenis yang boleh bertoleransi sekiranya memerlukan saya keluar rehat terlebih dahulu dengan alasan ingin solat.
Saya bersyukur pada perkara tu. Setidak tidaknya saya tak berasa hak saya sebagai Muslim terganggu akibat kitaran kerja yang lama dan rehat hanya cukup2 masa untuk makan dan solat.
Jauh di sudut hati saya mula faham bagaimana situasi masyarakat di sekeliling saya sejak saya bekerja.
Wallahi sepanjang saya berada di universiti susah untuk berjumpa dengan rakan2 yang tak solat. Kalau adapun mungkin saya yang tak tahu. Tapi seingat saya di universiti waktu Subuh adalah satu jihad untuk bangun maka rakan2 lah yang selalu kejutkan. Rindunya zaman itu.
Sejujurnya saya takut dengan keadaan masyarakat di sekeliling saya. Mereka Muslim pakai tudung percaya kepada Allah yang Satu. Bagaimana rasanya bila tidak mengerjakan solat sedangkan ia perkara wajib.
Kalau anda mengaku bahawa anda telah lakukan kebaikan sebesar alam ttp hanya kerana tidak solat sahaja bagaimana perhitungannya nanti? Allah… saya tak habis fikir ttg hal ni. Yang ada hanya rasa takut.
Selalu dengar quotes solatlah kamu walau sejahat manapun dirimu. Tapi terbalik keadaan yang saya sedang alami di tempat kerja kebaikkan mereka sangat saya kagumi namun sukar untuk mendengar ungkapan solat.
Dimanakah silapnya? Dimanakah pengetahuan agama mereka? Apakah ibu bapa mereka tahu? Kalau tahu bagaimana mereka tidak seperti ibu saya yang akan marah saya jika saya lengahkan solat.
Semoga saya kuat untuk cegah perkara ni.
– Faroosha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit